| Manakah betul? olang-oleng atau olang-aling? | Yang betul ialah olang-aling,oleng-oleng | Ejaan | 19.11.2006 |
| Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Pasar raya ini asak dengan orang ramai. 2. Saya suka berayun di atas buaian pada waktu senja. 3. Bandul jam ini beroleng-oleng tanpa hentinya. Terima kasih. | Dari segi makna kata dalam ketiga-tiga ayat itu betul. Walau bagaimanapun kita jarang menggunakan perkataan asak bai maksud sesak dan padat dan begitu juga dengan perkataan beroleng-oleng. Kita lebih biasa dengan perkataan bergoyang-goyang bagi maksud beroleng-oleng. | Tatabahasa | 09.07.2012 |
| walaupun kerap ke laut, ayah dan abang berasa----- ketika perahu mereka berolang-oleng dipukul ombak A resah B gerun | Dalam konteks ayat tersebut, kedua-dua perkataan boleh digunakan. | Lain-lain | 24.06.2015 |
| maksud merewang | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merewang bermaksud 1. tidak tetap atau selalu berubah-ubah (tempat, fikiran, dll) 2. oleng (perahu dll) | Makna | 03.07.2011 |
| Bolehkah perkataan 'terhuyung hayang' digunakan untuk kapal atau perahu yang menunjuk bergerak ke kanan dan ke kiri setelah dipukul ombak? | Terhuyung-hayang biasanya digunakan untuk orang. Istilah yang tepat untuk merujuk perahu yang bergerak ke kiri dan ke kanan ialah beroleng-oleng. | Istilah | 19.04.2009 |