Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengorak 1. menguraikan, mengung­­kai, membuka (tali, lingkaran, dll); 2. meng­hitung utk mencari angka pengisi bagi sesuatu angka; ~ ikatan menguraikan ikatan; ~ langkah mem­­buka langkah, mulai melangkah (ber­jalan); ~ lingkar mulai bekerja; ~ pura membuka pundi-pundi wang (membayar hutang); ~ selimut membuka selimut; ~ senyum tersenyum; ~ sila bangkit berdiri, pergi; segan ~ lingkar sangat malas; terorak terurai, terungkai, terbuka; orakan cara atau kaedah menghitung utk mencari angka pengisi bagi sesuatu angka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
orak
Kata Terbitan : mengorak, terorak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saranan terjemahan DBP dalam istilah "over the top" media platform service? Dalam talian wikipedia menggunakan terjemahan "perkhidmatan media lepas pelantar" dan "perkhidmatan media penstriman". Terima kasihCadangan padanan bagi istilah over-the-top dalam bahasa Melayu ialah olak titipan atau orak titipan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.


Istilah02.02.2024

Kembali ke atas