Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
otak (kata nama)
Bersinonim dengan fikiran, akal, benak, minda;,
Kata Terbitan : berotak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, boleh tuan/puan beritahu saya apakah jawapan untuk soalan yang disertakan atau soalan tersebut langsung tidak mempunyai jawapan yang tepat. soalan: Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan cergas dengan betul. I Bersenam menjadikan otak kita cergas. II Dia bergiat cergas dalam bidang olahraga. III Kami berasa cergas setelah bekerja seharian. IV Suara budak itu memang cergas apabila berpidato. A. I dan II sahaja. B. I dan III sahaja. C. II dan IV sahaja. D. I, II, III dan IvBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna cergas ialah: 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak men­jalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan mem­beli (bkn pasaran saham);  5. (masih) menge­luarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~. Berdasarkan takrifan tersebut, maka pilihan yang betul ialah ialah  I, II, dan III.  Untuk mengelakkan kekeliruan, saudara digalakkan merujuk penyedia soalan tersebut.Tatabahasa24.06.2010
Salam Saudara/Saudari, 1) Mohon tunjuk ajar cara pengunaan ke dan kepada. (Mohon tunjukkan contoh sekali) 2) Apakah sinonim yang profesional bagi "dihantar"? 2) Adakah yang berikut betul? "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar kepada Jabatan X" atau "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X"1. Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu atau masa. Contoh:
i. Mereka akan ke Kuantan esok
ii. Mereka mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa. 

Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh:
i. Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat itu
ii. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan
iii. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik.

3. Apa yang dimaksudkan sinonim yang professional bagi "dihantar", tidak jelas. Berikut makna bahgi "hantar"
1 menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh.
2 membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali.
3 memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran.
4 mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan.
5 memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. menghantari menghantar sesuatu kpd; mengirimi: Dia dihantari sejambak bunga. hantaran 1 sesuatu yg dihantar; kiriman. 2 = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pa­kaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. penghantaran perbuatan atau proses menghantar: Saraf tunjang mempunyai tugas yg berkaitan dgn ~ rangsang ke otak. penghantar 1 orang yg menghantar: ~ surat khabar. 2 alat utk menghantar.

3. Ayat yang betul, "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X"

Tatabahasa19.08.2015

Kembali ke atas