Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[op.syen] | اوڤشن

Definisi : 1. hak (kebebasan) utk memilih, pilih­an: mereka akan diberi ~ sama ada hendak terus berkhidmat atau sebaliknya; 2. (Eko) hak utk membeli atau menjual sejumlah se­kuriti dsb pd harga tertentu dlm tempoh ter­tentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[op.syen] | اوڤشن

Definisi : hak atau kebebasan utk memilih; pilihan: Mereka diberi ~, sama ada hendak terus berkhidmat atau bersara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
opsyen (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pilihan, alternatif, kemungkinan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKNA KATA Adakah perkataan 'opsyen' telah terbina dalamnya sifat majmuk, atau perlu saya menulis 'opsyen-opsyen'? TK DBP!Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, opsyen bermaksud 1. hak (kebebasan) untuk memilih, pilihan 2. hak untuk membeli atau menjual sejumlah sekuriti dan sebagainya pada harga tertentu dalam tempoh tertentu (bidang Ekonomi). Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan opsyen tidak perlu diulang kerana telah jelas maksudnya. Perkataan ini biasanya digunakan apabila sesuatu pihak diberi hak untuk memilih satu sahaja daripada beberapa pilihan.Makna14.02.2012
salam. penggunaan yang man adalah betul? 1. pengikat kata Responden telah mengetahui kewujudan opsyen “Lepas Dengan Amaran” bagi tindakan saringan pengimportan pada tab “Pintu Masuk” dalam sistem. atau 2. italicise Responden telah mengetahui kewujudan opsyen Lepas Dengan Amaran bagi tindakan saringan pengimportan pada tab Pintu Masuk dalam sistem. Atau 3. penggunaan huruf besar sahaja Responden telah mengetahui kewujudan opsyen Lepas Dengan Amaran bagi tindakan saringan pengimportan pada tab Pintu Masuk dalam sistem. Sebagai maklumat tambahan, perkataan “Lepas Dengan Amaran”dan “Pintu Masuk” adalah perkataan yang perlu diklik/dipilih dalam tab di webpage. Terima kasih.Pilihan perkataan yang dinyatakan boleh ditulis dengan:
1. tulisan tebal (bold)
Lepas dengan Amaran, Pintu Masuk

atau

2. menggunakan tanda petik "..."
"Lepas dengan Amaran", "Pintu Masuk"
Tatabahasa27.03.2023
TERJEMAHAN KEPADA "CHERISHED NUMBER" DAN "CLEARINGHOUSE" DALAM BAHASA MALAYSIAclearing house - gedung penjelasan Huraian: Tempat atau organisasi yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan atau menjelaskan sesuatu urus niaga sekuriti, komoditi, kontrak hadapan atau opsyen.Tatabahasa17.08.2007

Kembali ke atas