Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada sesuatu

Peribahasa

Menakik darah di batu (= di alu).

Bermaksud :

Meminta sesuatu pada orang yang tidak punya; bekerja dengan sia-sia (bekerja berat, sedikit hasilnya).

 

Lihat selanjutnya...(25)

80

Don't cast your pearls before swine

Tidak ada gunanya memberikan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak tahu menghargainya.

Melulutkan jebat pada kerbau

I know you are rich but it is pointless to give her such a priceless gift because she is incapable of appreciating it. So don't cast your pearls before swine and do not waste your money.

Saya tahu awak kaya tetapi tidak ada gunanya awak menghadiahkan barang yang begitu mahal kerana dia tidak pandai menghargainya. Jadi janganlah awak, melulutkan jebat pada kerbau dan jangan bazirkan wang awak

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm Sejahtera.. apakah maksud perkataan "cula" dalam ayat ini "En Abu mencula undi di kampungnya."Maksud perkataan cula dalam ayat tersebut ialah “Hitungan yang dibuat untuk mengetahui banyaknya sokongan terhadap sesorang atau sesuatu pada sesuatu masa. (Kamus Dewan PerdanaLain-lain18.04.2022
Apakah perbezaan antara menyiram, menjirus dan mendirus? Boleh jelaskan cara penggunaanya? Sekian, terima kasih.Menyiram, menjirus dan mendirus mempunyai maksud yang sama, iaitu mencurahkan air dan lain-lain pada sesuatu.

Tatabahasa09.09.2021
apa maksud culaanCulaan ialah hasil daripada perbuatan mencula. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna seperti yang berikut:

cula2 چوال 
kata nama 1 hitungan yang dibuat untuk mengetahui banyaknya sokongan terhadap seseorang atau sesuatu pada sesuatu masa: Parti itu biasa membuat cula kawasan sebelum pilihan raya.
kata kerja transitif 2 lihat mencula;

mencula منچوال 
kata kerja tak transitif 1 melakukan cula: Selain mencula, mereka juga menyemak daftar pemilih dalam pilihan raya itu.
kata kerja transitif [pasif: dicula, cula] 2 melakukan cula terhadap (pengundi): Mereka berkempen dari rumah ke rumah meraih dan mencula undi.

penculaan ڤنچوالءن kata nama
perbuatan mencula: Penculaan undi yang diamalkan di Malaysia membolehkan parti-parti politik mengenali sebanyak mana pengundi mereka.

culaan چوالءن kata nama
hasil daripada mencula: Culaan setakat ini menunjukkan penolakan pengundi terhadap GST mencecah 75%.

Semua kata adalah bergantung kepada makna dan konteks penggunaannya.
Makna27.07.2023
Bolehkah beiritahu saya perbezaan terhantuk,terhempas,terlanggar dan tertendang terima kasih

Menurut Kamus Dewan Perdana, terhantuk bermaksud kena pada sesuatu dengan agak kuat tanpa sengaja. Terhempas ialah jatuh dengan pantas dan kuat. Terlanggar ialah melanggar sesuatu atau seseorang dengan tidak sengaja. Manakala tertendang pula ialah terusir, terkeluar dan sebagainya daripada persatuan, jawatan dan lain-lain.

Makna16.10.2021
Salam sejahtera, mohon tuan/puan untuk semak tatabahasa pada ayat ini: Gunakan tag "Terjemahan Bahasa Melayu" pada halaman lirik yang anda telah terjemah. "Tag" bermaksud satu label yang terikat pada sesuatu, dalam konteks ayat ini, "Tag" merupakan satu label halaman lirik lagu pada halaman lirik bahasa asing yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, "tag" bermaksud sesuatu yang disemat atau dilekatkan untuk memberikan maklumat nama, harga dan sebagainya bagi seseorang atau sesuatu. Oleh itu, tag boleh digunakan dalam ayat di atas.Makna19.05.2023
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Istilah "web beacon" merujuk kepada sesuatu teknik yang digunakan pada laman web dan e-mel untuk membolehkan pemeriksaan mengenai sama ada seseorang pengguna telah mengakses kandungan tertentu. "Web beacon" biasanya digunakan oleh pihak ketiga untuk memantau atau menjejaki aktiviti pengguna pada sesuatu laman web. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "web beacon"?Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: 
 
web beacon - bikon web

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain26.07.2021
Salam sejahtera DBP, Saya ada soalan-soalan mengenai perkataan "pukul" yang merujuk kepada masa. 1. Adakah ia perkataan yang sama digunakan untuk kata kerja "memukul" contohnya dalam pergaduhan? 2. Apakah etimologi perkataan "pukul" yang merujuk kepada masa? Terima kasih.
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat mentakrifkan perkataan "pukul" sebagai i) perbuatan mengenakan sesuatu pada sesuatu yang lain dengan kuat. Contoh ayat: Dia dipukul oleh siapa? ii) bahagian daripada sesuatu hari seperti yang ditunjukkan oleh jam; waktu tertentu dalam sesuatu hari. Contoh ayat: Pukul berapa mereka sampai? 


Tatabahasa02.07.2021
Cikgu Sulaiman __________ syarat-syarat untuk menyertai pertandingan berpidato pada papan kenyataan. [ menampal / melekat / menempel ] Adakah ketiga-tiga jawapan di atas betul? Adakah ada jawapan yang paling tepat? Jika ada, apakah penjelasannya? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah menampal.

Menampal bermaksud merekat sesuatu (pelekat, poster dan lain-lain) pada sesuatu.
Tatabahasa28.09.2021
Perbezaan “menyakiti hati” dan menyakitkan hati”?

Menurut Kamus Dewan Perdana, menyakiti bermaksud menyebabkan seseorang berasa sakit dan berkenaan dengan kata-kata dan perbuatan menyebabkan hati dan perasaan berasa sakit.

Menyakitkan adalah menjadikan atau menimbulkan rasa sakit pada sesuatu.

Menyakitkan hati bermaksud menyebabkan seseorang berasa sangat tersinggung, geram dan tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara atau hal.

Oleh yang demikian, menyakiti hati dan menyakitkan hati membawa maksud yang sama dan boleh digunakan mengikut konteks penggunaan dalam ayat.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1932-1933.

Tatabahasa04.12.2024
Saya ingin mengajukan satu persoalan. Kenapa entri khalwat disempitkan penggunaannya kepada makna negatif (berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempat terpencil sahaja) sedangkan entri ini juga membawa maksud positif. Adakah makna entri khalwat disempitkan kerana entri bertafakur telah digunakan untuk menggambarkan perbuatan mengasingkan diri untuk beribadat?Bagi kata pinjaman, penyempitan dan peluasan makna adalah bergantung kepada penggunaan dan pemahaman masyarakat tersebut pada sesuatu masa. Takrifan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dewan Perdana bagi kata pinjaman ini (khalwat) menyatakan makna yang positif dan sebaliknya.

Mohon semak takrifan terkini dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1103) untuk mengetahui maknanya secara jelas dalam bahasa Melayu. 
Makna31.03.2023
12345678910...

Kembali ke atas