I Saya hendak menemukan Musalmah petang ini. II Cara Kumar bercakap terlalu meninggi. III Bayi itu sedang menyusu di pangkuan ibunya. IV Pada masa itu, saya sedang tidur. A I dan II B II dan III C III dan IV D I, III, dan IV | Ayat II dan II betul. II. Cara Kumar bercakap terlalu meninggi. III. Bayi itu sedang menyusu di pangkuan ibunya.
| Tatabahasa | 03.10.2013 |
i. Budak itu keras hendak pergi juga iiAiman bekerja keras untuk menyara keluarganya iii Murid mesti berpegang keras kepada peraturan iv.Pada musim sejuk, permukaan laut itu keras lalu membentuk lapisan air batu. Jawapan:.... | Sila kemukakan soalan kepada jawapan ini. Penggunaan perkataan "keras" dalam ayat ii, iii dan iv betul. | Tatabahasa | 26.08.2015 |
Berdasarkan kepada Merujuk kepada Berasakan kepada atau Berdasarkan pada Merujuk pada Berasaskan pada Kepada atau pada? | Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, perkataan “kepada” dan “pada” tergolong dalam kata sendi nama. Perkataan “kepada” terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk (i) manusia, (ii) haiwan, (iii) unsur mujarad, (iv) menyatakan pecahan dan (v) menyatakan perubahan keadaan. Contoh ayat: i. Sila kembalikan borang itu kepada kerana pejabat ini. ii. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. iii. Pastikan anak-anak anda tidak terdedah kepda bahaya dadah. iv. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan. v. Suhu badannya meningkat kepada 39oC. Perkataan “pada” pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterang waktu dan tempat. Contohnya: i. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. ii. Layang-layang itu tersangkut pada tiang telefon. Oleh itu, berdasarkan huraian di atas, perkataan “berdasarkan” dan “berasaskan” tidak perlu diikuti dengan “kepada” atau “pada”. Perkataan “berasaskan” dan “berdasarkan” merupakan kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap (kata nama). Sebagai contohnya berdasarkan soalan, berasaskan pemikiran. Merujuk ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek daripada frasa nama, iaitu perkara. Contohnya merujuk perkara. Walau bagaimanapun frasa "merujuk kepada perkara" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan diterima. | Tatabahasa | 16.01.2017 |
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "segar" dengan betul. I. Peristiwa lucu itu masih segar dalam ingatannya. II. Ayah suka makan buah-buahan segar untuk mengalas perut. III. Udara di kaki bukit pada waktu pagi sungguh nyaman dan segar. IV. Badan Ali kembali segar setelah dia mandi di perigi itu. A. I dan IV sahaja B. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mencecah" dengan betul. I. Cikgu Ujang menegur Saidin kerana rambutnya mencecah telinga. II. Adik mencecah hujung jari telunjuknya pada permukaan air yang sejuk itu. III. Datuk mencecah biskut dengan air kopi sewaktu minum petang. IV. Air sungai itu telah mencecah paras bahaya. A. I dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C, II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV | Sdr. Ong, Bagi soalan pertama jawapannya ialah D, semuanya betul. Manakala soalan kedua pula jawapannya ialah B, i,ii,dan iv. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan proses pembentukan kata? I Menambah imbuhan pada kata dasar. II Mengulang seluruh atau sebahagian kata dasar. III Menggantikan unsur-unsur tertentu kepada kata dasar. IV Mencantumkan huruf dan suku kata serangkaian perkataan sesedap sebutan. A I dan II B II dan III C I dan IV D III dan IV | Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan proses pembentukan kata? I Menambah imbuhan pada kata dasar. II Mengulang seluruh atau sebahagian kata dasar. A. I dan II | Tatabahasa | 17.10.2013 |
Salam Ramadhan ! i Emak akan menjahit jika ada masa yang lega ii Walaupun mahal, kami membayar juga lega makanan itu. iii Fatimah berasa lega melihat kemajuan yang ditunjukkan oleh muridnya. iv Setelah melihat ayahnya semakin lega daripada demam, Sarah pun pulang. A i dan iii B iii dan iv C ii,iii dan iv D i, ii, iii, dan iv Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih. | Pada pandangan kami jawapan yang betul ialah B. iii dan iv. | Tatabahasa | 10.07.2014 |
Selamat pagi. Apakah jawapan untuk soalan yang dilampirkan. | Selamat pagi, Jawapan yang tepat ialah D. I dan IV. Kesalahan pada ayat II terdapat pada perkataan "mendapatkan" kerana yang perkataan yang tepat ialah "mendapat". Kesalahan pada ayat III pula pada penggunaan perkataan perhatikan kerana sepatutnya digunakan "memerhatikan". | Lain-lain | 08.09.2015 |
1. Encik Zulkifli menanam pokok jagung di belakang rumahnya ________ menanti kolam ikan yang akan diusahakannya siap beberapa bulan lagi. A. lalu B. Sambil C. kerana D. sementara 2. Pilih ayat yang betul. A. Abang telah menyuapkan sejemput nasi di mulut adik. B. Kakak telah menerima sepucuk dari Universiti Malaya. C. Tok Seman telah memberi makanan ke kambing-kambingnya. D. Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu. 3. Pilih ayat yang betul. I. Kamu tidak menghadir mengapakah? II. Yang berambut panjang itu abang kamu? III. Di manakah kamu simpan pakaian kamu? IV. Apakah semua cerita yang saya dengar itu benar? A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV 4. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih. | Jawapannya ialah 1. sementara. 2. D. 3. II.III, IV. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
Askm.Saya ingin bertanyakan beberapa soalan mengenai maksud arahan dan soalan:ARAHAN:-Tulis perkataan BETUL pada penyataan betul dan SALAH pada penyataan salah dibawah. Soalan: Ayah,boleh saya tolong ayah mencuci kereta. Jawapan - BETUL. 1. Apakah maksud penyataan dalam konteks arahan ini? 2. Perlukah ayat (soalan)perlu diletak tanda soal di akhir ayat?(kerana tidak salah saya hanya ada perkataan kata tanya sahaja perlu diletak ini kerana ia adalah ayat penyata). 3. Kalau perlu diletak tanda baca,adakah ayat itu salah dan jawapannnya adalah SALAH dalam konteks arahan?kenapa? terima kasih. | Puan Norsyariza,Berdasarkan ayat yang diberikan oleh puan, iaitu: Ayah, boleh saya tolong ayah mencuci kereta. (1) Dalam menentukan jenis ayat ini, puan disarankan agar mengenal pasti jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu. Ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu (i) ayat penyata, (ii)ayat tanya, (iii) ayat perintah dan (iv) ayat seruan.(i) Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Contoh ayat: Abdullah sedang tidur.(ii) Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Contoh ayat: Siapakah orang itu?(iii) Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu suruhan, larangan, silaan dan permintaan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:(i) Ayat suruhan (ii) Ayat larangan (iii) Ayat silaan dan (iv) Ayat permintaan. Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Contoh ayat: Keluar kamu dari bilik ini!. Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contoh ayat: Jangan ambil harta orang. Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Contoh ayat: Sila serahkan borang ke pejabat. Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Contoh ayat: Tolong tutup pintu itu. Ayat seruan ialah ayat yang disertai kata seru dan diakhiri dengan tanda seru (!). Contohnya: Aduh, sakitnya kepalaku! Berdasarkan ayat puan seperti di atas, maka jelaslah ayat ini merupakan ayat permintaan. Hal ini demikian, kerana anaknya memohon permintaan untuk menolong ayahnya mencuci kereta. Tambahan kata yang digunakan ialah "tolong". (2) Contoh ayat yang puan berikan ini tidak perlu diletakkan tanda tanya (?) kerana ayat ini bukan ayat tanya atau ayat seruan. | Tatabahasa | 23.03.2009 |
Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani? | Saudari/Saudara, Jawapan yang betul ialah: 1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut. 2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut. 3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana, diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat). 4. i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini? II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini? III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul. | Tatabahasa | 14.08.2012 |