Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Majlis di tepi air,
     merdesa di perut kenyang.

Bermaksud :

Orang yang berada dengan mudah dapat memilih apa yang diingininya. majlis = bersih; merdesa = orang pemilih makanan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tajuk Soal: "Di satu pihak" atau "Pada satu pihak"? Selamat petang tuan DBP. Saya kurang pasti akan pemilihan antara dua frasa, "di satu pihak" atau "pada satu pihak". Satu ayat misal saya nukilkan daripada buku Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia (2000) oleh Awang Sariyan: (1) Ertinya saya tidak menitikberatkan soal wujudnya golongan pengguna bahasa Melayu tinggi yang sekali gus membayangkan kelas menegah atau atasan di satu pihak dan golongan pengguna bahasa Melayu rendah yang terdiri daripada kelas bawahan di satu pihak. Adakah frasa "di satu pihak" tepat akan peraturan kata sendi? Setahu saya, kata sendi "di" digunakan untuk menunjukkan tempat sesuatu benda atau orang berada. Walau bagaimanapun, saya merasakan bahawa "pada satu pihak" lebih ghalib digunakan orang marcapada, tetapi apakah rasional atau dasar di balik penggunaan itu? Penggunaan tersebut bersandarkan peraturan apa? Minta tuan tafsir soal ini.Penggunaan yang betul ialah pada satu pihak. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu serta sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.Tatabahasa14.08.2016
terima kasih kerana menjawab.Namun ada buku rujukan tatabahasa mengatakan bahawa "anda' digunakan apabila kita berkomunikasi kepada orang yang tidak berada di depan kita.Contohnya oleh pembaca berita,papan tanda di bahu jalan dan sebaginya yang menyampaikan mesej secara tidaj bersemuka. Apakh penjelasan DBP dalam hal ini.Untuk makluman, dalam Tatabahasa Dewan tidak menyatakan 'anda' (kata ganti nama diri orang kedua) digunakan apabila  kita berkomunikasi dengan orang yang tidak berada di depan kita. Walau bagaimanapun, 'anda' memang sesuai digunakan untuk konteks tersebut kerana kata ganti diri ini tidak membezakan taraf, tingkat dan umur.Tatabahasa21.02.2011
tolong berikan pengertian frasa berikut bagi tujuan gubalan: 1) tidak berada dalam keadaan baik 2) tidak ditentusahkan1. Tidak berada dalam kedaan baik bermaksud keadaan sesuatu objek/orang/projek/kenderaan dan sebagainya, yang tidak begitu sempurna, tidak sihat atau tidak berjalan lancar. 2. Tidak ditentusahakan bermaksud tahap/keadaan/peringkat/perkembangan sesuatu itu yang belum disahkan kedudukannya.Makna13.04.2007
(1) Bilakah perkataan 'kami' dan 'kita' digunakan? ( (2) Bolehkah kedua-duanya digunakan dalam sesebuah cerita? Contoh di bahagian depan cerita: "Berhenti! kata Ayah. "Kita berhenti di sini." (Ayah dan dua orang anaknya berada di dalam bas. Mereka mahu turun di pantai.) Di bahagian akhir cerita pula: "Ini perhentian kami," kata Ayah. "Kami turun di sini." (3) Bolehkah 'kami' digunakan di dalam satu ayat dan 'kita' digunakan di dalam ayat yang terletak di bawah ayat yang pertama dalam sesebuah cerita seperti berikut: "Lihat, kami bermain air," kata Paul. "Mari kita bermain dengan air dan baldi ini," kata Paul. (Di dalam kedua-dua ayat di atas, Paul sedang bercakap dengan adiknya.) Harap tuan/puan boleh menjawab hari ini. Terima kasih

(1) Kami - kata ganti nama diri pertama dalam bentuk jamak, manakala kita bermaksud saya dan kamu semua.

(2) Penggunaan kedua-dua kata ganti nama diri kami dan kita mestilahmerujuk makna bagi kedua-dua perkataan tersebut seperti di atas.  "Berhenti! kata Ayah. "Kita berhenti di sini". "Ini perhentian kita, kata Ayah". "Kita turun di sini".

(3) "Lihat, kami bermain air, kata Paul". "Mari kita bermain dengan air dan baldi ini, kata Paul".

Tatabahasa20.05.2011
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "lockdown"? Konteks penggunaan ialah sebagaimana situasi COVID-19 sekarang, yang merujuk kepada suatu keadaan apabila orang awam dikehendaki untuk berada di kediaman masing-masing dan tidak keluar ke tempat-tempat awam.Pihak kami mencadangkan padanan untuk perkataan "lockdown" ialah "sekat keluar masuk". Namun untuk keadaan semasa yang sedang dialami di negara kita sekarang, istilah yang diguna pakai ialah Perintah Kawalan Pergerakan,Makna16.03.2020
Selamat sejahtera tuan / puan. Kata bilangan jamak "ramai" merujuk kepada bilangan yang tidak dapat dikira manakala "banyak" merujuk bilangan yang dapat dikira. Adakah kenyataan ini betul? 1.Sebanyak 40 orang guru bertugas di sekolah saya. atau 1. Seramai 40 orang guru bertugas di sekolah saya. 2. Dia berasal daripada keluarga berada. atau 2. Dia berasal dari keluarga berada. 3. Puan Normala graduan daripada Universiti Malaya. atau 3. Puan Normala graduan dari Universiti Malaya. Penerangan tuan / puan amat berguna kepada saya dalam P&P bahasa Melayu. Sekian, terima kasih.1. Perkataan ramai dan banyak, kedua-duanya merujuk bilangan yang ramai sama ada boleh dikira atau sebaliknya. Tidak ada perbezaan penggunaan ramai dan banyak dalam konteks bilangan/jumlah yang dibezakan hanyalah ramai khusus kepada manusia, manakala banyak untuk manusia dan bukan manusia.
2. Dia berasal daripada keluarga berada. Kata sendi nama "dari' khusus untuk tempat, arah dan masa.
3. Puan Normala graduan dari/daripada Universiti Malaya. Kedua-dua kata sendi nama dalam konteks ayat ini betul kerana boleh merujuk tempat dan boleh merujuk sumber.
Tatabahasa15.09.2015
Bolehkah kita menggunakan kata ganti diri pertama "hamba" sewaktu bertutur dengan Sultan? Adakah betul semasa berada di dalam istana, kita menggunakan "patik" dan semasa berada di luar istana, kita menggunakan "hamba"?Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Lazimnya, kata patik ini dipakai sewaktu bercakap kpd raja-raja.
'Hamba' digunakan apabila bercakap dengan 'tuan' atau orang yang lebih rendah tarafnya daripada sultan/raja.
Istilah16.11.2012
Salam sejahtera ! 1. Terdapat beberapa orang murid bermain bola di padang. - Bolehkah perkataan 'terdapat' berada di awal ayat ?Penggunaan kata terdapat boleh digunakan.Tatabahasa04.05.2015
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Emak (mengalas) kari itu dengan rempah-ratus. (b) Orang buta itu menggunakan tongkat supaya (laku) berjalan. (c) Daging lembu itu menjadi (larut) setelah dimasak. (d) Durian itu (diputuskan) untuk mendapatkan isinya.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ada 2 soalan: 1. Ayat yang manakah betul, "Buku yang ada di tangan anda..." atau "Buku yang berada pada tangan anda..." 2. Yang manakah yang betul, "ejen perubahan" atau "agen perubahan" (ayat: Guru agen perubahan masyarakat...) terima kasih1. "Buku yang berada pada tangan anda ..."
2. Kata ejen bermaksud wakil atau orang yang diupah untuk melakukan sesuatu. Agen pula bermaksud sesuatu yang berperanan secara aktif untuk menghasilkan perubahan dan agen juga bermaksud tindak balas kimia. Berdasarkan kontesk ayat yang diberikan, kata yang betul ialah "agen perubahan".
Tatabahasa20.05.2024
123456

Kembali ke atas