Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.car] | ڤاچر

Definisi : ; ~ cina = ~ culam sj tumbuhan (herba), culan, pokok telur belangkas, Aglaia odorata; ~ kuku sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat pemerah kuku), inai, Lawsonia inermis; berpacar = ~ inai Br, Sr berinai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.car] | ڤاچر

Definisi : ; tikar ~ = pacaran tikar yg berlapis­-lapis dan berwarna (utk raja dan orang-orang besar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.car] | ڤاچر

Definisi : Jk kekasih; berpacaran menjalin hubungan cinta atau kasih dgn teman lelaki atau wanita: dia terkejut apabila mengetahui anaknya ~ dgn warga asing; gadis berkenaan dilarang ~ selagi dia menjadi anggota kumpulan penari itu; berpacar-pacaran berseronok-seronokan, berkasih-kasihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pacar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud perkataan indonesia JOMBLO,ARJUNA,PACARBerdasarkan Kamus Bahasa Melayu Nusantara, jomlo bermaksud gadis tua, Arjuna bermaksud salah seorang daripada Pandawa lima atau lelaki yang dikasihi dan pacar bermaksud tumbuhan yang daunnya digunakan sebagai pemerah kuku, jari, rambut, dsb; inai atau teman lawan jenis yang tetap dan mempunyai hubungan cinta kasih; kekasih.Makna02.10.2006

Kembali ke atas