adakah perkataan wawancara dan temuramah membawa maksud yang sama? dari segi penggunaan adakah wawancara hanya ekslusif untuk penemuramah yang berjumpa dengan orang kenamaan? | · Kedua-dua perkataan, “temu ramah” dan “wawancara” sama maksudnya. Mengikut Kamus Dewan, “temu ramah” diberikan maksud ‘tanya jawab antara pemberita dengan tokoh politik dan lain-lain untuk mendapat berita dan lain-lain, wawancara. · “Wawancara” diberikan maksud soal jawab antara wartawan dengan orang yang terkemuka untuk mendapatkan keterangan, pandangan untuk disiarkan, temu ramah. Tidak ada peraturan yang menyatakan hanya “wawancara” untuk orang kenamaan. Dalam masyarakat kita, orang kenamaan dan tokoh politik boleh sahaja orang yang sama. | Istilah | 20.02.2014 |
Ada kamus untuk menyemak terjemahan sama ada dari B. Malaysia ke B. Inggeris dan sebaliknya untuk terma-terma politik, serta pangkat dan darjat, dan gelaran untuk orang kenamaan dan Keluarga DiRaja. Terima kasih. | Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisidan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri) dan Malaysian Protocol: and Correct Forms of Address (Abdullah Ali). | Lain-lain | 26.03.2009 |
mengapakah panggilan kehormat begitu penting dalam majlis rasmi ? | Panggilan kehormat begitu penting dalam sesuatu majlis rasmi kerana bagi menghormati kedudukan atau pangkat yang dianugerahkan kepada orang kenamaan yang hadir dalam majlis itu. panggilan hormat ini juga mengikut hirarki dalam masyarakat di samping mengikut adat serta protokol sesutau majlis. Terima kasih. | Lain-lain | 03.11.2007 |
PANGGILAN UNTUK INDIVIDU DALAM BAHASA SURAT E.G Y.BHG, Y.BHG dll | Panggilan untuk individu YBhg bagi orang biasa dan orang kenamaan ialah tuan atau puan. | Lain-lain | 05.06.2009 |
kata alu-aluan kepada siapakah yang perlu diutamakan? tetamu kehormat atau ketua di organisasi tersebut? adakah perlu mengikut jawatan dan pangkat tidak kira beliau tetamu atau ketua di organisasi tersebut. terima kasih. | Kata alu-aluan biasanya ditujukan kepada orang kenamaan yang menjadi tetamu (dipanggil tetamu kehormat) kepada majlis di sesebuah organisasi. Biasanya kata alu-aluan ini dibacakan oleh ketua organisasi yang mengadakan majlis itu untuk menyambut tetamu kehormat tersebut. | Lain-lain | 03.08.2016 |
Apa beza soal siasat, uji kaji, temu duga dan soal jawab? | Soal siasat ialah kaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dll untuk mendapatkan maklumat; menyoal siasat menyoal dalam usaha menyiasat sesuatu; penyoal siasat orang yang menyoal siasat. Uji kaji ialah ujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen: ~ sains. Temu duga ialah soal jawab antara majikan dengan orang yang memohon kerja dll. 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dengan orang kenamaan, seperti tokoh politik; temu bual; wawancara. Soal jawab pula ialah pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dalam akhbar, majalah, dsb); | Makna | 22.09.2013 |
Tetamu kehormat merupakan istilah yang telah digubal oleh pihak DBP bagi padanan Guest of honour. Namun terdapat juga pihak yang menggunakan istilah 'tetamu terhormat' . Adakah kedua-dua istilah iaitu tetamu kehormat dan tetamu terhormat sama maknanya dan boleh digunakan secara silih ganti? | Tetamu kehormat merupakan satu-satunya padanan yang rasmi untuk "Guest of honour". Penggunaan selain daripada itu tidak diterima sebagai rasmi. Tetamu kehormat - orang yg diundang khas (biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar) utk menghadiri sesuatu majlis atau upacara; ruang ~ ruang utk melayan tetamu. | Istilah | 17.05.2017 |
1. Bila boleh kita guna dari dan daripada? Setahu saya ada perbezaan. 2. Bila boleh kita menggunakan Y.A.B. /Y.Bhg. bagi sesuatu jawatan dalam penulisan. Setahu saya kita akan menggunakan perkataan Menteri Besar sahaja dan bukan Y.A.B. Menteri Besar dalam penulisan. Bila berucap baru disebut Y.A.B. Menteri Besar. Terima kasih. | Dari digunakan dalam frasa yg berkaitan dgn tarikh atau tempat, manakala daripada digunakan dlm frasa yg berkaitan dgn sumber. Sapaan YAB khusus kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar, manakala YBhg sapaan kepada kenamaan lain/orang awam yang bergelar Datuk/Tan Sri dsb | Tatabahasa | 29.10.2007 |
Pasukan bola sepak yang ______ telah memenangi perlawanan itu. A. handal B. hebat C. lincah D. tangkas Adakah jawapan "hebat" diterima sebagai jawapan? Apakah perbezaan antara "handal" dengan "hebat"? | Perkataan yang paling tepat ialah handal. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, handal bermaksud dapat dipercayai atau dapat diharapkan; setia. 2 pandai dan bijak dalam permainan dll; kenamaan (cekap dll): pemain bola yang ~. handalan yang handal: panglima ~. kehandalan keadaan atau sifat handal; kepandaian; kebijaksanaan; kegagahan: Orang ramai pun hairan melihat ~ Hang Tuah membunuh penderhaka itu dgn kapak. | Tatabahasa | 18.02.2014 |