| Salam sejahtera, Saya ingin meminta cadangan terjemahan perkataan "Opposite Attract" dalam bahasa Melayu. Terima kasih. | Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan Opposite attract ialah Tarikan bertentangan. Namun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks ayat yang bersesuaian. | Makna | 03.02.2020 |
| Salam.. Mohon pencerahan untuk terjemahan untuk perkataan "hawkish" dan "dovish" dalam bidang kewangan. Berikut merupakan keterangan perkataan yang dinyatakan - The term hawkish is used to describe contractionary monetary policy and dovish refers to the opposite. Bolehkah perkataan hawkish dan dovish diguna dalam bahasa melayu atau terdapat cadangan kata yang lebih sesuai? Terima kasih | Berdasarkan perbincangan dalam Jawatankuasa Istilah Semasa DBP, padanan yang telah ditetapkan ialah seperti yang berikut: hawkish monetary policy - polisi monetari agresif dovish monetary policy - polisi monetari berdiplomasi Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 17.12.2021 |
| Swept away by the actions of a former life and washed down the river of time by a pitiful destiny. 3: 10:00:07.07 10:00:12.10 05.03 Two prisoners are confined forever on opposite sides of the mirror, crossing through time and through the midnight curtain… ...to deliver your vengeance. | Tidak ada soalan yang dikemukakan. Sila hubungi kami semula dan nyatakan soalan saudara dengan jelas dalam bahasa yang baik dan betul. | Lain-lain | 22.02.2012 |
| Hi DBP Team, Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang betul untuk "Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)"? Perkataan ETF dalam Bahasa adalah "Dana Dagangan Bursa". Cuma saya tak pasti "inverse" itu apakah terjemahannya. Contoh ayat: "Inverse ETF is designed to provide return that is the opposite performance of an index" Jika Tuan perlu pemahaman yang lebih mendalam, boleh juga melihat educational video yang Bursa published on Youtube. Tajuk: Bursa Leverage & Inverse ETF (by Bursa Marketplace, published on 7 Feb 2019) Look forward to your reply, terima kasih ya. | | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)”. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “inverse” yang dipadankan sebagai songsang (Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu). Cadangan kami bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)” ialah Dana Dagangan Bursa Songsang. |
| Istilah | 15.05.2019 |