Saya sedang melakukan kajian mengenai novel Warna Sebuah Lembah karya En. Osman Ayob dan berharap dapat menghubungi beliau untuk bertanyakan beberapa soalan. Oleh itu, bolehkah DBP memberikan cadangan tentang cara-cara unbtuk menghubungi En Osman Ayob ? Sekiranya pihak DBP tidak keberatan, saya berharap agar pihak DBP dapat memberikan nombor telefon dan juga alamat emel beliau. Segala kerjasama pihak tuan amat saya hargai dalam menyempurnakan kajian saya. Terima kasih. | Tidak ada maklumat yang berkaitan dengan Encik Osman Ayob dalam pangkalan data kami, apa yang ada ialah karya-karya beliau yang diterbitkan oleh penerbit luat. Berdasarkan maklumat tersebut juga kebanyakan karya beliau diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Oleh itu, kami cadangkan saudara berhubung dengan kedua-dua editor dan sayrikat penerbitan akhbar berkenaan untuk membantu saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Badan Penulis | 20.07.2011 |
Walaupun Osman tergolong antara pemain terkecil dalam pasukannya namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. kata tergolong dan antara dalam ayat di atas betul atau tidak? atau yg salah ialah kata terkecil?tq | Ayat yang lebih tepat ialah "Walaupun Osman tergolong dalam pemain terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain." | Tatabahasa | 03.10.2013 |
saya ingin mengetahui penggunaan me-... kan, me...i, memper, memper... kan, | Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Contoh ayat: Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan. Untuk makluman lanjut berkaitan apitan (me-...kan, me...i, memper...kan) dan awalan (memper...) sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 190 - 197 untuk mengetahui setiap peraturan yang tersebut. | Tatabahasa | 05.08.2010 |
Encik, Adakah ayat di bawah ini betul? 1) Osman suka duduk di tepi sawah kerana dia dapat menghirup udara yang segar. 2) Kami pernah tinggal di situ pada sepuluh tahun yang lalu. 3) Menurut Ali, dia bukan berasal dari Melaka tetapi dari Pahang / Menurut Ali, dia berasal bukan dari Melaka tetapi dari Pahang. 4)Lambat benar bas itu tiba ke destinasi yang dituju. 5) Wah, comel-comelnya anak awak! / Wah, comelnya anak-anak awak! 6) Jangan petik bunga-bunga yang sedang mekar di taman. | Ayat berikut saya betulkan: 1) Osman suka duduk di tepi sawah sambil menghirup udara yang segar. 2) Kami pernah tinggal di situ sepuluh tahun yang lalu. 3) Menurut Ali, dia bukan berasal dari Melaka tetapi dari Pahang. 4) Lambat benar bas itu tiba ke destinasi yang di tuju. 5) Wah, comelnya anak-anak awak! 6) Jangan petik bunga yang sedang mekar di taman. | Tatabahasa | 21.07.2008 |
apakah perbezaan menghadiahkan dan menghadiahi?terima kasih | Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. | Tatabahasa | 21.12.2012 |
Salam tuan, Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan kata imbuhan 'kan ' dan 'i' Contoh : menghadiahkan atau menghadiahi | Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Contoh ayat: Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 190. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
Inquiry on Event Planning for Corporate Client Dear DBP, My name is Mira Osman, and I am from the Operations team at Engage Life - a corporate wellness & engagement service provider. We would like to explore the possibility of partnering with you to arrange a Bahasa Day for one of our clients. The details are as follows: Date & time: TBC Agenda: To plan on games / challenges / quizzes / learning stations / talk / workshop that related to Bahasa Could you kindly provide us with a quotation for the event, fees, and any other relevant charges? Looking forward to your response! Thank you. Regards, Mira Osman Operations & Client Relationship Executive Engage Life Mobile: +60193405587 | Untuk bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, sila hantarkan surat kepada Ketua Pengarah DBP melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my. Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menghantarkan surat menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. | Lain-lain | 14.03.2025 |
Apakah perrbezaan antara imbuhan antara meN-kan dan meN-i? | Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. | Tatabahasa | 19.10.2010 |
Salam, Bagaimana bezakan penggunaan imbuhan i dan kan? misalnya menghadiahi dan menghadiahkan. Sekian, terima kasih. | Saudara, Fungsi apitan meN...kan dan meN...i menandakan kausatif dan lokatif. Contohnya: i. Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad ii. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Yntuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, , halaman 207. | Tatabahasa | 28.12.2009 |
Hello Khidmat Nasihat DBP Saya ingin mengetahui sama ada ayat-ayat di bawah ini gramatis/betul atau tidak. 1. Walaupun Osman tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. 2. Permuafakatan dalam bidang ekonomi antara negara kita dengan negara jiran sudah termenterai dari awal lagi. 3. Supaya jawapan tidak terpesong, kamu hendaklah menjawab soalan mengikut arahan yang diberikan. Pihak tuan/puan BELUM menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Terima kasih | 1. Walaupun Osman tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. 2. Permuafakatan dalam bidang ekonomi antara negara kita dengan negara jiran sudah termeterai dari awal lagi. 3. Supaya jawapan tidak terpesong, kamu hendaklah menjawab soalan mengikut arahan yang diberikan. | Tatabahasa | 12.10.2013 |