apa konsep open day dan open house? | Apa yang difahami open day diterjemahkan kepada hari terbuka. Biasanya dilaksanakan di pusat-pusat pengajian tinggi atau institusi lain yang memberi kepada orang ramai menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan sama ada di institusi tersebut atau dibuat khusus di tempat awam. Begitu juga dengan rumah terbuka yang biasanya dikaitkan dengan pelbagai perayaan di negara kita yang menggalakkan penyertaan pelbagai kaum di samping mengeratkan hubungan persaudaraan dan persahabatan. | Makna | 23.07.2008 |
Apakah terjemahan bagi istilah Bahasa Inggeris 'open washer'? (kategori kejuruteraan) | Bagi istilah ini masih lagi tiada dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP. Cadangan yang boleh kami berikan untuk istilah bahasa Inggeris 'open washer' ialah jika merujuk kepada kamus dewan washer dalam bidang kejuruteraan ialah bermaksud sesendal iaitu sejenis gelang nipis, rata atau cakera berlubang yang diperbuat daripada logam, kulit dan getah. Sesendal digunakan dalam kerja penyambungan atau pemasangan untuk memastikan keketatan.. Manakala open pula bermaksud terbuka. Maka terjemahan yang sesuai bagi open washer ialah sesendal terbuka jika bersesuaian dengan konteks yang digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.12.2015 |
Salam, Saya ingin bertanya padanan bahasa Melayu yang paling sesuai untuk ungkapan bahasa Inggeris berikut, "Open Water Race". Untuk makluman, ungkapan tersebut merujuk pertandingan renang yang diadakan di tempat selain kolam renang. Contohnya laut, tasik, sungai dll. Mengikut PRPM, open water swimming competition diterjemahkan sebagai pertandingan renang sejadi. Adakah perkara ini betul, kerana saya musykil akan kesahihannya. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, terdapat istilah "open water swimming competition" dalam bidang Sukan dan padanan bahasa Melayu untuk istilah ini ialah pertandingan renang sejadi. Huraian untuk istilah ini ialah: Kejohanan renang yang diadakan di luar kolam renang seperti laut, sungai, selat, tasik dan sebagainya. Oleh itu, istilah tersebut boleh digunakan. | Istilah | 24.09.2013 |
TERJEMAHAN TEPAT BAGI INISIATIF: BIG DATA DAN OPEN DATA PIHAK KAMI TELAH TERJEMAHKAN SEBAGAI: DATA RAYA DAN DATA TERBUKA ADAKAH MEMATUHI NAHU BAHASA MELAYU. MOHONKHIDMAT NASIHAT | Cadangan kami Big Data dan Open Data diterjemahkan kepada Data Besar dan Data Terbuka. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.01.2015 |
Tuan/ Puan, Boleh saya dapatkan terjemahan yang sesuai bagi istilah berikut? 1) Student cohesiveness 2) Open-endedness Sekian, terima kasih | Cadangan terjemahan student cohesiveness ialah keakraban pelajar dan Open-endedness ialah keterbukaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.11.2019 |
https://drive.google.com/open?id=1tp1YzCc5Z2LEsQG7FW5OioRfpyGRZxMn | Untuk makluman tuan, semakan kali pertama dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Pertama, tahun 2008 pada ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Namun semakan kami selanjutnya mendapati bahawa dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Kelima, 2010 dan cetakan-cetakan seterusnya kata sebab telah disenaraikan sebagai kata hubung pancangan. Mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan terima kasih atas maklumat yang tuan berikan. | Lain-lain | 02.12.2018 |
Apakah terjemahan perkataan-perkataan di bawah dalam bahasa melayu untuk istilah teknologi? 1) Zoom in 2) Zoom out 3) setting - tetapan? 4) background selection 5) open - buka 6) hide - sembunyi? 7) help - tolong @ bantuan? 8) shortcut terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. zoom in - zum dekat 2. zoom out - zum jauh 3. setting - pengesetan 4. background selection - pilihan latar belakang 5. open - buka 6. hide - sorok/sembunyi 7. help - bantuan 8. shortcut - pintas | Istilah | 14.03.2013 |
Tadika Arena Genius For Enquiry please contact this no. Admission open -Pre school -Day care -Transit -Reading Al-Quran Enroll Now!!! | Mohon tuan menggunakan permohonan Khidmat Pengesahan Bahasa bagi pengesahan iklan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 09.12.2014 |
Saya ingin bertanya istilah ICT yang bersesuaian untuk BIG DATA ANALYTICS & OPEN DATA. Amat sukar untuk saya menterjemahkannya dalam BM. Tidak jumpa istilah tersebut dalam kamus teknologi maklumat (siri kamus istilah MABBIM). Mohon pandangan tuan berhubung perkara ini. | Terjemahan yang dicadangakan ialah ANALISIS DATA BESAR DAN DATA TERBUKA | Istilah | 18.06.2014 |
Bolehkah istilah berikut diterjemah seperti ini? 1)student cohesiveness --> keakraban pelajar 2) Open- endedness--> keterbukaan | Terjemahan yang dicadangkan boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.11.2019 |