| Yang mana betul ungkapan berikut : i. kata orang-orang tua ii kata orang tua-tua | 1.orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2.orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas. | Makna | 02.02.2017 |
| Boleh saya dapatkan istilah tepat bagi 'scarecrow'. Adakah orang-orang atau orang-orangan? Kedua, bolehkah saya gunakan orang-orang sebagai penanda jamak bagi perkataan orang. Terima kasih | Kedua-dua "orang-orang" dan "orang-orangan" adalah betul dan boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk scarecrow. Dalam data rujukan banyak digunakan perkataan orang-orang bagi menunjukkan jamak. Walau bagaimanapun, tidak salah jika kita menggunakan orang, lebih-lebih lagi kecenderungan penulis kini yang mementingkan nilai ekonomi dalam berbahasa. | Istilah | 27.07.2016 |
| Salam, orang-orang musyrik atau orang-orang musyrikin? TK | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1506, perkataan musyrik bermaksud orang yang menyekutukan Allah, baik dengan keyakinan, ucapan ataupun perbuatan. Musyrikin pula merujuk orang-orang yang musyrik. Walau bagaimanapun, perkataan orang boleh diletakkan di hadapan perkataan musyrik atau musyrikin bergantung pada kesesuaian konteks dan penggunaan dalam ayat. | Makna | 22.09.2024 |
| Maaf, saya ingin bertanya. Adakah patung yang terdapat di sawah dipanggil orang-orang? Saya ingin mendapatkan kepastian. | Perkataan "orang-orang" dan "orang-orangan" adalah betul dan boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk scarecrow. | Makna | 29.05.2020 |
| Bolehkah kita gunakan frasa orang-orang kampung dalam ayat yang bermaksud penduduk kampung. | Frasa yang lebih tepat ialah orang kampung atau penduduk kampung. Frasa nama orang-orang lebih sesuai untuk merujuk kepada patung yang menyerupai orang yang diletakkan di tengah-tengah sawah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 546, 1562 dan 1565. | Tatabahasa | 08.10.2025 |
| Adakah "orang-orang" bentuk jamak (plural form) untuk "orang"? Yang manakah ayat yang betul (1) orang ramai berkumpul di hadapan stadium. (2) ramai orang berkumpul di hadapan stadium. | Gunakan penanda jamak seperti ramai untuk menggantikan orang-orang. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. | Lain-lain | 13.12.2022 |
| saya ada bertanya sebelum ini tetapi masih belum mendapat jawapnberkenaan tanda baca selepas tanda petik apabila ada tanda soal spt berikut: Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami dia berkata, “Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu?”. adakah tanda noktah selepas tanda petik perlu atau tidak? atau seperti ini,“Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu?” (tiada tanda titik) | “Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu?” tidak perlu noktah selepas tanda petik. | Tatabahasa | 26.09.2020 |
| Mohon pandangan berkaitan tajuk seperti di bawah: PERATURAN TETAP OPERASI MENYELAMAT ORANG PAPA DI BAWAH AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977 Penggunaan di Bawah Akta atau Bawah Akta sahaja | Penggunaan bahasa yang betul ialah PERATURAN TETAP OPERASI MENYELAMAT ORANG PAPA DI BAWAH AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977. | Tatabahasa | 31.12.2020 |
| Simpulan Bahasa adalah gabungan dua perkataan yang biasa digunakan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu untuk mengambarkan sifat-sifat, tingkahlaku, situasi dan perangai spontan mausia dalam menjalani kehidupan harian mereka. Rujuk fail yang dilmpirkan. | DBP mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan. Peribahasa Tekak Biawak memang wujud. Kemungkinan dalam penyusunan buku peribahasa, peribahasa tekak biawak ini telah terlepas pandang. Pihak kami mengambil maklum. Peribahasa ini akan dimasukkan dalam penyusunan buku peribahasa akan dating. | Lain-lain | 11.08.2016 |
| Bolehkah padanan bagi "extradition of persons" adalah "ekstradisi orang-orang" atau memadai "ekstradisi orang" sahaja? | Padanan dalam bahasa Melayu iaitu "ekstradisi orang" sudah memadai. | Lain-lain | 25.08.2021 |