Terdapat kekeliruan..adakah frasa "Restoran Ong Kee (Tauge Ayam)" boleh diguna pakai? Atau "Restoran Tauge Ayam Ong Kee"...? | Jika penekanan perniagaan ialah pada menu istimewanya, ayat yang betul ialah Restoran Tauge Ayam Ong Kee. Jika nama pemilik atau pengasas perniagaan yang diutamakan, ayat yang betul ialah Restoran Ong Kee. Saya telah meneliti papan tanda rangkaian “Restoran Ong Kee Tauge Ayam” melalui internet. Perkataan Restoran Ong Kee (Tauge Ayam) membawa kekeliruan makna. Namun, untuk tujuan perniagaan, melalui kreativiti reka bentuk papan tanda, penekanan terhadap perkataan Restoran Ong Kee dan perkataan Tauge Ayam boleh kelihatan setara. Misalnya: Di bahagian kiri papan tanda ialah perkataan Restoran Ong Kee (pada baris pertama Restoran, pada baris kedua Ong Kee); di bahagian kanan papan tanda, pada baris pertama ialah perkataan Tauge Ayam, pada baris kedua ialah terjemahannya dalam tulisan Cina (Nga Choy Kai). Di bahagian tengah, letak pemisah, misalnya gambar hidangan tauge ayam tersebut. | Tatabahasa | 29.09.2011 |
Tuan, ayat yang mana satu betul? 1) Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas. 2) Encik Ong selalu membelikan barang-barang kemas untuk isterinya. | Ayat yang gramatis ialah Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas. | Tatabahasa | 14.06.2012 |
Apakah pemenggalan suku kata bagi perkataan "ceongsam"? Adakah (ceong-sam) atau (ce-ong-sam)? Terima kasih. | Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan - Jawi Edisi kedua pemenggalan suku kata bagi perkataan "ceongsam" ialah [Céong.sam] iaitu pemenggalan mengikut sebutan bunyi. é bermaksud membunyikan e secara e taling. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemenggalan sebutan). Kebiasaannya di peringkat prasekolah, pemenggalan dibuat berdasarkan suku kata. Oleh itu, jika berdasarkan suku kata, pemenggalannya ialah (ce.ong.sam). | Ejaan | 21.02.2018 |
Salam sejahtera, Pak Atan menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput /rumput-rumput yang telah disabit oleh Pak Cik Ong. (Selepas penuh, guna rumput atau rumput-rumput?) | Pak Atan menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput yang dipotong oleh Pak Cik Ong. | Tatabahasa | 22.07.2020 |
PERMOHONAN TERJEMAHAN EJAAN RUMI KEPADA JAWI NAMA BANGUNAN 'RESIDENSI ONG KIM WEE' DAN NAMA JALAN 'PELANDUK PUTIH 1' | Ejaan yang betul ialah ريسيدنسي ءوڠ کيم وي. | Ejaan | 14.02.2020 |
Penggunaan istilah manakah yang betul -- pasukan kembara atau pasukan pengembara? | Encik Ong, Kalau dalam bentuk istilah yang betul ialah pasukan kembara. | Tatabahasa | 12.08.2010 |
Pengguaan bahasa mana yang betul -- di dalam buku atau dalam buku ? | Puang Ong, Penggunaan yang betul ialah di dalam | Tatabahasa | 27.09.2010 |
Tuan, Ayat berikut adalah Kata Kerja Transitif atau Kata kerja tak transitif: 1. Pak Ali berkakikan tongkat. Terima kasih. Cik Ong | Kata Kerja Transitif | Tatabahasa | 23.04.2018 |
Adakah kata hubung "kerana" dapat diganti dengan "sebab" seperti berikut? 1. Dia tidak hadir kerana sakit. 2. Dia tidak hadir sebab sakit. | Encik Ong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Kerana dijelaskan dalam kamus dewan sebagai --kata yg digunakan sebelum memberikan keterangan atau penjelasan yg menjadi punca (permulaan, alasan, dsb) sesuatu keadaan, kejadian, masalah, perbuatan dll, sebab, oleh sebab, lantaran: mereka berjaya ~ kecekapan dan usaha yg sungguh-sungguh; pertem puran berlaku ~ kedua-dua pihak tidak mahu bertolak ansur; dia marah ~ dihinakan orang; apa ~nya maka begitu apa mulanya (sebabnya) maka begitu; ~ apa sebab apa; ~ Allah a) menurut kemahuan (perintah) Allah; b) dgn percuma (tidak menuntut apa-apa bayaran), utk mendapat pahala sahaja; oleh ~ = dari ~ disebabkan oleh, kerana. manakala sebab pula dijelasakan seperti ini - -yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; Dalam ayat yang tuan berikan kedua-dua perkataan itu boleh saling berganti. | Tatabahasa | 11.07.2009 |
Tuan, Apakah jawapan untuk ayat di bawah ? 1. Fatimah ______________ rakan karibnya beberapa keping poskad ketika melancong ke Australia. a. mengirimkan b. mengirimi Terima kasih. Cik Ong | Jawapan yang betul ialah "mengirimi". | Tatabahasa | 07.11.2018 |