Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n ketuhar: a gas ~, ketuhar gas; like an ~, (colloq) panas berbahang: it’s like an ~ in here; please turn on the fan, bilik ini panas berbahang; tolong pasangkan kipas. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oven

Peribahasa

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah bahasa melayu untuk brick oven atau masonry oven?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah ketuhar bata atau oven bataIstilah01.03.2017
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberi terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Truck-in Oven 2.Walk-in Oven 3. Slot Furnace 4. Pulverized Fuel Boiler 5. Stoker Fired Boiler Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang diberikan. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
 1. Truck-in Oven - Ketuhar Mudah Alih
 2.Walk-in Oven - Ketuhar Mudah Alih
 3. Slot Furnace - Relau Slot /Relau Lubang Alur
 4. Pulverized Fuel Boiler - Dandang Bahan Api mendebu
 5. Stoker Fired Boiler  - Dandang Bakar Pembubuh
Istilah26.04.2016
Bau hangus itu datang dari oven itu / Bau hangus itu datang daripada oven?Bau hangus itu datang daripada oven.Tatabahasa17.10.2011
Salam sejahtera, adakah perkataan oven boleh diterima pakai untuk penulisan? Adakah ia bahasa pasar atau bukan?Perkataan bahasa Melayu yang betul ialah “ketuhar”. Perkataan “oven” ialah bahasa basahan atau bahasa percakapan sehari-hari.Tatabahasa26.07.2024
Salam 1Malaysia, 1. Kalau kata 'boros' merujuk kepada Kata Kerja, bagaimana pula dengan frasa 'sangat boros sekali' atau 'amat boros sekali'? Bukankah kata penguat bebas boleh bertemu dengan kata adjektif + sekali? 2. Terjemahan frasa 'hot from oven' dalam bahasa Melayu, apa? Panas dari / daripada oven? 3. Asap kereta keluar dari / daripada ekzos kereta ayah. Terima kasih.1. Frasa "sangat boros sekali" tidak gramatis. Boros sama seperti bazir dan jimat merupakan kata kerja. Untuk melihat contoh penggunaan yang betul, layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boros.
2. Panas daripada oven.
3. Asap daripada ekzos. Kedua-dua ayat ini merujuk sumber datangnya panas dan asap itu.
Tatabahasa02.06.2012
Salam Apakah istilah dalam Bahasa Melayu untuk yang di bawah ini betul? 1. Dishwasher-safe - Mesin basuh pinggan mangkuk-selamat atau selamat mesin basuh pinggan mangkuk 2. Microwave oven-safe - Ketuhar gelombang mikro-selamat atau selamat ketuhar gelombang mikro Terima kasih.Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi dishwasher-safe ialah selamat untuk pembasuh pinggan mangkuk dan microwave oven-safe ialah selamat untuk ketuhar gelombang mikro.Penyemakan dan penterjemahan11.03.2024
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Potato Rumbler 2. Pie Die 3. Pizza Dough Docker 4. Bratt Pan 5. Proofing Oven 6. Chef Blowtorch Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Potato Rumbler  - Pengupas kentang
2. Pie Die - Acuan Pai
3. Pizza Dough Docker - Pencucuk Doh Piza
4. Bratt Pan - Alat Memasak Bratt
5. Proofing Oven - Ketuhar Penaikan Doh
6. Chef Blowtorch - Penunu Bagas
Istilah23.03.2016
Assalamualaikum Tuan/Puan, Saya ingin menyemak penggunaan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu untuk kajian saya seperti dibawah: Bahasa Inggeris: Use Life Barbecue Sauce to season meat – grill, oven roast or deep fry. Suitable as a marinade or basting sauce. Excellent for barbecue meat & Western Cuisine. Bahasa Melayu: Cadangan Hidangan: Gunakan Sos Barbeku Life untuk perasakan daging-panggang, panggang dalam ketuhar atau goreng. Sesuai dijadikan sos perapan atau sebagai sos pencicah. Terbaik untuk hidangan daging barbeku & masakan barat. Terima Kasih.Cadangan jawapan yang sesuai ialah Cadangan hidangan: Gunakan Sos Barbeku Life untuk perasakan daging dan panggang di dalam ketuhar atau goreng. Sesuai dijadikan sos perapan atau sos pencecah untuk hidangan daging barbeku dan masakan barat. Penyemakan dan penterjemahan14.12.2023

Kembali ke atas