Manakah yang betul dalam penggunaan ayat di bawah? 1. Athens dipilih sebagai tempat berlangsungnya Sukan Olimpik. 2. Athens dipilih sebagai tempat berlangsungnya sukan Olimpik. Penggunaan huruf "S" besar atau "S" kecil? Sekian, terima kasih. | Huruf "S" ialah huruf besar kerana Sukan Olimpik ialah nama khas. | Ejaan | 03.08.2011 |
Contoh ayat : Atlet Malaysia yang merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik itu meraih wang tunai berjumlah satu juta Ringgit Malaysia. Soalan : Bagaimanakah cara penulisan untuk 'satu juta Ringgit Malaysia'? a. 1 juta ringgit b. 1 Juta Ringgit c. satu juta ringgit d. Satu Juta ringgit c. Ringgit Malaysia satu juta d. Ringgit Malaysia Satu Juta e. RM 1 Juta f. RM 1 juta g. RM 1000,000 mengapa? | Untuk makluman, tidak ada format yang ditetapkan berkenaan cara penulisan angka. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Buku berkenaan menjelaskan sekiranya hendak menyatakan jumlah ringgit yang besar, eja unit bagi jumlah yang lebih daripada RM1 juta, atau turunkan semula nombor dengan menjarakkan setiap kelompok tiga digit terakhir. Namun demikian, jumlah tersebut boleh dieja sepenuhnya mengikut kesesuaian. Contoh: 1. RM1 juta 2. RM1 000 000.00 | Ejaan | 11.03.2020 |
Saya dari Special Olympics Perak...ingin bertanya apakah maksud Special Olympics dalam Bahasa Melayu. | Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Special Olympics". Walau bagaimanapun , terdapat istilah paralimpik yang merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "Paralympic". Oleh sebab kedua-dua sukan ini khusus untuk mereka yang mempunyai kecacatan mental dan fizikal, cadangan kami ialah Paralimpik Peringkat Olimpik. | Istilah | 26.02.2014 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan Special Olympic. Jika ianya bercakap tentang organisasi itu sendiri, perlukah saya menterjemahnya ke bahasa melayu?Dan jika ia bercakap tentang sukan untuk orang kurang upaya apakan perkataan yang paling sesuai untuk digunakan? Soalan kedua pula, jika bahasa sumber menggunakan bahasa singkatan Intellectual Disability sebagai ID. Bolehkah saya menggunakan bahasa singkatan yang sama dalam penterjemahan saya? Terima kasih atas pertolongan tuan/puan. Yang benar, Aireen | Jika Special Olympic ialah organisasi yang telah diwartakan, namanya dikekalkan. Namun jika merujuk sesuatu pertandingan, perkataan tersebut boleh diterjemahkan seperti Sukan Olimpik Khas. Sukan Orang Kurang Upaya ialah istilah yang betul kerana disasarkan khusus kepada kelompok tertentu. Intellectual Disability boleh diterjemahkan kepada ketidakbolehan intelek. | Tatabahasa | 09.12.2015 |
Selamat Pagi.... Tuan/Puan, Saya perlukan sedikit maklumat berkaitan SUKAN RAGAM/SUKANEKA: 1. Definisi 2. Tujuan Terima kasih... | Sdr. Adyani, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Sukan bermakna segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; (manakala sukanéka bermakana sukan yg pelbagai jenis. Sekian terima kasih. | Makna | 01.04.2009 |