soalan 1. Padi yang dibajainya subur A. Menghijau B. kehijauan 2.Apakah perbezaan antara memotong,mengerat,memangkas,mencantas ,membelah 3.Baju ini engkau yang beli.jadi tentulah baju ini A. milikku B.milikmu C.milikkau D.miliknya apakah jawapannya. 3. perbezaan menyusuri,merentasi,melintasi,meredah | 1. Padi yang dibajainya subur menghijau. 2. Memotong sama maksudnya denga mengerat dan memangkas sama maksudnya dengan mencantas, manakala membelah bermaksud memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian. 3. Baju ini engkau yang beli. Jadi tentulah baju ini milikmu/milikkau. 4. Menyusuri bermaksud berjalan mengikut tepi, merentasi sama maknanya dengan melintasi dan meredah bermaksud menempuh. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
Salam 1 Malaysia. Apakah simpulan bahasa ini"menumbuk padi". terima kasih | Menumbuk padi bukan simpulan bahasa. Menumbuk padi merupakan satu perbuatan. Bagai menumbuk padi hampa merupakan peribahasa yang bermaksud perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Indah khabar daripada rupa). | Tatabahasa | 16.01.2013 |
Selamat pagi. 1. Peribahasa 'harapkan pagar, pagar makan padi' dengan 'harapkan pegar, pegar makan padi'. 2. 'Melepaskan batuk di tangga' atau 'melepaskan batok di tangga'. Yang mana satukah peribahasa yang paling betul. Terima kasih. | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
Saya ingin penjelasan berkaitan peribahasa melayu seperti di bawah: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi atau harapkan pegar, pegar makan padi 2. Melepaskan batok di tangga atau melepaskan batuk di tangga. Yang manakah peribahasa yang betul dan apakah maksudnya, Sekian, terima kasih. | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Maksud peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi ialah orang yang kita percayai berkhianat kepada kita, manakala "Melepaskan batuk di tangga" bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai. | Lain-lain | 10.01.2012 |
Nak tanya yg mana simpulan bahasa yang betul; 1.Bagai melepas batuk di tangga atau bagai melepas batok di tangga. 2. Harapkan pagar, pagar makan padi atau Harapkan pegar, pegar makan padi. Terima kasih. | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. | Lain-lain | 23.02.2013 |
Yang mana betul, 1. 'harapkan pagar, pagar makan padi' atau 'harapkan pegar, pegar makan padi'. 2. 'melepaskan batuk di tangga' atau 'melepaskan batok di tangga' | Peribahasa yang terakam dalam buku peribahasa ialah 'harapkan pagar, pagar makan padi' dan 'melepaskan batuk di tangga'. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. | Lain-lain | 31.01.2012 |
Salam Mohon penjelasan peribahasa mana yang betul: (1): Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi, atau Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi? (2): Melepaskan Batuk Ditangga, atau Melepaskan Batok Ditangga? Terima kasih. Salam.. | Buku peribahasa mengekalkan ungkapan "Harpkan pagar, pagar makan padi" dan "Melepaskan batuk di tangg". Pendapat yang mengatakan peribahasa yang betul ialah "Harapkan pegar, pegar makan padi" dan "Melepaskan batok di tangga", namun belum dapat dipastikan kesahihannya. Sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya, mahupun kajian epistemologi peribahasa tersebut. Wallahua’lam.1"> | Tatabahasa | 26.02.2012 |
Salam sejahtera.Saya mohon bertanya kerana ada kekeliruan: 1."Harapkan pagar,pagar makan padi" atau "Harapkan pegar,pegar makan padi"? 2."Melepaskan batuk di tangga" atau "Melepaskan batok ditangga"? Harap pihak Tuan dapat membantu kerana ianya amat penting dalam memastikan maklumat yang betul disampaikan kepada anak murid. | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam. 1"> | Lain-lain | 12.01.2012 |
salam 1 Malaysia. Apakah maksud dengan "menumbuk padi" terima kasih | Menumbuk padi ialah kaedah mengasingkan beras daripada hampasnya. Peralatan yang biasa digunakan ialah lesung. | Istilah | 16.01.2013 |
apakah yg dimaksudkan dgn huma | Maksud huma menurut Kamus Dewan Edisi Empat: 1. ladang padi (di tanah kering); 2. tanah yg baru dibuka (ditebas hutannya) | Makna | 25.07.2007 |