Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata padanya

Puisi
 

Burung pipit burung serindit,
     Terbang ke awan berderai-derai;
Apa nak sesal padanya nasib,
     Nyawa di badan lagikan bercerai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai gulai lengkitang.

Bermaksud :

Hendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikan yang ada padanya pun lenyap pula. lengkitang = siput.

 

Lihat selanjutnya...(3)

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan, berikut ialah pertanyaan saya. 1) Sejak kematian kedua-dua orang ibu bapanya, Ali berasakan tiada apa-apa lagi yang ada padanya. Adakah apa-apa betul? ataupun perlu digantikan dengan siapa-siapa? 2) Kami akan melihat pertandingan bunga api antara empat buah negara pada malam ini. Adakah melihat sesuai dalam konteks ayat ini? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ali berasakan tiada apa-apa lagi yang ada padanya.” Perkataan “apa-apa” boleh digunakan merujuk kepada sesuatu benda, hal, keadaan dan sebagainya. Dalam ayat kedua, perkataan “melihat” boleh digunakan, namun pilihan kata “menyaksikan” lebih  gramatis; “Kami akan “menyaksikan” pertandingan bunga api antara empat buah negara pada malam ini.”

Tatabahasa07.01.2022
Hadiah yang dimenangi tidak membawa apa-apa makna kepadanya/padanya?Hadiah yang dimenangi tidak membawa apa-apa makna kepadanya.Tatabahasa03.11.2011
bina ayat menggunakan perkataan memperelokAni memperelok sanggulnya dengan menyelitkan sekuntum bunga mawar padanya.Tatabahasa20.06.2010
1. dari 2000 atau daripada 2000 2. dari jam 12 atau dari pukul 12 3. rindu kepadanya atau rindu padanya?1. Daripada 2000 ...
2. Dari jam 12 atau dari pukul 12, kedua-duanya betul.
3. rindu kepadanya
 
Tatabahasa03.03.2012
Assalamualaikum, persoalan saya adakah istilah lanyard perlu dieja miring (italik)? Terima kasih.Kata "lanyard" iaitu tali yang boleh disangkutkan wisel, pen, kad nama dan sebagainya padanya dan digantung pada leher, tidak perlu diitalikkkan atau dimiringkan.Ejaan10.05.2024
jika di dalam penulisan ilimiah, bagaimanakah penulisan huruf 'A' dalam Al Qur'an, atau kitab Al-Ma'thur. misal kata begini. "Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa' (Al-Baqarah 2:2) al baqarah ditulis sebagai al-Baqarah atau Al-Baqarah?Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Quran, al-Jazari dan al-Baqarah.Tatabahasa17.07.2013
Bagaimana saya nak terjemahkan perkataan ini, GRAB BAR yang merujukm kepada batang besi yang di pasangkan pada dinding untuk membantu orang yang sakit atau lemah berjalan sambil berpaut atau berpegang padanya.Kami mencadangkan "grab bar" diterjemahkan sebagai "bar cekau", "bar genggam" atau "bar cengkam", bergantung kepada bentuk bar, batang besi atau palang tersebut serta konteks dan konsep penggunaannya.Istilah14.07.2020
Salam sejahtera! Bolehkah "skrol" digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk "scroll" dari segi kata kerja? Sekian, terima kasih!Salam sejahtera,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan scroll ialah skrol. Skrol bermaksud gulungan kertas dan sebagainya yang padanya terdapat tulisan tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Terima kasih
Makna12.08.2020
Maksud lansungLangsung bermaksud 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; Lain-lain04.08.2010
Saya ingin bertanyakan soalan tentang pemenggalan suku kata. Saya difahamkan bahawa pemenggalan suku kata dan pemenggalan sebutan adalah berbeza konsep. Jadi, adakah suku kata bagi "keluarga" adalah ke-lu-ar-ga atau ke-luar-ga. Saya difahamkan jika terdapat palatalisasi (y) dan labialisasi (w) pada perkataan tersebut, ia akan digabungkan pemenggalan sebutan tersebut, contohnya, keluarga, yang mana terdapat labialisasi padanya, iaitu (keluwarga) dan pemenggalan bagi sebutannya adalah (ke-luar-ga). Adakah pemenggalan suku katanya sama atau berbeza dengan sebutan kerana saya selalu mendapat jawapan yang berlainan. Namun, saya berpendapat bahawa pemenggalan suku kata bagi keluarga ialah ke-lu-ar-ga apabila dibaca satu satu.Pemenggalan suku kata bagi keluarga ialah [ke.lu.ar.ga]. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk maklumat yang terkini. Lain-lain19.08.2024
12

Kembali ke atas