Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ombak (kata nama)
Bersinonim dengan gelombang, olak, alun, riak;,
Kata Terbitan : berombak, berombak-ombak,

Puisi
 

Pasang ombak di laut tinggi,
     Gelombang macam di Tanjung Puri;
Jika abang berjiwa tinggi,
     Jika sungguh menyerah diri.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada 2 buah manuskrip antologi cerpen remaja bertajuk "Sang Ombak dan Laut" dan "Pendekar Sungai Deli". Saya berhasrat untuk menghantarnya kepada tuan untuk penilaian dari segi kesesuaian untuk diterbitkan. Harap tuan beri maklumbalas.Saudara boleh menghantar manuskrip tersebut kepada Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain27.08.2010
Assalamualaikum..Saya Ingin Membuka Sebuah Restoran.. Nama Yang Saya Ingin Gunakan Ialah 'Restoran Ombak Rindu' kerana lokasinya yang berdekatan dengan laut Desaru..adakah nama tersebut boleh digunapakai?sekian,terima kasih..Penggunaan nama "RESTORAN OMBAK RINDU" adalah betul.Tatabahasa21.09.2015
walaupun kerap ke laut, ayah dan abang berasa----- ketika perahu mereka berolang-oleng dipukul ombak A resah B gerunDalam konteks ayat tersebut, kedua-dua perkataan boleh digunakan.Lain-lain24.06.2015
perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menun­jukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan keduduk­an bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg meng­gambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu di­gunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjuk­kan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulau­pulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang se­suatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. meng­gambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak.

Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan".
Istilah09.04.2013
Saya akan menduduki peperiksaan PMR tidak lama lagi. Bolehkah saya tanya soalan dalam format PMR? Soalan : Ayat berikut mungkin salah mungkin betul. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. (A)Berguni-guni kampit pasir diletakkan di (B)persisiran pantai untuk menghalang (C)hakisan ombak. (D)Tiada kesalahan. Jawapan yang saya tanda ialah 'D'. Jwapan yang diberi oleh buku latih tubi ini ialah 'B'. Adakah jawapan buku salah. Jika tidak salah,mengapakah perkataan 'persisiran' tidak boleh digunakan?Jawapan saudara adalah betul kerana tiada kesalahan dalam ayat tersebut. Kata persisiran boleh digunakan untuk merujuk daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai.Tatabahasa15.07.2011
Bagaimanakah hendak membezakan penjuru dan tepi?Untuk membezakan kata penjuru dan kata tepi, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

penjuru 1 kata nama
1 tempat bertemunya dua garisan, sisi atau permukaan; sudut.
Contoh penggunaan:
Dia mengambil talam yang terletak di penjuru meja.
Kertas itu dicampakkannya ke dalam bakul sampah yang terletak di penjuru bilik.

2
tempat yang paling hujung dan terpencil di sesebuah kampung, negeri dan sebagainya; ceruk.
Contoh penggunaan:
Bangunan pencakar langit dan hutan batu memenuhi setiap penjuru bandar raya.

3
bahasa kiasan
ruang dalam fikiran, hati dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Kemelut yang berlegar-legar di penjuru fikirannya membuatkan dia gelisah.
Kata-kata itu tertancap terus ke penjuru hatinya.

tepi kata nama
1 bahagian bidang, permukaan dan sebagainya yang di luar sekali.
Contoh penggunaan:
Bahagian tepi kain dikemas dan dikelepet bertindih.
Salutkan permukaan dan tepi kek dengan krim mentega.

2
bahagian yang terletak di kiri atau di kanan seseorang atau sesuatu:
Contoh penggunaan:
Hanya bunyi kiut gerakan dayung dan tamparan ombak memukul tepi perahu.

3 tempat atau kawasan berhampiran dengan dinding, sawah, air laut dan lain-lain.
Contoh penggunaan:
Ramai juga yang membuat khemah dan unggun api di tepi pantai.
Mereka berehat melepaskan lelah di tepi sawah.

4 sempadan di antara satu dengan yang lain:
Contoh penggunaan:
tepi hutan; tepi kota; tepi langit;

5 sesuatu yang dipasang pada pinggir baju, kain dan lain-lain supaya tidak retas:
Contoh penggunaan:
Tiba-­tiba kakinya tersadung tepi permaidani.
tepi langsir;

6 Matematik garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi, misalnya kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi.

Setiap kata mempunyai makna yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.

Makna19.09.2023

Kembali ke atas