Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kuat ribut malam tadi,
     Sapu tangan jatuh ke laman;
Hajat abang datang ke mari,
     Hendak tidur berbantal lengan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kuat sepit kerana kempa.

Bermaksud :

Orang kuat dalam sesuatu perkara, kerana ada yang menolong atau menyokongnya di belakang. kempa = apitan.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam pasangan ayat yang berikut, perkataan bergaris yang manakah yang tergolong sebagai adjektif dan adverba? Berikan sebab. 1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. 1(b) Burung helang itu terbang tinggi. 2(a) Lelaki itu orang kuat. 2(b) Dia bercakap kuat.1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. Ayat biasa - Bangunan tinggi itu (Subjek - Frasa nama) bangunan KLCC (Predikat - Frasa Nama)
1(b) Burung helang itu terbang tinggi. Tinggi - Adverba
2(a) Lelaki itu orang kuat. Lelaki itu (Subjek - Frasa Nama) orang kuat (Predikat - Frasa Nama)
2(b) Dia bercakap kuat. Kuat - Adverba
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa25.10.2012
Dalam pasangan ayat yang berikut, perkataan bergaris yang manakah yang tergolong sebagai adjektif dan adverba? Berikan alasan anda. 1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. 1(b) Burung helang itu terbang tinggi. 2(a) Lelaki itu orang kuat. 2(b) Dia bercakap kuat.1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. - adjektif dalam frasa nama bangunan tinggi.
1(b) Burung helang itu terbang tinggi. - adverba kerana menerangkan kata kerja terbang.
2(a) Lelaki itu orang kuat. - adjektif dalam frasa nama orang kuat.
2(b) Dia bercakap kuat. - adverba kerana menerangkan kata kerja bercakap.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa14.11.2012
Yang manakah antara berikut adalah benar?mengapa? a) Semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. b) semua orang boleh pergi asal kuat semangat sahaja.Ayat yang lebih persis ialah semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. Perkataan "asal sahaja" di sini bermaksud dengan syarat. Oleh itu perkataan "sahaja" hendaklah diletak selepas "asal" untuk membawa maksud dengan syarat. Walau bagaimanapun, ayat (b) boleh digunakan tetapi membawa makna yang berbeza sedikit.  Perkataan "sahaja" di sini bermaksud "hanya" , iaitu hanya dengan kuat semangat, semua orang boleh pergi.Makna17.02.2010
assalamualaikum.. saya ingin bertanya pada pihak tuan tentang satu perkara yang menjadi kemusykilan pada saya.. diharap pihak tuan sedia membantu saya..(^_^) Manakah antara ayat dibawah betul? mengapa? 1. Semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. 2. Semua orang boleh pergi asal kuat semangat sahaja.Ayat yang lebih tepat ialah semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. Perkataan "asal sahaja" di sini bermaksud dengan syarat. Oleh itu perkataan "sahaja" hendaklah diletak selepas "asal" untuk membawa maksud dengan syarat. Walau bagaimanapun, ayat kedua boleh digunakan tetapi membawa makna yang berbeza sedikit.  Perkataan "sahaja" di sini bermaksud "hanya" , dan ayat kedua bermaksud hanya dengan kuat semangat, semua orang boleh pergi.Tatabahasa18.02.2010
Salam, adakah peribahasa yang berbunyi 'seperti mentimun dengan durian'? Dan apakah maksudnya? Terima kasih.Peribahasa seperti mentimun dengan durian bermaksud orang yang lemah melawan orang yang kuat; perlawanan yang tidak sebanding.Makna03.09.2013
PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini di khaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 -12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar dengan kanak-kanak lain, bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu permainan ketika kanak-kanak lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKIT Jangan melompat keluar dari jongkang-jongkit yang sedang bergerak tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongkit. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan, jangan berdiri di atas buaian dan tentukan setiap kali untuk seorang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu hingga ia berhenti sepenuhnya.PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Kawasan permainan ini dikhaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

PERMAINAN BERSEPADU
Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar antara satu dengan yang lain, anda dinasihati bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu alat permainan ketika pengguna lain sedang menggunakan satu-satu permainan.

JONGKANG-JONGKET
Jangan bangun dari jongkang-jongket tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongket. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan.
 
BUAIAN
Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan.Jjangan berdiri di atas buaian dan tentukan penggunaan untuk setiap orang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu sehingga buaian berhenti sepenuhnya.
Tatabahasa22.11.2013
dia berdiri teguh di belakang pemimpin itu. munsyi, adakah teguh betul? TKteguh- tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memper­lengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll).

Teguh lebih sesuai untuk prinsip, pegangan, peraturan.
Tatabahasa01.09.2012
Salam. Pilih ayat yang betul. A. Bola itu dibaling kepada dinding dengan kuat. B. Pasukan bola sepak itu terdiri daripada sebelas orang pemain. Boleh saya tanya, mana satukah ayat yang betul? Dan jikalau salah, boleh bagi sebab , kenapa ayat tersebut salah. Terima kasihSalam,

A. Ayat yang betul ialah bola itu dibaling ke dinding dengan kuat. Ayat "Bola itu dibaling kepada dinding dengan kuat", tidak betul kerana "kepada" merupakan kata sendi nama. Ia terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Sebaliknya, kata sendi "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan juga yang menunjukkan waktu atau masa.


B. Pasukan bola sepak itu terdiri daripada sebelas orang pemain. Ayat tersebut sudah betul.
Tatabahasa04.08.2015
1. Pilih ayat yang betul A. Bola itu dibaling kepada dinding dengan kuat. B. Pasukan bola sepak itu terdiri daripada sebelas orang pemain. 2. Betulkan ayat di bawah A. Roslan menekan mata papan kekunci komputernya dengan pantas.Ayat yang betul: A. Bola itu dibaling ke dinding dengan kuat; 1. B. dan 2. A betul.Tatabahasa30.07.2015
sila tutup dengan perlahan-lahan sila tutup dengan perlahan antara dua ayat ini yang mana 1 betul dan diterima oleh pihak dbpPerlahan bermaksud = perlahan-lahan 1. tidak terburu-buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan.Lain-lain01.10.2010
1234

Kembali ke atas