Dalam bidang linguistik, apakah lingkungan umur PEMUDA (youth)? | Salah satu makna 'youth' ialah remaja, iaitu orang muda yang berusia antara umur 12 hingga 21 tahun. Bidang linguistik tidak menetapkan umur bagi pemuda. | Makna | 30.11.2006 |
Salam, Saya seorang Certified Translator di ITNM dan saya dalam proses menerbitkan e-book yang berkaitan dengan penyuntingan dan penterjemahan kerana amat kurang penerbitan buku panduan dalam bidang ini hasil karangan orang muda. Oleh sebab itu, saya banyak merujuk buku dan kamus terbitan DBP kerana DBP adalah pusat rujukan terulung dan terbaik di negara ini. Soalan saya ialah, ada yang berpendapat saya tidak boleh dari segi aspek Akta Hak Cipta 1987 untuk menerbitkan kembali kandungan di dalam buku terbitan DBP, contohnya Gaya Dewan Edisi Ketiga tanpa meminta kebenaran. Tetapi saya akan quote kan rujukan tersebut dalam bibliografi(seperti membuat tesis dahulu), tetapi kali ini untuk dijual. Saya amat harap pihak DBP dapat beri tunjuk ajar untuk membantu saya dalam membantu masyarakat melalui penerbitan ebook ini. Segala kerjasama saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Saudara boleh menggunakan buku Gaya Dewan terbitan DBP sebagai rujukan dan panduan sahaja tetapi tidak dibenarkan menyalin keseluruhan buku tersebut. Buku Gaya Dewan merupakan salah satu buku rujukan penerbitan yang menjadi panduan staf DBP yang juga boleh menjadi panduan organisasi lain. | Lain-lain | 31.10.2011 |
Saya ingin bertanya ejaan yang betul bagi dialek Kelantan berikut: Wo sihat. Mu sain skolah Irfan ko? (Nenek sihat. Kamu sama sekolah dengan Irfankah?) Ore muda Singapore perangae tok molek yo? (Orang muda Singapura perangai tidak elok ya?) Terima kasih. | Untuk mendapatkan ejaan yang betul sila rujuk laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) di bawah Glosari Dialek Kelantan. | Ejaan | 24.07.2019 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "engaging" dalam konteks ayat di bawah? "The Minister may prohibit any child or young person from engaging or being engaged in any employment." Sama ada perkataan "engaging" boleh diterjemah seperti yang berikut: "Menteri boleh melarang mana-mana kanak-kanak atau orang muda daripada bekerja/terlibat/mengguna khidmat atau diguna khidmat dalam apa-apa pekerjaan." Terima kasih atas bantuan tuan/puan. | Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan "engaging" dalam konteks ayat tersebut ialah terlibat. | Lain-lain | 01.07.2021 |
Hakimi mengarahkan permainan itu dipercepat bagi mengelakkan keputusan padan dalam pertandingan itu munsyi, apakah perkataan sesuai menggantikan padan? TK | Perkataan padan kurang sesuai dalam konteks ayat. Kamus Dewan mentakrifkan padan sebagai banding, imbangan, lawan, tanding, tara: lawan itu bukan ~nya; sama ~ seimbang; 2. cocok, sesuai, patut, sama: pakaian baru yang ~ dgn bentuk badannya; banyak lagi orang muda yang ~ menjadi suaminya; ~lah engkau dipilih menjadi ketua; 3. dapat dipakai (berkenaan pakaian seperti baju, seluar, dsb), muat: baju yang baru dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya; Kami mencadangkan perkataan seri. Saudara boleh layari laman web prpm.dbp.gov.my untuk carian kata dan makna untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 24.04.2013 |
sila bezakan'orang tua-tua' dengan 'orang-orang tua'!Sila sertakan ayat-ayatnya agar memudahkan pemahaman | Frasa "orang tua" ialah kata majmuk. Apabila kita menggandakan kata majmuk hanya perkataan pertama digandakan, maka terhasillah orang-orang tua seperti Rumah Orang-orang Tua. Orang tua-tua pula merujuk pada orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya. Contoh ayat: Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. | Tatabahasa | 26.03.2014 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "hours of the day between which" dalam konteks ayat di bawah: "the hours of the day between which a child or young person shall not take part in a public performance." Sama ada boleh diterjemah sebagai "waktu-waktu yang antaranya"? | Untuk makluman, padanan terjemahan langsung tidak terpakai untuk padanan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu kerana kedua-dua bahasa mempunyai struktur ayat yang berbeza. Padanan “hours of the day” dalam bahasa Melayu ialah waktu tertentu dalam sehari. Untuk frasa "the hours of the day between which a child or young person shall not take part in a public performance" boleh dipadankan dengan frasa bahasa Melayu waktu tertentu dalam sehari yang tidak membenarkan kanak-kanak atau orang muda mengambil bahagian dalam persembahan. | Makna | 02.07.2021 |
Tuan/Puan, Sila rujuk lampiran fail. Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang mungkin. Sekian terima kasih. | 1. Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Contoh FA: kacak sungguh. Contoh ayat FN + FA : Orang muda itu + kacak sungguh.2. Burung pucung ialah burung yang tinggi, lemah-lembut dan panjang kakinya. Sebelum menangkap ikan ataupun katak dengan paruhnya yang panjang, burung pucung akan menunggu dengan sabar untuk haiwan itu berenang di depannya. Nya berfungsi sebagai pembenda. Contoh: ...perkataan yang mengikutinya; Ejaannya ialah...3. Ialah untuk kata nama.4. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ia ialah kata ganti nama orang ketiga. 5. Rusa itu berlari ke dalam hutan tetapi tanduk rusa tersangkut pada dahan-dahan pokok. Rusa bertambah takut apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Rusa cuba melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu. Akhirnya, kaki rusa yang kuat itu dapat menolong rusa melepaskan diri.Rusa itu berlari ke dalam hutan tetapi tanduk rusa tersangkut pada dahan-dahan pokok. Rusa bertambah takut apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Rusa cuba melepaskan tanduk‘nya’ daripada dahan-dahan itu. Akhirnya, kaki rusa yang kuat itu dapat menolong rusa melepaskan diri. 6. Ya. 7. Ayat yang betul adalah seperti berikut:(h) Budak itu pelukis yang handal. (i) Singa haiwan yang memakan daging.(j) Perkara itu menjadi buah mulut orang ramai. | Tatabahasa | 30.07.2011 |
pemimpin negara yang sangat saya SANJUNG ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj PILIH perkataaan seerti bagi SANJUNG A puji B suka Cgemar D hormat terima kasih | Sanjung membawa maksud; menyanjung 1. sangat menghargai (sesuatu yg dianggap baik, berani, dll), meletak-kan pd tempat (kedudukan) yg mulia, memuji: mereka ~ tinggi kepala negara mereka; 2. = ~ hati mengambil hati, memujuk: pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disan-jung dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendak-lah dgn pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah dgn perkara yg digemarinya; menyanjung-nyanjung memuji dgn berlebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali? sanjungan 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2. suka dipuji-puji. Dalam konteks ayat tersebut perkataan hormat boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.05.2015 |
Maksud lansung | Langsung bermaksud 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; | Lain-lain | 04.08.2010 |