1. Adakah perkataan bahasa Inggeris 'input' dan 'output' boleh digunakan dalam bahasa Melayu secara langsung tanpa diterjemahkan. Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk menggantikan kedua-dua perkataan ini. 2. Apakah terjemahan untuk perkataan 'role model' dalam bahasa Melayu? Terima Kasih | Puan Makheran, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. input dan output boleh digunakan dalam bentuk istilah, manakala dalam bahasa Melayu ia boleh diterjemahkan kepada sumber yang diperlukan bagi input manakala output diterjemahkan sebagai hasil pengeluaran. Manakala role model pula boleh diterjemahkan kepada suri teladan. Terima kasih. | Istilah | 29.06.2009 |
Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanyakan kekeliruan penggunaan frasa sendi nama 'pada masa kini'. Yang betulnya ialah 1. pada masa ini 2. kini Dengan berdasarkan maksud dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua hlm. 407, 'kini' bermaksud sekarang ini atau masa ini. Soalannya Bukankah bentuk frasa sendi nama yang tepat seharusnya pada kini kini=masa ini pada kini=pada masa ini Namun demikian, pengguna bahasa sering menggunakan bentuk 'kini' sebagai pembetulan bagi bentuk 'pada masa kini'. mohon penjelasan daripada pihak tuan ya. Jasa tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Untuk makluman, "pada masa kini" dan "pada masa ini" membawa maksud yang sama. Sungguhpun begitu, penggunaannya berbeza mengikut konteks ayat. Contoh: a. Pada masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri daripada 80% jumlah output industri. b. Muzik dangdut masih mempunyai peminat pada masa kini. | Tatabahasa | 04.01.2021 |