Assalamuaikum tuan, adakah supu (paduan bagi "sudu" dan "garpu") dan gardu (paduan bagi "garpu" dan "sudu") boleh dipakai sebagai padanan "spork" (daripada "spoon + fork") dalam bahasa Inggeris? Terima kasih. | Dalam bahasa Melayu ada beberapa perkataan yang merupakan akronim yang diterbitkan melalui proses penggabungan suku kata atau bahagian kata beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan lain, misalnya pawagam dan berdikari. Walau bagaimanapun, perkataan supu yang merupakan gabungan singkatan bagi sudu dan garpu masih tidak kedapatan dalam korpus bahasa Melayu. Pembentukan kata akronim seperti ini perlu diselaraskan dan tidaklah boleh dilakukan sewenang-wenangnya serta tertakluk kepada Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. | Istilah | 02.08.2023 |
1. Adakah "Konsonan Bergabung" merujuk kepada "Consonant Blends"? Kalau tidak, bolehkah "Consonant Blends" diterjemah sebagai "Konsonan Paduan"? 2. Adakah "Konsonan bergabung" dan "Konsonan bergading" mempunyai makna yang sama? | Konsonan bergabung ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit. Tiada maklumat/padanan consonent blends dalam sumber rujukan kami, manakala konsonan berganding atau digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf. | Tatabahasa | 08.11.2022 |
Apabila menulis surat rasmi, ada pelbagai format yang saya jumpa terutamanya apabila hendak menulis rujukan dan tarikh. Mohon sekiranya dapat paduan dari DBP. Terima kasih | Garis panduan penulisan surat rasmi kerajaan adalah seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2007. Pihak DBP menggalakkan jabatan dan agensi awam mematuhi garis panduan ini. Pihak DBP bersedia untuk memberikan kursus penyediaan surat rasmi supaya penulisan surat rasmi lebih berkualiti dari segi penggunaan bahasa dan format. | Lain-lain | 19.02.2014 |
apakah maksud sinergi? | Merujuk Kamus Dewan, sinergi bermaksud tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dll utk menghasilkan tindakan paduan yg lebih berkesan drpd tindakan bahan tersebut secara berasingan; usaha sama antara individu atau organisasi yg hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian. | Makna | 22.02.2013 |
apakah maksud 'sinergi'?? terima kasih | Merujuk Kamus Dewan, sinergi bermaksud 1. tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dll utk menghasilkan tindakan paduan yg lebih berkesan drpd tindakan bahan tersebut secara berasingan; 2. usaha sama antara individu atau organisasi yg hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian. | Makna | 01.04.2010 |
Saya ingin menulis novel dan ingin menerbitkan melalui DBP. Dbp telah menerbitkan novel pertama saya yang bertajuk Mahligai Syurga melalui karyanet. Tetapi sekarang saya tidak dapat menyumbang novel baru saya melalui karyanet. Sila beri paduan kepada saya bagaimana hendak menerbitkan novel. | Saudara boleh menghantar manuskrip saudara kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Petia Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, jika karya saudara adalah karya dewasa, tetapi jika karya saudara untuk kanak-kanak atau remaja, saudara boleh menghantarnya kepada Ketua Pusat, Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 05.05.2009 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sini saya nak bertanyakan soalan, apakah dasar terkini Dewan Bahasa dan Pustaka tetang penggunaan: Tulisan Rencong, Tulisan Pallava, dan Tulisan Kawi. kepada "penulisan dan persuratan berbahasa Melayu". Adakah ketiga-tiga tulisan tersebut masih mempunyai nilai rasmi yang mengikuti standard kegunaan umum DBP seperti tulisan rumi dan jawi? -Minta tolong segera jawab soalan ini, kerana jawapan kepada soalan ini saya akan kemukakan kepada sidang penyelia Wikipedia bahasa Melayu untuk panitia dasar dan garis paduan. Terima kasih | Hanya sedikit maklumat yang berkaitan dengan telusian rencong dalam sumber rujukan kami. EJAAN DAN TULISAN RENCONG, sistem ejaan dan tulisan asli peribumi Asia Tenggara. Tulisan ini masih kontroversi dari segi tempat asal dan namanya. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini berasal daripada tulisan India, iaitu daripada tulisan Devanagari atau Pallava yang diubahsuai, sehingga membentuk satu jenis tulisan baharu yang berlainan daripada tulisan yang asal. Terdapat juga pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini ialah tulisan asli peribumi Asia Tenggara, bukan pinjaman daripada tulisan India. Kini hanya tulisan rumi yang digunakan dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Sistem ejaan Jawi masih digunakan, namun penggunaannya tidak meluas dalam persuratan Melayu mutakhir. | Lain-lain | 13.11.2011 |