| Apakah perbezaan antara 'pengantara' dengan 'perantara'. Konteks: 'Mediator' yang menjadi orang tengah untuk membantu dua pihak yang bertelagah untuk mencapai kata putus dalam sesuatu kes (perundangan). | Pengantara dan perantara mempunyai maksud yang sama iaitu orang tengah, pendamai, dan pelerai. Malaysia menggunakan istilah pengantara bagi mediator (yang menjadi orang tengah untuk membantu dua pihak atau pihak-pihak yang bertelagah untuk mencapai kata putus dalam sesuatu kes perundangan) tetapi Indonesia menggunakan istilah perantara. | Istilah | 29.04.2011 |
| APA ISTILAH TONTO DALAM BAHASA YANG DAPAT MENERANGKANNYA DENGAN TEPAT | orang tengah yang bertindak sebagai pemberi maklumat dan lain-lain untuk menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang dan lain-lain oleh pihak berkuasa: | Tatabahasa | 04.10.2007 |
| Salam, Boleh saya tahu perbezaan maksud 'perantara' dan 'pengantara' serta konteks penggunaan kedua-duanya? Terima kasih. | Menurut data kami, perkataan perantara membawa maksud orang tengah, penghubung (dalam perundingan dan lain-lain): dia hanya berlaku sebagai ~ dalam perselisihan saya dengan Leman. (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala pengantara bermaksud 1. perihal mengantarai (bertindak sebagai orang tengah): dalam pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dari negeri Siam; 2. penghubung (antara dua orang dan lain-lain): saya kirim surat ini dengan ~ kawan saya; 3. = dengan ~ dengan jalan, melalui: kursus itu diberikan dengan ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan): ~ dgn majikannya sudah kurang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)Sehubungan dengan itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana membawa maksud hampir sama. | Makna | 12.08.2018 |
| selamat sejahtera, saya ingin bertanya apa yang dimaksudkan dengan rujukan yang berwasit? sekian terima kasih. | Rujukan yang berwasit bermakna sesuatu rujukan perkara yang dibuat dengan menggunakan orang tengah, pendamai dan seumpamanya. Walau bagaimanapun istilah ini bergantung pada bidang dan konteks. | Makna | 13.07.2009 |
| Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah “mediator” dalam tajuk tesis. “Perkongsian Pengetahuan sebagai Mediator.” Adakah penggunaan perkataan mediator ini diterima dalam bahasa Melayu, atau lebih sesuai digantikan dengan istilah perantara? terima kasih atas pandangan pihak tuan/puan. | Untuk makluman puan, istilah 'mediator' ialah istilah bahasa Inggeris yang bermaksud pengantara/orang tengah, menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1997). Sehubungan dengan itu, padanan bagi istilah mediator dalam bahasa Melayu ialah pengantara atau orang tengah. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 17.10.2025 |
| Adakah huruf “s” pada ayat “syarikat ABC Sdn Bhd” dieja menggunakan huruf besar? Perkataan ini digunakan di tengah-tengah ayat. Adakah huruf “k” pada ayat “kilang ABC Sdn Bhd” dieja menggunakan huruf besar? Perkataan ini digunakan di tengah-tengah ayat. | Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 96 kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar walaupun kedudukannya di tengah-tengah ayat, manakala kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Perkataan “syarikat” ialah kata nama am. Oleh itu, huruf “s” ditulis dengan huruf kecil. Namun sekiranya nama perniagaan/organisasi itu ialah “Syarikat ABC Sdn. Bhd.” yang merujuk kepada kata nama khas, huruf “S” ditulis dengan huruf besar. Begitu juga dengan kilang ABC Sdn. Bhd. Perkataan “kilang” ialah kata nama am. Oleh itu, huruf “k” ditulis dengan huruf kecil. Namun sekiranya nama perniagaan/organisasi itu ialah “Kilang ABC Sdn. Bhd.” yang merujuk kepada kata nama khas, huruf “K” ditulis dengan huruf besar.
| Tatabahasa | 02.02.2024 |
| 1. apakah penjodoh bilangan yang sesuai bagi 'orang-orang' yang digunakan di tengah-tengah sawah? 2. apakah perbezaan penggunaan perkataan 'ramai' dan 'banyak', perkataan manakah yang sesuai digunakan untuk menunjukkan bilangan orang? | 1. Orang-orang merujuk kepada sesuatu yang dibuat seperti orang atau patung. penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuah.
2. Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. 3. Banyak orang. | Lain-lain | 06.08.2011 |
| Bolehkah kita gunakan frasa orang-orang kampung dalam ayat yang bermaksud penduduk kampung. | Frasa yang lebih tepat ialah orang kampung atau penduduk kampung. Frasa nama orang-orang lebih sesuai untuk merujuk kepada patung yang menyerupai orang yang diletakkan di tengah-tengah sawah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 546, 1562 dan 1565. | Tatabahasa | 08.10.2025 |
| saya keliru dengan pengunaan perkataan orang. adakah perkataan orang sudah menunjukkan bilangan yang banyak seperti masyarakat? adakah perkataan orang boleh digandakan? yang mana tepat rumah orang-orang tua atau rumah orang tua-tua? | Perkataan orang tidak menunjukkan bilangan yang banyak seperti masyarakat. Perkataan orang boleh digandakan tetapi tidak digalakkan kerana ia mempunyai makna kedua, iaitu orang-orang/orang-orangan yang bermaksud patung yang berupa orang yang diletakkan di tengah sawah untuk menakutkan burung. Istilah yang tepat ialah rumah orang-orang tua ataupun boleh juga digunakan rumah orang tua. | Istilah | 24.02.2010 |
| Bolehkah perkataan "orang-orang" digunakan untuk menunjukkan makna ramai orang? | Dari segi tatabahasa, kata "orang" tidak perlu digandakan kerana "orang" boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Orang-orang/orang-orangan yang bermaksud patung yang berupa orang yang diletakkan di tengah sawah untuk menakutkan burung. | Tatabahasa | 13.05.2014 |