| Boleh Saya tahu, tranlasi atau pengunaan Bahasa Malaysia yang tepat untuk "Unsecured Overdraft facility" dalam istilah perbankan. Bantuan anda amat dihargai. | Istilah bahasa Melayu untuk "unsecured overdraft facility" ialah kemudahan overdraf tanpa cagaran. | Istilah | 10.05.2013 |
| maksud kawalan belanjawan | Saudara, Perkataan kawalan bermaksud 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan; Perkataan belanjawan bermaksud 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini. Oleh itu kawalan belanjawan bermaksud kawalan terhadap belanjawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 18.12.2009 |