Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata p mak

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(18)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, boleh saya dapatkan senarai sapaan anak/nama pangkat mengikut kedudukan dalam keluarga, misalnya anak pertama dipanggil Pak Long, anak kedua dipanggil Pak Ngah, dan seterusnya? Sekian, terima kasih.Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya.
Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long;
2. Angah @ Pak/Mak Ngah
; 3. Alang @ Pak/Mak Lang;
4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak;
5. Ateh @ Pak/Mak Teh;
6. Anjang @ Pak/Mak Anjang;
7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam;
8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai.

Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu.  Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja.
Tatabahasa28.10.2012
perkataan "mak cik" tidak ditemukan dalam carian di laman prpm. Adakah berlaku kesilapan teknikal pada halaman ini ataukah perkataan "mak cik" tidak diiktiraf penggunaannya oleh dbp?Perkataan  "mak cik"  ada dalam carian di laman prpm. Mak cik (nama am) dan Mak Cik Siti (nama khas).Ejaan25.11.2018
assalamualaikum. saya mempunyai 12 orang adik beradik. kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua. jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai? (contoh: along, angah,....) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 12 gelaran. terima kasihDalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu.  Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. Makna23.09.2011
wujudkah kata ganda bagi perkataan "pak cik" dan juga perkataan "mak cik"?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua Kata Ganda ialah kata yang diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (seperti langit-langit, berulang-ulang, rerambut)Tatabahasa25.11.2018
Kakak Pengurus dan Mak Cik Penjual Pisang Goreng Puaka perlu menggunakan huruf besar atau kecil? Contoh ayat: Seram betul melihat muka si Kakak Pengurus. Ada iras-iras Mak Cik Penjual Pisang Goreng Puaka.Perkataan kakak pengurus dan mak cik penjual pisang goreng puaka tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada pangkal perkataan kerana perkataan tersebut bukan kata nama khas. Tatabahasa09.04.2025
Perasaan Mak Limah benar-benar ( terluka , terharu ) dengan perbuatan anak-anaknya. Apakah jawapan yang paling sesuai ? Terima kasih..Perasaan Mak Limah benar-benar terluka dengan perbuatan anak-anaknya. Terluka bermaksud perasaan yang sakit, pedih kerana kecewa.Tatabahasa24.09.2009
Tuan, Dalam bahasa Inggeris, penggunaan Mrs Ali adalah untuk panggilan isteri kepada Tuan Ali yang bernama Muna. Soalannya: 1) Mengapa dalam bahasa Melayu tidak diguna pakai panggilan Puan Ali, sebaliknya kita memanggil dengan nama Puan Muna. 2) Adakah rujukan untuk panggilan hormat kepada seseorang. Terima kasih.Assalammualaikum WM WBT. 1. Saudara, kata sapaan dalam bahasa Melayu mencorakkan ketinggian nilai dan akal budi masyarakat Melayu. Kata sapaan dalam bahasa Melayu jelas untuk membezakan jantina dan tersurat juga dalamnya nilai-nilai Islam yang amat berkait dengan budaya masyarakat Melayu. 2. Panggilan hormat kepada seseorang biasanya berdasarkan jantina, kedudukan dalam masyarakat, dan pangkat dalam perjawatan. Contohnya, tuan, puan, mak cik, pak cik, Yang Berbahagia, Yang Berhormat, Yang Mulia dan sebagainya.Lain-lain19.06.2014
Adakah Mak perlu dieja sebagai 'mak' atau 'Mak'? Kata nama am atau Khas. Contoh ayat; Bakal pengantin; mak dan Ayah Li...<p class="MsoNormal" style="margin-bottom: 0.0001pt; line-height: normal; background-image: initial; background-position: initial; background-size: initial; background-repeat: initial; background-attachment: initial; background-origin: initial; background-clip: initial; text-align: justify;">Jika hanya perkataan "mak, ayah, adik, kakak atau abang" sahaja, ia perlu dieja dengan huruf kecil kerana ia merupakan kata nama am, tetapi akan menjadi kata nama khas apabila ada nama khusus digandingkan bersama seperti Mak Limah, Mak Siti, Ayah Pin dan Abang Alip> <p class="MsoNormal" style="margin-bottom: 0.0001pt; line-height: normal; background-image: initial; background-position: initial; background-size: initial; background-repeat: initial; background-attachment: initial; background-origin: initial; background-clip: initial; text-align: justify;">p>p>p>Tatabahasa06.03.2022
Saya sedang membina salasilah 'Family Tree' keluarga besar saya. Saya mendapati pangkat-pangkat yang diberikan kepada ahli-ahli keluarga seperti paklong, pakngah, paklang dsb dalam sesuatu keluarga besar tu tidak standard...justeru, sila beritahu pangkat-pangkat yang betul dalam sebuah keluarga besar contohnya punyai 18 orang (ini satu kenyataan dlm keluraga besar saya)!<p>Untuk makluman sdr,  nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan  kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza.  Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung.  Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti.p>Lain-lain29.09.2010
Salam, Adakah penggunaan perkataan seperti datuk, datin, tan sri ataupun puan sri di dalam sesuatu dialog itu dikira sebagaikata nama khas? Cthnya: "Saya akan cuba laksanakan tugas itu dengan sebaik mungkin Tan Sri." adakah perkataan tan sri pada dialog di atas merujuk kepada kata nama khas atau kata nama am sepertimana nama panggilan mak long, pak su dsbGelaran seperti  Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin merupakan kata nama khas dan hendaklah ditulis menggunakan huruf besar.  Contoh penulisan nama gelar  Tan Sri dalam ayat ini ialah ""Saya akan cuba laksanakan tugas itu dengan sebaik mungkin Tan Sri", kata Dian.  Lain-lain24.11.2021
12345678910...

Kembali ke atas