Assalamu'alaikum, Apabila sesebuah jabatan mengeluarkan surat atau pekeliling kepada ketua-ketua jabatan yang mempunyai gelaran kehormat seperti Dato’/Datuk/Datin Paduka/Datin/Profesor, penggunaan salutasi yang manakah betul untuk digunakan: 1.YBhg. Dato’/Datuk/Datin Paduka/Datin/Prof./Tuan/Puan atau 2.YBhg. Dato/Datin Paduka/Prof./Tuan/Puan Terima kasih. Rozani binti Mohd. Noh | Penggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin . | Tatabahasa | 24.04.2013 |
1.Penggunaan istilah yang tepat untuk "Yang berusaha"dengan "Yang Berbahagia: dalam salutasi semasa ucapan. | Yang Berbahagia digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). "Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat.
| Lain-lain | 07.10.2016 |
Assalamualaikum, sila bantu saya bagi perkataan berikut, yang mana satu betul - "Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong" atau " Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong". | Ejaan yang betul ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Ejaan | 14.05.2007 |
Apakah kata panggilan untuk Tuan Pengetua?Yang mana lebih tepat "Yang Berbahagia" atau "Yang berusaha".Tolong jelaskan | Gelaran 'Yang Berusaha' lebih tepat kerana 'Yang Berbahagia' lazimnya digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). | Lain-lain | 16.03.2012 |
Maaf,maksud saya kata panggilan untuk jawatan Pengetua Cemerlang.Yang mana lebih tepat "Yang Berbahagia" atau "Yang Berusaha" | Gelaran yang tepat ialah 'Yang Berusaha' kerana 'Yang Berbahagia' digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). | Lain-lain | 16.03.2012 |
Format yang betul untuk menulis DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, ejaan "venue" dalam bm, matapelajaran/mata pelajaran, ko-kurikulum/kokurikulum. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah - DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, "venue" diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai tempat (belum ada istilah venue), mata pelajaran, kokurikulum. | Ejaan | 30.07.2008 |
1) Dalam penulisan surat rasmi, bagi kata sapaan YBhg. Dato' / Datuk/ Datin/ Tuan/ Puanyang manakah kita dahulukan, Dato' atau Datuk? 2) Adakah `seboleh-bolehnya' boleh digunakan dalam penggunaan ayat yang betul? | 1. Penggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin /Tuan/Puan. 2. Perkataan 'seboleh-bolehnya" boleh digunakan, iaitu bermaksud sedapat mungkin, sekuasanya: dia sudah bercita-cita untuk mendapatkan isteri seorang lagi, ~ daripada bangsanya sendiri. | Tatabahasa | 25.04.2013 |
Untuk siapakah singkatan YBhg. (YANG BERBAHAGIA) digunakan? Jika seseorang mempunyai gelaran Doktor (PhD). Apakah gelaran yang sesuai digunakan, jika orang itu perempuan? Jika orang itu lelaki? | Dalam Kamus Dewan Yang Berbahagia ialah rujukan kehormat yang digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). Oleh itu, gelaran yang tepat bagi Dr. (PhD) untuk surat ialah tuan/puan termasuk dalam isi surat. | Lain-lain | 10.12.2010 |
Bolehkah saya menggunakan istilah "Titah Perutusan" sebagai ganti "Kata Alu-Aluan" oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong? Atau adakah istilah lain bagi "Kata Alu-aluan" yang boleh digunakan apabila merujuk kepada pihak istana? | Ya, perkataan "Titah Perutusan" sesuai digunakan untuk menggantikan perkataan "Kata Alu-aluan untuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung. | Lain-lain | 05.11.2014 |
SAPAAN AGONG | DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG | Lain-lain | 06.09.2010 |