Nocturnal Animals dalam bahasa Inggeris bermaksud 'haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam'. 1. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan 'nocturnal animals'? Adakah wujud istilah ini dimelayukan; 'nocturnal' menjadi 'nokturnal'? (haiwan nokturnal) atau (haiwan-haiwan nokturnal) 2. Atau hanya diterjemahkan kepada 'HAIWAN MALAM' sahaja?? Terima kasih | Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah haiwan nokturnal. | Istilah | 22.01.2008 |
1. Bolehkah 'ia' digunakan untuk merujuk kepada haiwan? Contoh: Pada suatu hari yang panas, rubah sedang berjalan melintasi padang. Ia sampai ke sebuah kebun anggur. 2. Bilakah 'kami' dan 'kita' digunakan? Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang boleh. Terima kasih. | 1. "Ia" tidak boleh merujuk binatang. "Ia" ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan boleh digunakan untuk merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi bukan binatang. 2. Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. | Tatabahasa | 31.05.2011 |
Tuan, betulkah penggunaan kata 'pada' dalam ayat ini Pemerolehan kata tugas pada bahagian soalan objektif akan dianalisis. Minta penjelasan | Penggunaan pada dalam tersebut adalah betul. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada+pada (manusia dan haiwan dalam beberapa situasi tertentu, seperti yang berikut; a. menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa. b. Kata sendi nama "pada" apabila didahului "ada" mesti diikuti oleh kata nama yanh merujuk manusia dan haiwan. c. sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 274 untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 09.09.2013 |
Sebaik-baik mencelikkan matanya, terlihat oleh Yus ( pada , akan) wajah adik-adiknya yang tiga orang itu. Jawaban munsyi ialah akan, tetapi saya masih tidak faham mengapakah bukan pada yang digunakan? terlihat pada wajah?? sebenarnya jawaban daripada buku rujukan ialah akan, iaitu sama pendapar dengan munsyi. | Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti yang berikut: a. menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa. b. kata sendi nama "pada" apabila didahului "ada" mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan. c. sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Oleh sebab dalam ayat yang diberikan tidak menunjukkan ketiga-tiga situasi yang diberikan di atas, jawapan yang betul ialah "akan". | Tatabahasa | 12.02.2012 |
kata nama khas | Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. | Tatabahasa | 08.03.2010 |
Soalan saya masih berkisar tentang kata sendi nama ' pada ' ,tatabahasa dewan edisi ketiga cetakan ketujuh memaparkan ayat contah yang jelas menunjukkan penggunaan kata sendi nama yang mengelirukan saya . sila lihat halaman 476 ayat contohnya : Begnya pada saya. dan lihat pula halaman 425 ayat contohnya : Wang pada saya ini ialah wang baki simpanannya. | Peraturan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 274:i. kata nama/kata kerja + pada + kata nama dan ii. ada + pada + kata nama (manusia/haiwan). Berdasarkan pola tersebut kata sendi nama "pada" apabila didahului "ada" mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan. Peraturannyanya menjelaskan apabila didahului kata "ada" sebelum kata sendi nama "pada" maka selepasnya mestilah kata nama (manusia/haiwan), tetapi kata "ada" tidak semestinya perlu ada sebelum kata sendi nama "pada". Contohnya seperti yang tuan nyatakan dalam ayat Wang pada saya ini ialah wang baki simpanannya dan Begnya pada saya. | Tatabahasa | 17.12.2012 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, seperti pada halaman 346,pada kata nama 'detik' yg berimbuhan 'terdetikkan', penggunaan ejaan seperti nama-nama syurga dimulakan dengan huruf kapital. Adakah penggunaan khusus bagi nama-nama syurga dan neraka itu menggunakan kapital pada pangkalnya? | Nama-nama syurga dan neraka tergolong dalam kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. | Tatabahasa | 02.06.2008 |
bagaimana untuk meggunakan perkataan pada, kepada,dan di dalam ayat? | Pada, kepada dan di ialah kata sendi nama dalam tatabahasa Melayu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 274, 272 dan 265. Pada digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat dan digunakan dalam ungkapan "ada" dan "pada" bagi manusia dan haiwan. Kepada digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan perubahan keadaan. Di pula digunakan untuk menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Semua kata sendi nama ini ditulis atau hadir di hadapan frasa nama atau kata nama. | Tatabahasa | 09.04.2010 |
bau hamis boleh digunakan untuk manusia? | Kata 'hamis' selalunya digunakan untuk menerangkan bau pada binatang atau haiwan. Kata ini kurang sesuai digunakan untuk manusia. | Lain-lain | 07.07.2008 |
contoh-contoh kata nama khas dan kata nama am | Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain. | Tatabahasa | 03.01.2007 |