Tuan, Saya sedang membuat kajian carian maklumat dalam dokumen digital dan akan menggunakan ontologi sebagai asas untuk membina model perwakilan teks dalam dokumen. Adakah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai ontologi yang umum dalam bahasa Melayu atau apa-apa maklumat mengenainya yang boleh saya rujuk atau gunakan bagi tujuan ini? Sekian, terima kasih. | Mengikut data digital Pusat Dokumentasi Melayu DBP, buku rujukan yang berkaitan dengan ontologi ialah 1. Unsur paleontologi | Claude Babin | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1990 | 560 Bab | Terperinci | Lain-lain | 22.12.2007 |
Asslamualaikum dan selamat sejahtera. Bolehkah saya mendapatkan terjemahan bagi istilah-istilah Inggeris yang berikut? : 1. Conceptual Metaphor Theory 2. Ontological metaphor 3. Structural metaphor 4. Orientational metaphor 5. Domain mapping Saya dahulukan ucapan terima kasih atas jawapan yang akan diberikan. | Tidak padanan bagi perkataan yang tersenarai. Berdasarkan bentuk terjemahan yang ada, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemahkan seperti yang berikut (jika bersesuaian dengan konsep penggunaannya): 1. Conceptual Metaphor Theory - Teori Metafora Konsep 2. Ontological metaphor - metafora ontologi 3. Structural metaphor - metafora struktur 4. Orientational metaphor - metafora orientasi 5. Domain mapping - pemetaan domain | Penyemakan dan penterjemahan | 25.05.2015 |