Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada

Puisi
 

Anak labi makan mengecap,
     Beri makan kelopak jantung;
Pada nabi saya mengucap,
     Pada Tuhan saya bergantung.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Mudah jua pada yang ada,
     sukar jua pada yang tidak.

Bermaksud :

Pada orang kaya segalanya mudah, pada orang yang miskin segalanya susah.

 

Lihat selanjutnya...(166)

484

A promise is a promise

Janji yang dibuat hendaklah ditunaikan

Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya

He would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise.

Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(52)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kebanyakan yang saya lihat penggunaan bangunan serbaguna atau dewan serbaguna yang digunakan pada pada bangunan serba guna itu dirapatkan dan tidak dijarakkan. Adakah penggunaannya itu diterima.. boleh jelaskan?Ejaan yang betul ialah Dewan serba guna.Ejaan19.05.2024
Ayat yang ditulis oleh DBP:- Ayat yang betul ialah "Tertakluk pada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2024" Soalan saya: kenapa guna perkataan pada bukan kepada? tertakluk pada paeruntukan ATAU tertakluk kepada peruntukan (mengelirukan) Mohon jasa baik DBP untuk menjelaskan dengan jelas supaya BM dapat digunakan dengan berkesan tanpa mengelirukan.Untuk makluman tuan, frasa yang betul ialah "tertakluk pada" kerana kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan maksud sandaran, seperti "tertakluk pada" . Dalam hal ini "peruntukan" menjadi sandaran bagi "tertakluk", justeru frasa yang betul ialah "tertakluk pada peruntukan".Tatabahasa06.11.2023
Selamat sejahtera. Pada waktu pagi dan malam/ pada waktu pagi dan pada waktu madam(yang mana satu betu?) Terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Pada waktu pagi dan malam…”

Tatabahasa28.01.2024
Hello min, adakah perkataan seyogianya dan di kala itu wujud?Wujud. Kata tersebut dan maknanya terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 2522 (seyogianya) dan 945 (kala). Kata sendi yang betul bagi kala ialah pada; pada kala ini.Makna18.01.2024
Mohon semak ayat di bawah, ayat mana yang betul? 1) tertakluk peruntukan diluluskan pada tahun 2024 2) tertakluk kepada peruntukan diluluskan pada tahun 2024 3) tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2024 4) tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan pada Tahun 2024Ayat yang betul ialah "Tertakluk pada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2024"Tatabahasa31.10.2023
Salam, manakah yang tepat: [a] pada malam kedua puluh satu [b] pada malam dua puluh satu [c] pada malam ke-dua puluh satu [c] pada malam ke dua puluh satu? Terima kasih.

Frasa yang betul ialah “pada malam kedua puluh satu.”

Tatabahasa25.06.2024
"Pada masa sama" atau "pada masa yang sama"?Yang manakah yang betul? TQ.

Ayat yang betul ialah “pada masa yang sama”.  Penggunaan “yang” merupakan kata hubung pancangan relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 252.

Tatabahasa21.10.2025
Kenapa maklumat kata pada antara muka PRPM pada telefon pintar tidak tertera ejaan jawi seperti pada antara muka komputer?Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain07.06.2024
Saya ingin bertanya penggunaan ayat untuk pada bibir atau di bibir. Adakah kedua-duanya boleh digunakan tetapi bergantung pada pembinaan ayat? Contoh: Senyuman di bibirnya sangat manis. Contoh: Rekahan pada bibirnya semakin teruk.

Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Kata sendi nama “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.

Kedua-dua kata sendi nama tersebut boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat.  Contoh ayat:

pada: Terdapat luka pada bibir abang.

di: Bacaan zikir tidak lekang di bibirnya.

 

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 265 dan 274.

Tatabahasa05.03.2024
Mana satu yang betul? 1. Jangan biarkan syampu memasuki mana-mana rongga terbuka pada tubuh kucing / Jangan biarkan syampu memasuki mana-mana rongga terbuka di tubuh kucing. 2.Walaupun kucing mempunyai kelenjar peluh di tapak kaki, jumlah peluh yang dihasilkan sangat sedikit / Walaupun kucing mempunyai kelenjar peluh pada tapak kaki, jumlah peluh yang dihasilkan sangat sedikit. Mohon jelaskan perbezaan penggunaan di/pada kerana pada juga boleh digunakan untuk tempat. Terima kasih.

Jawapan yang betul ialah “Jangan biarkan syampu memasuki rongga terbuka pada tubuh kucing.”

Jawapan yang betul ialah “Walaupun kucing mempunyai kelenjar peluh pada tapak kaki, jumlah peluh yang dihasilkan sangat sedikit.”

Perbezaan “di” atau “pada” bergantung pada konteks penggunaan ayat. Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya, Ibunya bekerja di sekolah itu.

Kata sendi nama "di" tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman. Contohnya, Raja Iskandar memerintah pada zaman itu.

Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu seperti yang berikut, (i) menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa, (ii) kata sendi nama "pada' apabila didahului ada mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan, dan (iii) sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.

Kata sendi nama "pada" tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang membawa maksud sasaran,

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 265-274.

Tatabahasa25.03.2026
12345678910...

Kembali ke atas