Haryati Othman Sep 15th, 8:40am Maaf nak tanya..dewan bahasa n pustaka ada buat tak kursus bahasa bg bln 10,11 n 12 nie tak... | Untuk makluman tuan, semua urusan yang berkaitan kursus diselaras dan diuruskan oleh Akademi DBP. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Dr. Amran bin Joned, Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 15.09.2015 |
Rizal Othman Dec 15th, 11:04pm Salam...bagaimana cara utk myertai novel sejarah dan bgkel penulisan novel tsebut? | Boleh terus menghubungi Urus Setia atau e-mel yang dinyatakan seperti dalam Syarat-syarat penyertaan, iaitu selepas perkara 12. | Lain-lain | 15.12.2014 |
Aina Othman Jul 23rd, 3:14pm salam... saya terjumpa kesilapan ejaan seperti yang saya kepilkan. harap DBP dapat mengambil tindakan secepat mungkin. kesilapan yang saya jumpa: box office - dalam Istilah Malaysia 'pecah punggung'.. hehe... | Waalaikumussalam. Ya, kami pun terjumpa. Itu merupakan kesilapan menaip ketika memasukkan data. Kami akan maklumkan kepada pihak berkenaan. Terima kasih atas teguran. | Ejaan | 23.07.2014 |
Saya ingin bertanya apakah mengapakah terjadinya beberapa perbezaan dalam menentukan gelaran seseorang misalnya Datuk Seri, Dato' Seri, Dato' Sri... contohnya saya ingin menulis gelaran karangan pada tahun 2005 berkaitan sukan, jadi saya mencari siapakah menteri sukan ketika itu, lalu saya terjumpa pelbagai gelaran Datuk Azalina Othman, Dato' Seri Azalina Othman, Datuk Seri Azalina Othman. Mengapakah berlaku sedemikian? | Setiap penerima darjah kebesaran tertentu daripada negeri bersultan akan bergelar Dato' atau Dato' Seri kecuali penerima anugerah daripada negeri Pahang yang bergelar Dato' Sri seperti YAB Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak dan YB Dato' Sri Hishamuddin bin Tun Hussein. Penerima darjah kebesaran tertentu daripada Persekutuan dan negeri-negeri tidak bersultan akan bergelar Datuk dan Datuk Seri. Sememangnya terdapat perbezaan dalam gelaran penerima anugerah negeri-negeri (bersultan dan tidak bersultan) dan Persekutuan, oleh itu media mengambil jalan tengah dengan menggunakan gelaran Datuk dan Datuk Seri untuk semua penerima. Dalam hal ini, media tidak boleh dijadikan rujukan lebih-lebih lagi dalam penulisan rasmi. | Lain-lain | 13.06.2011 |
Saya melakukan kajian mengenai novel Rentak Galur karya Sarimah Othman dan novel Epilog Sekeping Hati karya Nurul Salwa Abdul Muluk.Jadi saya ingin menghubungi kedua-dua pengarang tersebut.Oleh itu, saya ingin meminta maklumat mengenai kedua-dua pengarang sekiranya DBP mempunyai maklumat mengenai mereka.Terima kasih. | Maklumat dua (2) orang penulis yang dipohon adalah seperti yang berikut: 1) Novel: Rentak Galur Nama penulis: Sarimah Othman Alamat: 52, Jalan SS 5/1, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan. No. Tel: 016-7634207 atau 04-5308760 (Rumah di P/Pinang). No. E-mel: othman@yahoo.com">im-othman@yahoo.com 2) Novel: Epilog Sekeping Hati Nama penulis: Nurul Salwa Abdul Muluk Alamat: 24, Jalan SG 9/1, Taman Sri Gombak, Selangor Darul Ehsan. No. Tel: 012-2507498 No. E-mel: gurl_wawa@yahoo.com | Lain-lain | 28.05.2008 |
Salam. Sy nak taw mcm mn nak hubungi siapa2 yg berkaitan Othman Kelantan? Utk kajian sastera sy, insyaAllah | Waalaikumuslam wbk. Bagi maksud tersebut, sdr bolehlah hubungi waris atau anak Allahyarham S. Othman Kelantan iaitu SM Zakir melalui alamat e-mel: smzakir90@gmail.com atau talian 017-3427991. Selamat berjaya dan wassalam. | Lain-lain | 01.08.2010 |
Assalamualaikum. Tn. Sulaiman Kaiat. Saya En. Hisham Bin Othman @ Mohd, bertugas di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka. Mohon pengesahan dari pihak tuan berhubung penggunaan bahasa samada: Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka atau Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka. Terima kasih. Hisham Bin Othman @ Mohd. 08.10.2019. | Penggunaan bahasa yang betul ialah Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka. | Lain-lain | 08.10.2019 |
Saya ingin tahu yang manakah format yang betul dan wajar digunakan? Adakah nama diikuti dengan jawatan ATAU jawatan diikuti dengan nama? Contohnya: Ayat 1 - En Faizal Othman, Ketua Pegawai Eksekutif IWK telah merasmikan majlis itu. Ayat 2 - Ketua Pegawai Eksekutif IWK, En Faizal Othman telah merasmikan majlis itu. Yang manakah ayat yang betul? | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, penggunaan yang tepat ialah Encik Faizal Othman, Ketua Pegawai Eksekutif IWK telah merasmikan majlis tersebut. | Lain-lain | 24.07.2018 |
Assalamualaikum. Tuan Sulaiman. Saya En. Hisham Bin Othman @ Mohd. Saya ingin bertanya. Apakah ejaan yang betul bagi: 1. Profesional atau Professional. 2. Pelantikan atau Perlantikan. 3. Adakah perkataan "pedas giler" diterima pakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka? Adakah ia membawa maksud sangat pedas? Terima kasih di atas maklumbalas tuan. Hisham Bin Othman @ Mohd. 26.09.2019. | Salam sejahtera, Tuan, Ejaan yang betul: 1. Profesional 2. Pelantikan 3. "Pedas giler" tidak betul. Sila gunakan "sangat pedas". Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 26.09.2019 |
assalamualaikum...saya ingin bertanya..jenis teori yang sesuai digunakan bagi novel "wajah seorang wanita" karya s.othman kelantan. | Beberapa teori telah dikemukakan oleh para sarjana tempatan dalam mengkritik karya sastera. Antaranya termasuklah Teori SP4BL (Luhur, Lahir, Logik, dan Lateral) oleh Mohd. Affandi Hassan, Teori Kritikan Melayu oleh SN S.Othman Kelantan, Teori Puitika Sastera Melayu oleh SN Profesor Muhammad Haji Salleh, Teori Takmilah oleh Dr. Shafie Abu Bakar, Teori Pengkaedahan Melayu oleh Profesor Hashim Awang, dan Teori Teksdealisme oleh Mana Sikana. Sementara itu, Dr. Awang Azman Awang Pawi melihat novel "Wajah Seorang Wanita" dari sudut teori psikoanalisis. | Sastera | 25.01.2014 |