Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[om.ba/] | اومبق

Definisi : ombak 1. gerakan air yg turun naik atau ber­gulung-gulung, gelombang kecil: hanyut dibawa ~ ke tepi pantai; orang ~ ark orang yg gerak-gerinya sangat gelisah; mabuk ~ mabuk laut; 2. ki gerak fikiran atau rasa hati yg tidak tetap (kacau): ia tak dapat lagi me­nahan ~ di dadanya; ~ fikiran; ~nya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan prb telah kedengaran beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi; ~ yg kecil ja­ngan diabaikan prb jangan dipermudah-mudahkan perkara-perkara kecil yg boleh men­­datangkan bahaya; bagai ~ Purus prb a) deru yg amat menghibakan; b) riuh suara orang ramai; menguap(-nguap) bagai orang ~ prb perihal orang yg ketagihan candu dll; payah-payah dilamun ~, tercapai juga ta­nah tepi prb setelah beberapa lama me­nanggung susah akhirnya tercapai juga cita-citanya (terlepas juga drpd sengsara); spt ~ membanting diri prb perihal seseorang yg dlm keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan; silih berganti bagai ~ di tepi pantai prb keadaan hidup yg tiada tetap (sekali susah, sekali senang); yg ~ itu ~ jua, yg air itu air jua prb serupa benar; berombak, berombak-ombak 1. mempu­nyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan reka­annya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; mengombak 1. membuat ombak; 2. spt om­bak; rambut pendek yg diombak-ombak ram­but yg dikeritingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[om.ba/] | اومبق

Definisi : gerakan air (di laut dsb) yg naik turun atau yg bergulung-gulung; ge­lombang kecil: ~ memecah di pantai. berombak bergerak turun naik atau bergulung-gulung (bkn air laut dsb); ber­gelombang kecil-kecil. berombak-ombak 1 bergulung-gulung (bkn air laut dsb). 2 kelihatan spt ombak (bkn rambut dll); berketak-ketak: Rambut gadis itu panjang dan ~. mengombak (bergerak) spt ombak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ombak (kata nama)
Bersinonim dengan gelombang, olak, alun, riak;,
Kata Terbitan : berombak, berombak-ombak,

Puisi
 

Pasang ombak di laut tinggi,
     Gelombang macam di Tanjung Puri;
Jika abang berjiwa tinggi,
     Jika sungguh menyerah diri.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Ombak yang kecil jangan diabaikan (= ditidakkan).

Bermaksud :

Perkara kecil yang dapat mendatangkan bahaya, jangan dianggap mudah atau jangan disia-siakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ombak besar itu sungguh berbahaya. Ayat di atas betul ? Betulkah menggunakah "berbahaya" ? atau merbahaya?Ayat tersebut betul kerana perkataan yang betul ialah berbahaya (bukan merbahaya).Tatabahasa09.03.2012
1. betulkah ejaan "jawaban" sudah mengantikan "jawapan" yang selalu dipakai? 2. pembelajaran/pemelajaran- mana yang betul? 3. dipukul ombak/dipukul oleh ombak -soalan-adakah semua kata pasif ganti diri ketiga mesti diikuti oleh perkataan "oleh" ? 4. kita mestilah baik hati supaya sentiasa disukai./ disukai oleh kawan kita. soalan-seperti no. 31. Ejaan jawaban dan jawapan kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan.2. Pembelajaran atau pemelajaran, kedua-duanya betul memgikut konteks. Pemelajaran - perihal atau proses mempelajari. Contohnya: Pemelajaran bahasa Inggeris diberi perhatian yang serius. Pembelajaran  ialah proses (kegiatan) belajar; Pembelajaran dan pemelajaran daripada kata dasar ajar. pembelajaran –proses (kegiatan) belajar, sementara pemelajaran- proses mempelajari-belajar utk mengetahui sesuatu dengan mendalam.3. Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contoh: Barang itu sudah diambil Ali semalam, sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi. Namun demikian, sekiranya binaan oleh + FN terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Contoh: Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali, sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah.4. Dalam binaan ayat pasif, struktur oleh + frasa nama yang mengikuti kata kerja boleh digugurkan.Contoh lain:  Dia dipukul oleh bapanya. => Dia dipukul.Tatabahasa29.04.2011
Bunyi ombak yang menghempas pantai itu kedengaran hingga ke rumah saya. penggunaan kata sendi nama hingga ke boleh ke digunakan secara berturutan?Bunyi ombak yang menghempas pantai itu kedengaran hingga  rumah saya. - hingga dan ke, kedua-duanya merupakan kata sendi nama dan tidak digunakan secara berturutan.Tatabahasa09.07.2008
Abang memeluk adik semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak. A. erat-erat C. rapat-rapat B. ketat-ketat D. dekat-dekat Munsyi, erat-erat atau rapat-rapat sesuai digunakan?Abang memeluk adik erat-erat semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak.Tatabahasa16.07.2012
negara Thailand dijangka kurang menerima________para pelancong akibat daripada kejadian ombak tsunami itu. (A kunjungan C lawatan) tuan, jawaban ialah kunjungan. Saya kekeliruan kerana A dan C membawa maksud yang sama. Tuan, apakah jawaban yang lebih tepat. TQMerujuk Kamus Dewan edisi ke-4, lawatan membawa maksud perihal melawat (mengunjungi, menziarahi ), kunjungan manakala  kunjungan membawa maksud hasil berkunjung atau mengunjungi; lawatan. oleh yang demikian kedua-dua jawapan boleh digunakan.Tatabahasa22.08.2011
Saya ada 2 buah manuskrip antologi cerpen remaja bertajuk "Sang Ombak dan Laut" dan "Pendekar Sungai Deli". Saya berhasrat untuk menghantarnya kepada tuan untuk penilaian dari segi kesesuaian untuk diterbitkan. Harap tuan beri maklumbalas.Saudara boleh menghantar manuskrip tersebut kepada Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain27.08.2010
Selamat sejahtera, Saya ada beberapa ayat yang hendak dikemukakan untuk mengetahui ayat-ayat itu betul ataupun tidak. 1. Berguni-guni kampit pasir diletakkan di persisiran pantai untuk menghalang hakisan ombak. 2. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat. atau Buah-buahan tempatan banyak mempunyai khasiat. 3. Mukanya yang masam itu alamat dia sedang marah atau Mukanya yang masam itu mengalamatkan dia sedang marah. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Berguni-guni kampit pasir diletakkan di persisiran pantai untuk menghalang hakisan ombak.
2. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat. 
3. Mukanya yang masam itu alamat dia sedang marah.
Tatabahasa11.01.2012
Bolehkah perkataan 'terhuyung hayang' digunakan untuk kapal atau perahu yang menunjuk bergerak ke kanan dan ke kiri setelah dipukul ombak?Terhuyung-hayang biasanya digunakan untuk orang. Istilah yang tepat untuk merujuk perahu yang bergerak ke kiri dan ke kanan ialah beroleng-oleng.Istilah19.04.2009
apa lagi ada jenis mengenai topographical tanah selain dari bukit, rata. ada tak perkataan beralun dan apa ertinyaBeralun bermaksud berbentuk tinggi rendah spt ombakMakna14.09.2007
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari. 2. Pipi gadis itu merah sekali. 3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November. 4. Kakak suka menanam bunga orkid. ( atau ) Kakak suka menanam orkid. 5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik. Terima kasih.1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari.
2. Pipi gadis itu merah sekali.
3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November hingga ....
4. Kakak suka menanam pokok orkid.
5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik.
Tatabahasa26.12.2012
12

Kembali ke atas