Salam, jika kita hendak merujuk seorang bukan Islam yang sudah meninggal, perlukah kita mengulang perkataan 'mendiang' atau gunakan sekadar sekali sudah memadai pada awal ayat? Contoh: Kami di sini sedang berkabung sempena kematian mendiang/Mendiang Nenek Padma. Dia/Mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung. Mak Cik Naina yang menjaga mendiang/Mendiang (perlu ada atau tidak penggunaan perkataan 'mendiang') Nenek Padma semasa dia lumpuh. Sekian terima kasih. | Perkataan "mendiang" perlu diulang dalam konteks yang tersebut, atau tuan boleh menggunakan ayat majmuk seperti, di sini sedang berkabung bersempena dengan kematian Mendiang Nenek Padma yang meninggal dunia akibat serangan jantung. | Tatabahasa | 06.03.2014 |
Baru-baru ini, saya mendapat info tentang peperibahasa yang ramai tidak sedari di WhatsApp. Ingin saya pastikan kebenarannya. 1. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI atau HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI? 2. MELEPASKAN BATUK DI TANGGA atau MELEPASKAN BATOK DI TANGGA? 3. MATA KERANJANG atau MATA KE RANJANG? 4. MERAH PADAM atau MERAH PADMA? 5. MENJOLOK MATA atau MENCOLOK MATA? 6. SALING TAK TUMPAH atau SALIN TAK TUMPAH? | Pendapat baharu tentang peribahasa yang banyak dibincangkan dalam ruang maya belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu (1) harapkan pagar, pagar makan padi; (2) melepaskan batuk di tangga; (3) mata keranjang; (4) merah padam; (5) mencolok mata; dan (6) saling tak tumpah. | Lain-lain | 30.03.2017 |