| adakah perkataan ironi sama dengan kesan. adakah ia membawa maksud yang baik atau tidak | <p class="MsoNormal" style="text-align: justify;">Menurut Kamus Dewan Perdana (2020) ironi mempunyai dua takrifan:p>p>p> <p> p> <p class="MsoNormal" style="text-align: justify;">1. Kejadian atau keadaan yang berlaku sebaliknya, bertentangan daripada jangkaan atau kebiasaanp>p>p> <p> p> <p class="MsoNormal" style="margin-left: 18pt; text-align: justify;">Contoh ayat: Ironinya pada masa sekarang, mentaliti orang Melayu sudah bertukar kpd materialisme dan bukannya utk kebajikan akhirat. p>p>p> <p> p> <p class="MsoNormal" style="text-align: justify;">2. Sindiran yang terselindung dalam ucapan atau kata-kata manis p>p>p> <p> p> <p class="MsoNormal" style="margin-left: 18pt; text-align: justify;">Contoh ayat: Edi yakin bahawa pujian temannya itu tidak mengandungi ironi.p>p>p> <p> p> <p class="MsoNormal" style="text-align: justify;">Manakala kesan mempunyai lima takrifan:p>p>p> <p> p> <p class="MsoNormal" style="text-align: justify;">1. Sesuatu kebaikan atau keburukan yang timbul selepas berlakunya sesuatu kejadian p>p>p> <p> p> <p class="MsoNormal" style="margin-left: 18pt; text-align: justify;">Contoh ayat: Hujan yang turun berturut-turut selama tiga hari itu menimbulkan kesan buruk pada kampung kami.p>p>p> <p> p> <p class="MsoNormal" style="text-align: justify;">2. Tanda atau bekas yang ditinggalkan oleh seseorang atau sesuatu p>p>p> <p> p> <p class="MsoNormal" style="margin-left: 18pt; text-align: justify;">Contoh ayat: Polis mencari kesan yang mungkin ditinggalkan oleh pembunuh Samy.p>p>p> <p> p> <p class="MsoNormal" style="text-align: justify;">3. Sesuatu yang mempengaruhi pemikiran, perasaan, perwatakan dan sebagainya seseorangp>p>p> <p> p> <p class="MsoNormal" style="margin-left: 18pt; text-align: justify;">Contoh ayat: Menonton filem seram meninggalkan kesan takut kepada sesetengah kanak-kanak.p>p>p> <p> p> <p class="MsoNormal" style="text-align: justify;">4. Hasil yang diperoleh daripada sesuatu p>p>p> <p> p> <p class="MsoNormal" style="margin-left: 18pt; text-align: justify;">Contoh ayat: Kesan daripada kongres bahasa itu merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli bahasa di Indonesia dan Malaysia. p>p>p> <p> p> <p class="MsoNormal" style="text-align: justify;">5. lihat mengesanp>p>p> <p> p> <p class="MsoNormal" style="text-align: justify;">Berdasarkan takrifan-takrifan yang dinyatakan di atas, ironi dan kesan berbeza maksud dan konteks. Kedua-dua perkataan ini mempunyai fungsi dan makna tersendiri dalam bahasa.p>p>p> <p> p> | Makna | 20.04.2025 |
| Selamat sejahtera, Guru penasihat persatuan pengakap, iaitu Cikgu Tan memetik gitar (Guru penasihat persatuan pengakap perlu ditulis huruf besar?) | Jika merujuk kepada jawatan, penggunaan yang betul ialah "Guru Penasihat Persatuan Pengakap, Cikgu Tan". | Tatabahasa | 04.09.2025 |
| Tuan/Puan bagi tandatangan pegawai yang menandatangani surat adakah pangkat diletakkan didalam kurungan @ diluar kurungan contoh : (ACP NOR IZZATY BINTI MOHD ARIFFIN) @ (NOR IZZATY BINTI MOHD ARIFFIN) ACP Mohon bantuan nasihat dari pihak Tuan/Puan.Sekian, terima kasih. | <p class="MsoNormal">Amalan dalam penulisan surat rasmi, pada bahagian maklumat pengirim, pangkat ditulis penuh dan diletakkan di bawah nama individu. p>p>p> <p class="MsoNormal">p> p>p> <p class="MsoNormal">Contoh:p>p>p> <p class="MsoNormal">p> p>p> <p class="MsoNormal">Saya yang menjalankan amanah,p>p>p> <p class="MsoNormal">p> p>p> <p class="MsoNormal">p> p>p> <p class="MsoNormal">(NOR IZZATY BINTI MOHD ARIFFIN)p>p>p> <p class="MsoNormal">Asisten Komisioner Polisp>p>p> <p class="MsoNormal">p> p>p> <p class="MsoNormal">p> p>p> <p class="MsoNormal">Untuk penggunaan pangkat dan ungkapan khusus dalam badan beruniform, pihak puan boleh merujuk jabatan tersebut untuk pengesahan. Pihak puan juga boleh merujuk buku Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi (DBP, 2016), halaman 79.p>p>p>
| Tatabahasa | 25.03.2025 |
| Salam sejahtera. Adakah kata ganda separa berikut betul? balai-balai = bebalai, benang-benang = bebenang, cair-cair = cecair, guli-guli = geguli, gendang-gendang = gegendang, kunci-kunci = kekunci, kura-kura = kekura, lumba-lumba = lelumba, pejal-pejal = pepejal, patung-patung = pepatung, sumpah-sumpah = sesumpah, tambak-tambak = tetambak, tangga-tangga = tetangga Terima kasih. | <p class="MsoNormal">Kata ganda dan kata ganda separa yang diberikan mempunyai pelbagai makna yang berbeza. Oleh itu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) untuk mendapatkan makna bagi setiap perkataan tersebut.p>p>p> <p class="MsoNormal">Penggandaan separa kata nama ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada kata nama tunggal atau kata nama berimbuhan, seperti yang berikut:p>p>p> <p class="MsoListParagraph" style="margin-left: 54pt; text-indent: -36pt;">i. Penggandaan separa kata nama tunggalp>p>p> <p class="MsoNormal">Melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet. Contohnya, kura (kekura).p>p>p> <p class="MsoListParagraph" style="margin-left: 54pt; text-indent: -36pt;">ii. Penggandaan separa kata nama berimbuhanp>p>p> <p class="MsoNormal">Melibatkan pengulangan kata dasar tanpa imbuhannya. Terdapat hanya perkataan yang menerima akhiran –an yang mengalami penggandaan jenis ini. Contohnya, sayuran (sayur-sayuran).p>p>p> <p class="MsoNormal" style="text-align: justify;">Pembentukan kata ganda/kata ganda separa tidak boleh dilakukan pada semua perkataan. Tuan boleh merujuk senarai kata ganda/kata ganda separa sedia ada dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my (melalui pautan istilah bahasa Melayu/istilah MABBIM).p>p>p> <p class="MsoNormal" style="text-align: justify;">Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata ganda dan kata ganda separa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 135 – 138.p>p>p> | Tatabahasa | 08.07.2025 |
| majlis perasmian penutup atau majlis perasmian penutupan program. Mana satu yang betul. Mohon penjelasan. Terima kasih. | <p class="MsoNormal" style="text-align: justify;">Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dan lain-lain), manakala penutup ialah: 1. alat yang digunakan untuk menutup; penudung. 2. sesuatu yang digunakan untuk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dan lain-lain.p>p>p> <p class="MsoNormal" style="line-height: 150%; text-align: justify;">Sila rujuk buku Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2447 dan 2448 dan pangkalan data https://prpm.dbp.gov.my/ melalui Khidmat Bahasa DBP.p>p>p> | Tatabahasa | 22.08.2025 |
| Selamat pagi, tuan/puan. Saya berharap tuan/puan dapat menjawab kemusykilan saya. I. Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan para peserta tentang kaedah atau teknik pembacaan pruf yang betul dan berkesan. 2. Objektif penganjuran kursus ini adalah meningkatkan kemahiran dan penguasaan para peserta tentang kaedah atau teknik pembacaan pruf yang betul dan berkesan. Yang manakah betul? Adakah perkataan "untuk" diperlukan? Adakah ia dianggap lewah? Terima kasih. | <p class="MsoNormal" style="text-align: justify;">Ayat yang betul ialah “Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan peserta tentang teknik pembacaan pruf yang betul dan berkesan.”p>p>p> <p class="MsoNormal" style="text-align: justify;">p> p>p> <p class="MsoNormal" style="text-align: justify;">Perkataan untuk diperlukan dalam ayat ini kerana perkataan ini berfungsi sebagai kata hubung keterangan tujuan yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian.p> <p class="MsoNormal" style="text-align: justify;">Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 497-519.p>p>p> | Tatabahasa | 24.09.2025 |
| "Pada hari esok, tiada latihan bola sepak kerana saya akan pergi berkursus," kata Cikgu Zubir kepada pemain-pemain bola sepak sekolahnya. Bolehkah saya tanya, ayat tersebut mana satu bahagian ialah subjek, mana satu bahagian ialah predikat? terima kasih | <p class="MsoNormal">Bahagian subjek dan predikat dalam ayat “ Pada hari esok, tiada latihan bola sepak kerana saya akan pergi berkursus,” adalah seperti berikut:p>p>p> <p> p> <p class="MsoNormal">p> p>p> <p> p> <p class="MsoNormal">Subjek: “tiada latihan bola sepak”p>p>p> <p> p> <p class="MsoNormal">p> p>p> <p> p> <p class="MsoNormal">Predikat: “kerana saya akan pergi berkursus”p>p>p> <p> p> | Tatabahasa | 21.07.2025 |
| Dewan Pelajar Januari 1985 - Disember 1985 Saya berhasrat untuk membeli majalah tersebut. Bagaimanakan caranya? Terima kasih. | <p class="MsoNormal">Salam tuan budiman, p>p>p> <p class="MsoNormal">Untuk makluman, majalah terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, Ujana DBP dan melalui portal DBP.p>p>p> <p class="MsoNormal">Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti yang berikut:p> <p class="MsoNormal">•Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598p>p>p> <p class="MsoNormal">•Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)p>p>p> <p class="MsoNormal">•DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358p>p>p> <p class="MsoNormal">•DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569p>p>p> <p class="MsoNormal">•DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092p>p>p> <p class="MsoNormal">atau klik pautan ini: https://dbpniaga.my// p>p>p> <p class="MsoNormal">Sekian, terima kasih.p>p>p> | Lain-lain | 09.06.2025 |
| Hujan tak hari ini? | <p class="MsoNormal">Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut:p>p>p> <p class="MsoNormal">p> p>p> <p class="MsoNormal">“Hujan tak hari ini?” ialah bahasa percakapan. Ayat yang betul ialah “Adakah hari ini hujan?”p>p>p> <p class="MsoNormal"> p>p>p> <p class="MsoNormal">Untuk maklumat lanjut mengenai ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 432-575.p>p>p> | Tatabahasa | 12.03.2025 |
| Apakah perbezaan untuk,agar dan supaya? Bilakah keadaan yang sesuai untuk menggunakan perkataan-perkataan tersebut? | <p class="MsoNormal">“Untuk” merupakan kata sendi nama yang bermaksud ditentukan atau disediakan bagi sesuatu.p>p>p> <p class="MsoNormal" style="margin-bottom: 0cm; margin-top: 0cm;">p> p>p> <p class="MsoNormal" style="margin-bottom: 0cm; margin-top: 0cm;">Keadaan yang sesuai untuk menggunakan “untuk”, apabila kata sendi nama ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan fungsi tertentu seperti menunjukkan kegunaan untuk sesuatu dan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.p>p>p> <p class="MsoNormal" style="margin-bottom: 0cm; margin-top: 0cm;">p> p>p> <p class="MsoNormal" style="margin-bottom: 0cm; margin-top: 0cm;">“Agar” dan “supaya” merupakan kata hubung pancangan keterangan yang bermaksud supaya dan semoga.p>p>p> <p class="MsoNormal" style="margin-bottom: 0cm; margin-top: 0cm;">p> p>p> <p class="MsoNormal" style="margin-bottom: 0cm; margin-top: 0cm;">Keadaan yang sesuai untuk menggunakan “agar” dan “supaya” apabila berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. p>p>p> <p class="MsoNormal" style="margin-bottom: 0cm; margin-top: 0cm;">p> p>p> <p class="MsoNormal" style="margin-bottom: 0cm; margin-top: 0cm;">Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 253 dan 276.p>p>p> | Tatabahasa | 21.08.2025 |