1) pada waktu pagi atau pada pagi? Sebab apa? Cth ayat: Suasana amat tenang pada pagi / pada waktu pagi yang berbahagia ini. 2) Apakah perbezaan antara ke dengan ke dalam? Cth: masuk ke dalam dewan atau masuk ke dewan? 3) Adakah dari semasa ke semasa mempunyai maksud yang sama dengan dari masa ke masa? 4) ke arah utara/selatan/timur/barat atau ke utara/selatan/timur/barat? Ribuan Terima Kasih ! | 1. Penggunaan frasa “pada waktu pagi” dan “pada pagi” dalam contoh ayat yang diberikan, betul kerana kata sendi nama “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. 2. Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Manakala “ke dalam” merupakan frasa sendi nama untuk menunjukkan konsep ruang. Ayat yang betul ialah “Masuk ke dalam dewan”. 3. “Dari semasa ke semasa” membawa maksud yang sama dengan “dari masa ke masa”. 4. Frasa yang betul ialah ke arah utara, ke arah selatan, ke arah timur dan ke arah barat.
| Tatabahasa | 23.01.2022 |
Bagi pernyataan berikut, manakah yang lebih tepat digunakan? semasa atau pada? 1. Saya tidak berasa sakit pada tangan atau pergelangan tangan pada waktu malam. 2. Saya tidak berasa sakit pada tangan atau pergelangan tangan semasa waktu malam. terima kasih. | Pengunaan yang betul ialah Saya tidak berasa sakit pada tangan atau pergelangan tangan pada waktu malam. | Tatabahasa | 14.06.2021 |
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat dibawah? 1. Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial. 2. Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu. 3. Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas. | 1. Kita perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras gejala sosial. 2. Orang ramai mengawasi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengah hari itu. 3. Mereka menghias bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya sesi pembelajaran pada waktu pagi tidak terganggu. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat di bawah? (Sila bersertakan sebab kenapa salah) 1.Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial. 2.Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu. 3.Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas. 4.Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat. 5.Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan. 6.Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah. 7.Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair. 8.Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis. 9.Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas. 10.Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat. 11.Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 12.Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah. | 1. Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial. 2. Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu. 3. Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas. 4. Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat. 5. Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan. 6. Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah. 7. Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair. 8. Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis. 9. Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas. 10. Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat. 11. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 12. Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah. Sila rujuk Kamus dan buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan ejaan/imbuhan yang betul dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
1. Perkataan SEMASA, SEMOGA, BAHAWA, MANAKALA, AKAN, SELAGI, JIKALAU DAN TAKTALA a) penggunaan perkataan-perkataan di atas di dalam ayat b) bilakah perkataan - perkataan di atas ini boleh digunakan di dalam ayat. 2. | Tatkala bermaksud pada masa; pada ketika; pada waktu. Ayat Contoh: Tatkala itu, hari sudah gelap. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Ayat Contoh: Saya terpesona akan keindahan pantai pada waktu senja. Selagi bermaksud selama atau sementara (belum dan lain-lain 2. pd masa atau ketika. Ayat Contoh: Selagi ayah tidur janganlah kamu bising. Untuk keterangan lanjut, tuan/puan boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk melihat contoh penggunaan perkataan yang tuan/puan berikan tadi. | Tatabahasa | 12.03.2015 |
(i) Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dan meminimumkan penggunaan air pada musim kemarau agar bekalannya tidak kritikal dan terpaksa dicatu. boleh tak kata 'pada' dalam ayat di atas dgantikan dengan 'semasa'? mana yang lebih sesuai? apakah perbezaan fungsi kedua-dua kata tersebut? | Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dan meminimumkan penggunaan air pada/semasa musim kemarau agar bekalannya tidak kritikal dan terpaksa dicatu. - semasa juga boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana semasa bermaksud pada ketika/pada waktu. | Tatabahasa | 05.05.2010 |
Saya ingin kepastian berkaitan penggalan waktu bagi tengah hari 12.00-1.59 ; manakala tengah malam pula 12.00- 12.59 . Mengapakah julat waktu tidak sama ? Apakah alasan pihak tuan? Sepatutnya waktu tengah hari 12.00 hingga 12.59. Ini pandangan saya sahaja | Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Sehingga kini tidak ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Pihak media juga telah menerima pakai pemenggalan waktu ini dan kita berharap perkara ini dapat diuar-uarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. | Tatabahasa | 23.08.2015 |
Hari kerja atau hari bekerja ? Sila memberi jawapan yang mana betul untuk digunakan dalam ayat berikut : Pengguna boleh membuka Peti pada mana-mana "hari kerja atau hari bekerja" semasa waktu perbankan lazim Bank | Frasa yang betul dan lazim digunakan ialah hari bekerja. | Tatabahasa | 08.02.2012 |
Apakah perbezaan penggunaan antara perkataan-perkataan yang berikut: a) patik / hamba b) semasa / tatkala / apabila c) bagi / untuk / demi Terima kasih. | a) Hamba untuk merendah diri yang bermaksud saya, juga digunakan sebagai dialek di sesetengah negeri. Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja). b. semasa = sewaktu, pada ketika, sama masa dengan, pada ketika yang sama; apabila = semasa, waktu, bilamana, apakala; tatkala sastera lama - ketika (itu), pada masa (itu), waktu (itu); untuk dan bagi membawa maksud yang sama, iaitu guna, bagi, buat; demi = sebaik sahaja, pada ketika, kerana, untuk | Makna | 17.09.2006 |
Saya ingin kepastian berkaitan penggalan waktu yang bagi tengah hari 12.00-1.59 ; manakala tengah malam pula 12.00- 12.59 . Mengapakah julat waktu tidak sama ? Apakah pihak tuan? Sepatutnya t tengah hari 12.00 hingga 12.59. Ini pandangan saya sahaja | Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Sehingga kini tidak ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Pihak media juga telah menerima pakai pemenggalan waktu ini dan kita berharap perkara ini dapat diuar-uarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. | Tatabahasa | 23.08.2015 |