Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.lo/.o.lo/] | اولوق٢

Definisi : main-main, lawak-lawak: bang­­kangannya itu hanya ~ sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.lo/.o.lo/] | اولوق٢

Definisi : tidak sungguh-sung­guh (bkn sesuatu perbuatan atau perca­kapan); utk bermain-main saja: Saya harap saudara tidak marah, itu cuma ~ saja. bukan ~ sungguh-sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Melalui semakan Istilah Bahasa Melayu, istilah moot boleh digunakan dalam bidang Undang-undang. Oleh itu, adakah moot court boleh diterjemahkan kepada mahkamah moot?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah moot court ialah mahkamah olok-olok. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah18.04.2023
Assalam, Bagi replika cek bank DBP namakan sebagai cek cura. Apakah pula istilah untuk replika sumbangan yang bukan berbentuk cek bank? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah mock cheque ialah cek contoh atau cek cura. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan cura ditakrifkan sebagai olok-olok, manakala perkataan replika pula ditakrifkan sebagai model sesuatu objek seperti bangunan, jentera, catan dan lain-lain yang hampir atau betul-betul menyerupai objek yang asli. Penggunaan perkataan cura atau replika ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks tersebut.Istilah11.09.2025
Apakah beza dengan "serak" dan "gurau"? Terima kasih

Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza:

 

serak - 1. parau atau garau (suara)

            2. tersendat jalan pernafasannya (seperti orang kena selesema, berdahak, dan lain-lain)

 

gurau - percakapan secara bermain-main, senda, kelakar, lawak, olok-olok

Lain-lain20.07.2022

Kembali ke atas