Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut dari bidang Perikanan: 1. Fry counter 2. Smolt counter 3. Fish Farm Paddlewheel Sekian, terima kasih. | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. fry counter - penghitung benih ikan 2. smolt counter - penghitung smolt 3. fish farm paddlewheel - kincir penternakan ikan | Istilah | 05.04.2016 |
Salam mesra, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "over-the-counter"? Ayat: Your buying decisions for over-the-counter drugs. Terima kasih. | Untuk makluman, istilah "over-the- counter" tiada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang dicadangkan untuk "over-the-counter drugs" ialah ubat belian kaunter. | Istilah | 07.05.2014 |
Apakah istilah counter-terrorism dalam bahasa Melayu. Pencegahan Kegganasan atau antikeganasan atau kata lain? Carian saya di lamana web, saya dapati antikeganasan dan pecounter-terrorisme dua benda yang berbeza jadi saya ingin tahu apa terjemahan paling sesuai untuk counter-terrorism. Contoh ayat: "this included counter-terrorism and maritime security". terima kasih | Kami cadangkan padanan bahasa Melayu untuk counter-terrorism dalam ayat diberikan ialah “menentang keganasan” atau “mencegah keganasan”. | Istilah | 18.12.2017 |
Terjemahan dalam Bahasa Melayu "Counter Terrorism". Kami akan mewujudkan cawangan Counter Terrorism. Justeru itu saya perlukan jawapan segera untuk dibahasakan dalam perkataan Bahasa Melayu. Pohon untuk dipercepatkan. | Cadangan kami "Cegah Keganasan". | Makna | 06.02.2009 |
apakah terjemahan untuk Lost & Found Counter dalam bahasa malaysia. terima kasih | Cadangan kami Lost and Found Counter diterjemahkan kepada "Kaunter Hilang dan Jumpa". | Penyemakan dan penterjemahan | 16.11.2015 |
Istilah dalam Bahasa Melayu bagi istilah inggeris "Reception Counter" | Padanan istilah yang sesuai untuk perkataan Reception Counter ialah Kaunter Sambutan. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.01.2019 |
Salam, saya ingin tahu terjemahan istilah DYE SENSITIZED SOLAR CELL dan COUNTER ELETRODE. terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "dye sensitized solar cell" dan "counter electrode" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah sel solar peka pencelup dan elektrod lawan. | Istilah | 29.04.2014 |
Penggunaan perkataan 'anti'. Mana yang betul? 'antipengganasan' atau 'anti-pengganasan'? Apakah terjemahan bagi 'Counter-Terrorism Centre' dalam Bahasa Malaysia? | Ungkapan yang betul ialah antikeganasan, iaitu padanan anti-terrorism dalam bahasa Melayu. Counter-Terrorism sama maksudnya Anti-Terrorism, terjemahan yang sesuai ialah Pusat Antikeganasan. | Ejaan | 04.06.2015 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai untuk istilah berikut: >> a) counter-cyclical measures - mengurangkan atau meneutralkan kesan-kesan anti-sosial kitaran ekonomi, termasuk menggalakkan perbelanjaan ketika kegawatan, dan mengetatkan kredit semasa tempoh inflasi. b) volatility - menerangkan keadaan pasaran komoditi dunia / pasaran saham yang tidak menentu (turun naik dalam harga/indeks) - adakah terdapat pilihan selain perkataan "turun naik"? Terima kasih. | Cadangan kami, (a) counter-cyclical measures = langkah-langkah tindak balas kitaran ekonomi (b) volatility = ketaktentuan. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.09.2015 |
Circulation and counter narrative In the Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah was born in Sungai Duyung and later, with his parents moved to Bentan, before being taken into service by the Sultan of Malacca. The exact location of Sungai Duyung is not stated in the Hikayat. There are many different claims to the possible location of Sungai Duyung, ranging from in Malacca, Riau, Tereng- ganu and Palembang (Muhammad Haji Salleh 2013. The most popular story of origin in Malaysia is that Hang Tuah was born in a Malay village called Sungai Duyong located in what is now the Central Malacca District. There is an ancient well in the village said to be dug by Hang Tuah, and more recently a heritage complex named the Hang Tuah Centre was built to further affirm Malacca’s claim to Hang Tuah’s birthplace. | Piahk kami memohon maaf kerana tidak memahami apakah soalan yang ingin ditanyakan. Untuk makluman juga, DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan. | Lain-lain | 15.09.2016 |