Hotel - Banguan tempat penginapan yang menyediakan makanan & perkhidmatan-perkhidmatan lain untuk orang luar yang datang mengunjungi sesuatu tempat. | Rumah tumpangan/motel | Lain-lain | 11.02.2009 |
maksud hotel,resort,chalet,motel,hostel,INN hotel,TRAVEL hotel,CITY hotel,SPA hotel | Maksud ungkapan yang saudara perlukan adalah seperti yang berikut: 1.hotel-bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat.2.resort-tempat peranginan.3.motel-hotel yg dibina berhampiran dgn jalan raya, dan menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg berhampiran dgn bilik penyewa. 4. hostel- bangunan tempat penginapan utk pelajar dll, asrama. 5.INN hotel-hotel murah.6.TRAVEL hotel-hotel kembara.7.CITY hotel-hotel bandar. 8.SPA hotel-hotel SPA. l,INN hotel,TRA,CITY hotel,SPA hotel | Makna | 22.08.2007 |
Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah. Perenggan di atas merupakan jawapan DBP berkaitan soalan saya. Saya bertanya soal fungsi, bukan soal boleh atau tidak boleh..... seperti fungsi baju untuk menutup aurat, tapi boleh juga baju untuk kesat tahi kucing..... mengapa rendah sangat standar DBP berfikir??? | Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP)(DBP, 2020: 2376) tingkap bermakna 1. bukaan, biasanya berbentuk segi empat, pada dinding rumah, bangunan, kapal dan lain-lain yang boleh dibuka dan ditutup supaya cahaya matahari dan udara dapat masuk; sinonimnya ialah jendela; dan makna ke-2 ialah tetingkap. Terdapat pelbagai jenis tingkap, misalnya tingkap berpangsi, tingkap bulan, tingkap gelangsar dan tingkap kipas. Sila rujuk KDP dan PRPM. Sudah pastilah fungsi bagi tingkap bergantung kepada jenisnya. Namun, secara umumnya, fungsi tingkap adalah untuk: 1) Membolehkan kemasukan cahaya semula jadi, 2) Mengadakan peredaran udara semula jadi, 3) Menebat haba dan bunyi, dan 4) Menghalang angin dan hujan. Penjenisan tingkap adalah bergantung kepada kaedah bagaimana daun-daun tingkap dipasang. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk pakar bidang seni bina, kesenian hiasan dalaman atau kejuruteraan bangunan. Salah satu cara mudah untuk mendapat maklumat, tuan juga boleh membuat carian di Internet dengan menaip "fungsi tingkap". Harap dapat membantu. | Lain-lain | 14.10.2022 |
Salam..Mohon dipanjatkan kepada Ketua Pengarah DBP Saya mengikuti perkembangan DBP dan peranannya dalam memertabatkan bahasa melayu ke arah yang lebih global. Jadi di sini saya ingin memberi beberapa cadangan berkaitan: a) Di ruangan carian kata perlu diletakkan bersama "rakaman sebutan perkataan" ..Ini penting dalam memartabatkan bahasa melayu ke peringkat lebih global ( sediakan web "dual language." Ini memudahkan orang luar yang berminat mempelajari bahasa dan sebutan b.melayu. *cth yang patut di paparkan untuk laman web adalah Menu utama menerangkan bla..bla. (Main language here brief you a detail...) Berdasarkan pengamatan saya, belum ada lagi terjumpa carian kata bahasa melayu dengan sebutan... b) Perlu lebih banyak mempromosikan bahasa melayu bermula di peringkat tadika lagi untuk semua kaum di Malaysia.. sekian ps/-sedih apabila mendengar wakil rakyat bukan melayu bercakap melayu silap sebutan di Parlimen walhal B.melayu adalah bahasa kebangsaan... | Assalamualaikum Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih atas cadangan saudara. Telah banyak usaha DBP memartabatkan Bahasa Melayu melalui ICT (Lihat laman sesawang DBP). DBP juga sedang berusaha memantapkan lagi laman sesawang untuk tujuan memartabatkan bahasa Melayu di era teknologi ini. Cadangan saudara ini juga akan kami ambilkira. Sekian | Lain-lain | 17.07.2010 |
Jendel bermaksud tingkap. Fungsi tingkap untuk laluan angin, cahaya dan udara. Fungsi tingkap juga untuk melihat keluar, orang dari dalam rumah/pejabat/pondok melihat keluar, dan BUKAN orang dari luar melihat ke dalam. Betulkah takrifan saya di atas? | Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah. | Lain-lain | 05.09.2022 |
Assalamualaikum Puan/Tuan Saya pelajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia ingin menanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan pengurusan manuskrip di bahagian koleksi Arkib @Galeri Dan Khas. Begini puan,saya bersama beberapa orang rakan diberi tugasan untuk mengkaji manuskrip Islam di Malaysia.Disini saya ingin mengajukan beberapa soalan yang berkaitan manuskrip yang berada di Dewan Bahasa dan Pustaka? (1) Sepertimana yang kami tahu, bahan manuskrip disimpan di bahagian Arkib.Adakah terdapat dibahagian lain yang menyimpan bahan manuskrip tersebut? (2) Bagaimana bahan manuskrip ini dikatalog? (3) Berapakah jumlah manuskrip yang ada di DBP? Koleksi Melayu dan Arab ? Dan jumlah manuskrip dalam bentuk digital ? (4) Manuskrip terdiri daripada pelbagai bidang/subjek seperti hikayat,tradisional,perubatan dan lain-lain.Jadi kebanyakan manuskrip di DBP merangkumi dalam bidang apa? (5) Sebagai pelajar atau orang luar, bagaimana cara untuk kami mengetahui manuskrip untuk dijadikan bahan rujukan dalam kajian ? Apakah cara untuk kami mengekses maklumat berkaitan manuskrip dengan mudah yang terdapat di DBP.? (6) Bagaimana prosedur yang dilakukan untuk memperolehi manuskrip ? 7) Apakah manuskrip yang paling istemewa yang terdapat di DBP? | Jawapan kepada soalan: 1. Manuskrip disimpan di dalam bilik khas simpanan manuskrip, berasingan daripada koleksi yg lain . 2. Manuskrip dikatalog menggunakan borang khas dengan format tertentu dan manuskrip yg telah dikatalog diberi nombor selari contoh MS 112 3. Jumlah koleksi manuskrip yang terdapat di PDM lebih kurang 268 judul kebanyakan dalam bahasa melayu, koleksi digital boleh dirujuk melalui laman web mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenston 4. Merangkumi pelbagai bidang paling banyak kategori hikayat dan syair 5. Boleh rujuk katalog di PDM untuk menetukan bahan kajian (perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu) atau memilih judul di dalaml aman web mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenston 6. Secara ringkas manuskrip diperolehi samaada melalui hadiah drpd orang perseorangan atau dibeli (untuk keterangan tentang prosedur perolehan manuskrip disaran datang ke PDM Dewan Bahasa dan Pustaka) 7. Antara koleksi yang istimewa adalah manuskrip sejarah melayu yang telah mendapat pengiktirafan pihak UNESCO dan di daftarkan di dalam daftar Memory of The World. Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka mengalu-alukan pihak puan untuk datang kesini untuk penjelasan yang lebih lanjut. | Lain-lain | 30.03.2011 |
Perbezaan Poliklinik dan Klinik. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, klinik ialah 1. tempat utk memberi diagnosis dan merawat pesakit luar: amat perlu mendirikan ~ di kampung-kampung utk menjaga kesihatan orang-orang kampung; 2. tempat yg serupa yg dianggotai oleh pakar perubatan atau pakar pembedahan yg mengkhusus akan satu atau lebih bidang: ~ mata. Poliklinik pula ialah hospital atau klinik tempat merawat berbagai-bagai penyakit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 14.05.2009 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi penggunaan tatabasa dan istilahnya? 1. Guru luar bandar perlu 'fahami' transformasi pendidikan negara 2. 'Justeru', amat penting sesebuah universiti menekankan nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa mereka. 3. Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang,menurut jawatankuasa 'antikeganasan' negara. 4. Salah satu daripada letupan 'mensasarkan' pasar ikan di Baga Sola 'ketika' dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar. | Jawapan: 1. Guru luar bandar perlu 'fahami' transformasi pendidikan Negara. - Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang tepat: Guru luar bandar perlu memahami transformasi pendidikan Negara. 2. 'Justeru', amat penting sesebuah universiti menekankan nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa mereka. - Perkataan justeru tidak boleh diletakkan di pangkal ayat kerana justeru merupakan penanda wacana. Contoh ayat: Saya amat menyayangi dia, justeru merancang untuk melamarnya hujung bulan ini. 3. Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang, menurut jawatankuasa 'antikeganasan' negara. = Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang, berdasarkan keputusan jawatankuasa antikeganasan Negara. 4. Salah satu daripada letupan 'mensasarkan' pasar ikan di Baga Sola 'ketika' dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar. = Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang tepat: Salah satu daripada letupan menyasarkan pasar ikan di Baga Sola, manakala dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar | Tatabahasa | 01.11.2015 |
apakah maksud legasi? | Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat 'legasi' merupakan perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah drpd kedutaan besar). Menurut Kamus Melayu Inggeris Dewan legasi membawa tiga maksud 1. pusaka, hartapeninggalan (contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.); 2. warisan (contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yang kaya kepada kita.); 3. kesan (contoh ayat: Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan). | Tatabahasa | 17.01.2013 |
Keluar atau ke luar? Saya agak bingung bila menggunakan perkataan ini. Dalam ayat berikut yang manakah betul? a) Sejak pemergian anaknya keluar negeri, ia termenung sahaja. b) Memohon keluar negeri c) Dia berjalan keluar melalui pintu belakang. soalan seterusnya bagaimana membezakan dan lain-lain (dll) dengan dan sebagainya (dsb). Saya ucapkan terima kasih atas keterangan yang akan diberi kelak. | Keluar dan ke luar dalah perkataan dalam bahasa Melayu dan kedua-duanya mempunyai perbezaan. Keluar ialah bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya:2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll):3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): 5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): 8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll). Manakala ke luar pula ialah ke sebelah luar. a) ke luar negeri b) ke luar negeri c) keluar melalui pintu belakang. Lain-lain itu maksudnya tidak sama. manakala sebagainya bermasud untuk, bagi 2. jadi, menjadi, selaku:; 3. bertindak spt, selaku: demikian pula, lebih-lebih lagi: a) lain-lain serupa (semacam) itu: b) sepatutnya:. T.kasih. | Lain-lain | 08.09.2008 |