Dalam masa yang sama atau pada masa yang sama? | Untuk makluman, kedua-duanya boleh digunakan. Akan tetapi, bergantung kepada konteks ayat. | Tatabahasa | 30.12.2015 |
apakah maksud konsep kontemporari? | Kontémporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama (dengan seseorang atau sesuatu). | Makna | 18.01.2010 |
bolehkah beri beberapa sinonim perkataan 'selain itu,pada masa yang sama,di samping itu'? | Mengikut Kamus Dewan Maksud Sinonim ialah kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, mis cantik dgn indah dan cepat dgn pantas, kata seerti. SELAIN : hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; DI SAMPING :1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; PADA MASA YANG SAMA : ketika itu. | Tatabahasa | 16.04.2008 |
Adakah ayat ini betul : 'Adalah seperti yang berikut'. Saya kurang pasti kerana ayat ini lewah tetapi pada masa yang sama penggunaan frasa ini semakin meluas. | Ayat 'adalah seperti yang berikut' adalah betul dan boleh digunakan. Untuk makluman, kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa sendi nama dan frasa adjektif. | Tatabahasa | 13.08.2011 |
Bolehkah saya gunakan istilah "Majlis Aspirasi dan Kecemerlangan" dengan maksud untuk memberi penekanan kepada konsep majlis tersebut supaya menjadi aspirasi kepada pelajar lain dan pada masa yang sama meraikan kecemerlangan. | Pada pandangan pihak kami, tajuk yang sesuai ialah Majlis Aspirasi Kecemerlangan. | Lain-lain | 15.03.2018 |
Kata sendi nama manakah yang betul dalam ayat ini: "Buku ini dipinjam dari/daripada perpustakaan"? Dalam ayat ini, perpustakaan adalah tempat, dan pada masa yang sama juga ia adalah asal atau punca buku itu dipinjam. Mohon pencerahan, terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah daripada. Dalam ayat tersebut, perkataan dipinjam boleh digunakan sebagai penentu penggunaan kata sendi sama ada dari dan daripada. Ayat tersebut lebih lebih kepada sumber atau punca. | Tatabahasa | 06.08.2020 |
Donquixote D'artagnan SEL 4.29 PTG mohon buat penambah baikan...pada sistem dbp sah bahasa..bila ada kslhan ejaan, mohon respond hasil dri pmbtulan tu dibuat dengan cepat.. | Kami ambil maklum cadangan tuan dan pada masa yang sama kami berusaha menambah baik mutu perkhidmatan yang diberikan. | Lain-lain | 11.07.2017 |
saya hendak tahu perbezaan antara dekon dan pentomin | Saudara Norhafizah, Dekon merupakan perkataan yang terbentuk daripada gabungan dua perkataan, iaitu deklamasi dan lakon dan dipersembahkan oleh seorang yang akan mendeklamasikan puisi dan pada masa yang sama berlakon. Walau bagaimanapun, pantomin ialah drama yg dipersembahkan dgn menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik dan dilakonkan oleh kumpulan pelakon. | Makna | 20.02.2010 |
1.Apakah maksud KONTEMPORARI? 2.Apakah maksud TARIAN? 3.Apakah maksud SENI PERSEMBAHAN? 4.Apakah unsur-unsur seni persembahan dan elemen-elemen yang wujud didalamnya? | Kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama, masa kini. Tarian bermaksud gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Seni bermaksud halus, tipis, enak didengar atau comel manakala persembahan bermaksud hadiah atau sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan. Soalan Saudara yang berikutnya tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 22.01.2007 |
perbezaan dekon dan pentomin | Saudara Norhafizah, Dekon merupakan perkataan yang terbentuk daripada gabungan dua perkataan, iaitu deklamasi dan lakon dan dipersembahkan oleh seorang yang akan mendeklamasikan puisi dan pada masa yang sama berlakon. Walau bagaimanapun, pantomin ialah drama yg dipersembahkan dgn menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik dan dilakonkan oleh kumpulan pelakon. | Makna | 20.02.2010 |