Saya sedang membuat kajian berkaitan penilaian kurikulum. Saya menggunakan 'participants-oriented approach'. 'Participants' dalam konteks kajian saya ialah mereka yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum iaitu pengajar, pelajar dan pentadbir. Pertanyaan saya ialah bolehkan saya terjemahkan 'participants' kepada 'partisipan'. Sekiranya ia diterjemahkan 'participants' kepasa 'peserta' ia akan membawa maksud yang lain. Peserta bermaksud mereka yang mengikut kursus atau program. Sekiranya saya menggunakan perkataan peserta, konteks kajian saya telah berubah. Mohon pandangan tuan. Terima kasih. | Istilah "partisipan" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tidak boleh digunakan. Pada pandangan kami, istilah yang sesuai dalam konteks ini ialah responden. Dalam Kamus Dewan edisi keempat, "responden" bermaksud orang yang memberikan maklumat (menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan sebagainya) dalam sesuatu kegiatan kaji selidik. | Istilah | 13.02.2013 |
Assalamualaikum wrt, Saya hendak bertanya adakah dalam bahasa melayu bagi perkataan "Folkloristic"? Contoh ayat dalam bahasa inggeris: In examining the possibility of extrapolating features of worldview from folkloristic data, the author considers the allegation that Americans are future oriented in the light of various examples of American folklore. | Untuk makluman tuan, tiada padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan folkloristic. Berdasarkan carian kami, folkloristic juga dikenali sebagai Folklore Studies. Cadangan kami bagi perkataan folkloristic ialah pengajian cerita rakyat. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.12.2017 |