Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Hari petang nampaknya teduh,
     Orang berjalan sebelah kiri;
Pokok ditanam kalau tumbuh,
     Harapkan buah balasan budi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Percaya pada anak,
     buta mata sebelah;
percaya pada orang lain buta mata keduanya.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu pekerjaan itu janganlah sangat diharapkan kepada orang lain mengerjakannya, kita sendiri jugalah yang mesti memeriksanya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ada perbezaan di antara MERENTAS dan MERENTASI?

Kata dasar untuk perkataan tersebut ialah RENTAS yang membawa maksud lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan dengan kata dasar. Proses ini menghasilkan perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan kedudukan imbuhan itu dalam perkataan. Empat jenis imbuhan ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Perkataan MERENTAS dan MERENTASI ialah kata kerja terbitan yang  mengalami proses pengimbuhan awalan dan apitan. Contoh:

  • Awalan kata kerja me- (me+rentas)
  • Apitan kata kerja me-...-i (me+rentas+i)

Perkataan merentas dan merentasi membawa maksud yang sama, contoh penggunaannya:                              

  • Jejambat yang merentas/merentasi jalan kereta api itu penuh sesak.
  • Dia merentas/merentasi padang yang penuh dengan lalang.

Tatabahasa07.02.2019
nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq....Limau tidak melambangkan orang miskin dan perahu tidak merujuk orang kaya.  Sebenarnya peribahasa "Limau masak sebelah" sahaja sudah memadai untuk membawa maksud hukuman yang tidak adil, iaitu hukuman yang dijatuhkan mengikut kedudukan atau taraf seseorang pesalah.  Frasa "Perahu karam sekerat" adalah penguat kepada peribahasa "Limau masak sebelah" ini. "Perahu karam sebelah" juga boleh berdiri sendiri dan membawa maksud yang sama juga.Makna10.03.2014
maksud unjuranUnjuran membawa maksud; bahagian sebelah kaki orang yg sedang berbaring, atau bahagian tempat kaki mengunjur dan anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi.Makna30.06.2009
Cikgu, berasaskan ayat-ayat di sebelah yang menggunakan kata "beza" dan "perbezaan", ayat yang manakah betul? Atau kedua-dua ayat boleh diterima? 1. Terdapat beza pendapat antara dua orang ahli bahasa itu. 2. Terdapat perbezaan pendapat antara dua orang ahli bahasa itu. Bagaimanakah pula dengan ayat (3) dan (4) di sebelah? 3. Terangkan beza antara sel darah merah dengan sel darah putih. 4. Terangkan perbezaan antara sel darah merah dengan sel darah putih. Berpandukan makna "sifat lain sesuatu benda daripada yang lain", apakah kelainan makna antara kata "beza" dengan kata "perbezaan"?Ayat yang betul ialah Terdapat perbezaan pendapat antara dua orang ahli bahasa itu dan Terangkan perbezaan antara sel darah merah dengan sel darah putih. Sila rujuk Kamus Pelajar atau laman web kami untuk melihat perbezaan makna dan konteks penggunaannya antara perkataan beza dengan perbezaan.Tatabahasa22.02.2015
Cikgu, dalam ayat di sebelah, kata sendi nama manakah tersesuai digunakan? 1. Orang itu tidak mudah berpuas hati kepada / terhadap / akan / tentang keputusan peperiksaannya.Ayat yang sesuai ialah "Orang itu tidak mudah berpuas hati  terhadap keputusan peperiksaannya."Tatabahasa22.02.2015
saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq....saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq....Makna10.03.2014
Assalamualaikum, saya nak bertanya . Keturunan sebelah mak saya , yaitu kepada moyang saya ada gelaran Syed dan ada gelaran Syarifah . Tetapi moyang saya yang gelaran Syed nie berkahwin dengan orang biasa sehinggakan gelarannya dibuang . Kenapa boleh menyebabkan gelaran tu dibuang ya ?Mohon maaf, soalan yang diberikan tidak berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP.Lain-lain12.03.2025
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat dibawah? 1. Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial. 2. Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu. 3. Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas.1. Kita perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras gejala sosial.

2. Orang ramai mengawasi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengah hari itu.

3. Mereka menghias bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya sesi pembelajaran pada waktu pagi tidak terganggu.
Tatabahasa16.08.2013
1) Boleh berikan contoh format surat rasmi? 2) Sekiranya terdapat dua orang berkuasa yang perlu menandatangani surat, bagaimanakah formatnya? Sekiranya atas bawah atau kiri dan kanan, kedudukan yang paling berkuasa di sebelah mana?

Saudara,

Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini.  Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. 

Lain-lain26.12.2018
Salam, Saya ingin mengetahui asal usul perkataan Tetangga. Kata asas ialah tangga. adakah maksudnya satu tangga. Mungkin rumah kampung mengunakan satu tangga untuk jiran bersebelahan. Tolong jelaskan bagi saya.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, tetangga bermaksud orang yang tinggal di sebelah-menyebelah rumah kita atau yangg tinggal berdekatan dgn kita; jiran. 

Tangga pula bermaksud:
 1.Tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dan lain-lain 2. Alat untuk tumpuan memanjat (takuk pada pokok, sigai, dan lain-lain), injak-injak; 3. bahagi­an daripada sesuatu yang bertingkat-tingkat, pering­kat, skala, tingkatan (Kamus Dewan Edisi Keempat) 
Lain-lain14.05.2018
123

Kembali ke atas