nyamuk Aedes atau nyamuk aedes? orang utan atau Orang Utan atau orang Utan? yang mana satu betul? tq | Ejaan yang betul ialah nyamuk Aedes dan orang utan. | Ejaan | 27.03.2010 |
Asalamualaikum. 1.Perkataan ORANG UTAN -apakah maksud UTAN?Adakah UTAN itu bermaksud HUTAN. Kenapa dalam Kamus Dewan tidak ada perkataan UTAN KenDapa perkataan ORANG tidak dihuraikan pengertian ORANG UTAN dalam Kamus Dewan. 2. Seolah-olah satu trend pada masa ini, kebanyakan premis perniagaan menggunakan kata D seperti Kafe Santai D Saga, D Intim Tomyam, Spa D Indah dan sebagainya.Soalannya bolehkah kata tersebut diterima pakai dalam Bahasa Melayu. Rasionalnya. terima kasih. ISMAIL HASHIM BALING | Utan meruapakn varian dan sama makna dengan hutan. Istilah orang utan memang tidak dimasukkan dalam Kamus Dewan tetapi di bawah entri orang ada oran hutan iaitu makna keduanya sejenis kera besar, mawas. | Istilah | 28.05.2009 |
ejaan orang utan yang betul 1. satu atau dua perkataan 2. o dan u di awal huruf besar atau kecil | Ejaan yang betul ialah orang utan, ditulis dua perkataan dengan awalan setiap perkataan huruf kecil. | Ejaan | 16.01.2009 |