Cikgu Dewan, tetapi guru bahasa Melayu saya mengatakan bahawa frasa yang betul ialah "bergantung kepada orang lain" kerana "kepada" merujuk orang. Jadi, "bergantung kepada orang lain" atau "bergantung pada orang lain"? | Dalam bahasa Melayu,satu daripada penggunaan kata sendi nama kepada adalah untuk menunujukkan maksud sasaran. Manakala satu daripada fungsi kata sendi nama pada adalah untuk menunjukkan maksud sandaran. Penggunaan frasa yang betul ialah "bergantung pada orang lain" , iaitu membawa maksud sandaran. | Tatabahasa | 19.05.2014 |
Apakah peribahasa yang menepati maksud di bawah? orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. Terima kasih. | Terdapat beberapa peribahasa yang menepati maksud "Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya". Antaranya: 1) Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah 2) Lain yang bengkak, lain yang bernanah 3) Lain yang untut, lain yang mengisut. | Lain-lain | 27.06.2015 |
Mohon pencerahan, ayat manakah yang betul? Dia terlalu bergantung pada orang lain. ataupun Dia terlalu bergantung kepada orang lain. | Ayat yang gramatis ialah "Dia terlalu bergantung pada orang lain". | Tatabahasa | 14.09.2011 |
Antara berikut, yang manakah ayat yang betul? 1. Kita tidak boleh hanya bergantung pada sumbangan orang lain. 2. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada sumbangan orang lain. | Salam sejahtera, 'Kita tidak boleh hanya bergantung pada sumbangan orang lain' adalah ayat yang tepat. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
Cikgu DBP, mengapakah kita menggunakan "bergantung pada orang lain" dan bukan "bergantung kepada orang lain"? | Frasa yang diterima ialah "bergantung pada" merujuk keterangan (abstrak) bagi sesuatu perbuatan seperti bergantung pada belas ihsan jiran sekampung. | Tatabahasa | 17.05.2014 |
Cuba elak memfokus pada/kepada apa yang kita dapat daripada orang lain. | Cuba elak memfokus kepada apa yang kita dapat daripada orang lain. | Tatabahasa | 28.03.2012 |
Muammar Rashidi Jun 25th, 6:51pm Assalamualaikum. Saya inginkan perbezaan istilah-istilah berikut: (1) Cari salah orang lain dan menyalahkan orang lain, (2) Orang kelainan upaya dan orang kurang upaya, (3) Bukan mahram dan bukan muhrim, (4) Penjenayah dan suspek. | Penggunaan istilah yang betul ialah Orang Kurang Upaya (OKU). Muhrim dan mahram keduaduanya betul, lihathttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=muhrim unmtuk maklumat lanjut. Penjenayah ialah orang yang melakukan jenayah dan suspek ialah bahasa percakapan yang bermaksud orang yang disyaki melakukan jenayak. Untuk makna yang pertama, sila rujuk kamus dan bezakan makna mencari dan menyalahkan untuk frasa mencari/menyalahkan orang lain. | Tatabahasa | 25.06.2014 |
kita hendaklah berkongsi ilmu pengetahuan yang kita perolehi/memperoleh dengan orang lain. | Ayat yang betul ialah kita hendaklah berkongsi ilmu pengetahuan yang kita peroleh daripada orang lain. | Tatabahasa | 03.05.2009 |
Cikgu, Dr. Awang Sariyan dalam bukunya, Tuntunan Bahasa, pernah mengatakan bahawa "mahu" digunakan untuk menyatakan keinginan diri akibat ajakan orang lain; "hendak" digunakan untuk menyatakan keinginan diri tanpa ajakan orang lain. Benarkah adanya perbezaan ini? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan. Bagi aspek linguistik, buku Datuk Dr. Awang Sariyan boleh dijadikan sebagai panduan. | Tatabahasa | 08.03.2015 |
Salam sejahtera, mencucikan = mencuci sesuatu untuk orang lain. 1. Saya mencucikan sehelai baju datuk. 2. Saya mencucikan datuk sehelai baju. Ayat yang mana betul ? Terima kasih | Dalam bahasa Melayu, apitan me-...-kan juga membawa maksud benefaktif atau membuat sesuatu pekerjaan untuk orang lain. Perkataan tersebut dalam bahasa Melayu tidaklah banyak. Apitan me-...-kan ini memerlukan objek bernyawa. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Saya mencucikan datuk sehelai baju." Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 197 untuk memahami fungsi apitan me-...-kan. | Tatabahasa | 15.05.2013 |