Salam, saya ingin bertanya tentang maksud yang sebenar dan terkini istilah 'ownership' adakah ia milikan, pemilikan atau kepemilikan? Ia berdasarkan daripada ayat hire-purchase ownership. Adakah ia pemilikan sewa beli, milikan sewa beli atau kepemilikan sewa beli? Terima Kasih | Kami mencadangkan perkataan ownership dalam konteks yang tersebut diterjemahkan kepada pemilikan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ownership">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ownership. | Istilah | 17.03.2015 |
Pohon pandangan perkataan Pemilikan Tunggal dialihbaasa kepada English menjadi "single Owner". adakah sesuai ? | Untuk makluman istilah pemilikan tunggal tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan istilah bahasa Inggeris untuk pemilikan ialah ownership. Oleh itu, istilah bahasa Inggeris yang dicadangkan untuk pemilikan tunggal ialah single ownership. | Istilah | 23.05.2011 |
Salam sejahtera, Bolehkah "Archer policy" diterjemahkan sebagai "Dasar Archer"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Contoh ayat: RSA ArcherĀ® Policy Program Management provides the framework to help organizations establish a scalable and flexible environment to manage corporate and regulatory policies and ensure alignment with compliance obligations. This includes documentation of policies and standards, assigning ownership and mapping policies to key business areas and objectives. Sumber: https://community.rsa.com/docs/DOC-32957 Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Menurut carian kami, ARCHER merupakan kata nama khas yang mempunyai tanda R. Ejaan nama tersebut dikekalkan. Penggunaan Dasar Archer boleh digunakan bagi padanan Archer Policy. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2018 |