Adakah ayat ini betul? Saya belok ke kanan hingga sampai Jalan Orkid | Saya membelok ke kanan hingga sampai ke Jalan Orkid. | Tatabahasa | 24.07.2012 |
Mohon bantuan adakah ayat ini betul susunannya. Orkid Onsidium popular dikenali sebagai gadis menari (dancing lady). Terima kasih. | Ayat yang gramatis menggunakan salah satu daripada perkataan popular atau dikenali, seperti Orkid Onsidium dikenali sebagai gadis tari. | Tatabahasa | 09.08.2012 |
Saya inginkan kepastian tentang kedudukan perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia.Adakah perkataan / frasa ini tergolong sebagai kata nama khas, katanama am atau kata majmuk. | Perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia tergolong sebagai kata nama khas. | Tatabahasa | 18.05.2008 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari. 2. Pipi gadis itu merah sekali. 3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November. 4. Kakak suka menanam bunga orkid. ( atau ) Kakak suka menanam orkid. 5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik. Terima kasih. | 1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari. 2. Pipi gadis itu merah sekali. 3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November hingga .... 4. Kakak suka menanam pokok orkid. 5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik. | Tatabahasa | 26.12.2012 |
Ramai wartawan atau pengguna bahasa Melayu sudah terbiasa dengan penggunaan perkataan TERLANTAR yang acap digunakan untuk merujuk kepada orang yang sakit. Contoh ayat : 1. Datin Orkid Abdullah kini TERLANTAR sakit ketumbuhan. 2. Ibu Halimah TERLANTAR sakit di hospital. Jika dilihat dari konteks makna, maksud perkataan TERLANTAR ialah terbiar tanpa penjagaan dalam tempoh yang lama. | Antara maksud terlantar termasuklah dalam keadaan yang tidak dijaga atau dipelihara, tetapi saudara juga perlu merujuk makna terlantar yang pertama, iaitu terletak atau terbaring (di). Berdasrkan makna yang tersebut penggunaan kata terlantar adalah betul tetapi ayat itu perlu diperbetulkan menjadi "Datin Orkid Abdullah kini terlantar di rumahnya kerana sakit ketumbuhan". | Tatabahasa | 02.05.2011 |
Dalam keadaan bagaimanakah, Bunga Raya dikenali kata nama khas dan keadaan yang bagaimana pula dikenali sebagai kata nama am? Menurut keputusan carian di halaman web DBP, terdapat jawapan berikut: "Perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia tergolong sebagai kata nama khas."-18.05.2008 "Dalam konteks kata nama am, dieja bunga raya dan bunga kebangsaan."-13.05.2011 soalan"Bunga Raya ataun bunga raya?" jawapan" bunga raya"-02.04.2011 soalan"bunga raya atau Bunga Raya" jawapan" Bunga Raya"-28.04.2011 | Merujuk Kamus Dewan, ejaan yang betul ialah bunga raya sama seperti bunga ros, teratai dan orkid. Jenis-jenis bunga ini dikategorikan sebagai kata nama am melainkan ada unsur lain yang menjadikannya sebagai kata nama khas seperti tajuk novel. Kami mohon maaf atas kesilapan jawapan tersebut. | Ejaan | 10.10.2012 |
Salam dan selamat pagi, Saya nak tanya... Perlukah kita mengulang perkataan di bahagian depannya?Ayat contoh 1: Dia menanam bunga raya, bunga mawar, bunga orkid dan sebagainya. Ayat contoh 2: Dia menghasilkan kerepek ubi, kerepek pisang, kerepek kentang dan lain-lain. Sekian, terima kasih. | Tidak perlu diulangi kata nama tersebut pada setiap kali menyatakan jenisnya yang dinyatakan secara berurutan. | Tatabahasa | 25.01.2013 |
Salam sejahtera . Adakah Hutan Hujan Tropika dan Taman Buaya kata nama khas hidup bukan manusia? Apakah contoh lain kata nama khas hidup bukan manusia? Terima kasih. | Hutan Hujan Tropika dan Taman Buaya tergolong dalam kumpulan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup bukan manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan seumpamanya, contohnya: Jibrail, Tompok, Belang, Kancil, Vanda diana (sejenis orkid) dan Hevea brasiliensis (pokok getah). | Tatabahasa | 08.01.2013 |