Assalamu'alaikum, Apabila sesebuah jabatan mengeluarkan surat atau pekeliling kepada ketua-ketua jabatan yang mempunyai gelaran kehormat seperti Dato’/Datuk/Datin Paduka/Datin/Profesor, penggunaan salutasi yang manakah betul untuk digunakan: 1.YBhg. Dato’/Datuk/Datin Paduka/Datin/Prof./Tuan/Puan atau 2.YBhg. Dato/Datin Paduka/Prof./Tuan/Puan Terima kasih. Rozani binti Mohd. Noh | Penggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin . | Tatabahasa | 24.04.2013 |
1) Dalam penulisan surat rasmi, bagi kata sapaan YBhg. Dato' / Datuk/ Datin/ Tuan/ Puanyang manakah kita dahulukan, Dato' atau Datuk? 2) Adakah `seboleh-bolehnya' boleh digunakan dalam penggunaan ayat yang betul? | 1. Penggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin /Tuan/Puan. 2. Perkataan 'seboleh-bolehnya" boleh digunakan, iaitu bermaksud sedapat mungkin, sekuasanya: dia sudah bercita-cita untuk mendapatkan isteri seorang lagi, ~ daripada bangsanya sendiri. | Tatabahasa | 25.04.2013 |
apa perbezaan anugerah pangkat 1. Datuk 2. Dato' 3.Tan Sri 4.Datuk Amar 5.Dato Seri | Pangkat DATUK, TAN SRI, DATUK SERI,DATUK PADUKA dan sebagainya adalah kurniaan daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, puan bolehlah menghubungi Bahagian Protokol Istana Negara. | Lain-lain | 27.10.2010 |
Saya ingin bertanya kesahihan maksud perkataan di bawah yang asalnya dipinjam dari bahasa Sanskrit: 1- Patik = anak anjing 2- Duli Yang Maha Mulia = Debu Pada Kaki Raja Yang Mulia 3- Suami = Tuhan 4- Paduka = Sepatu/Kasut 5- Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia = Ke Bawah Debu di Kaki Yang Maha Mulia. Pada pandangan saya, istilah ini tidak harus digunakan lagi kerana menggambarkan sistem penghambaan masih diamalkan apabila berbicara dengan golongan Raja??(Raja juga orang biasa bukan..) | Untuk mendapatkan makna yang betul bagi perkataan tersebut saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Kami mengucapkan terima kasih atas pandangan saudara tentang makna perkataan berkenaan. | Lain-lain | 10.12.2008 |
Apakah perbezaan diantara dipohon dan dimohon. Dalam situasi apakah perkataan tersebut dipakai? | Saudara, Makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku"; Perkataan pohon juga bermaksud meminta. Walau bagaimanapun bagi penggunaan perkataan dipohon perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 01.12.2009 |
Adakah terdapat perbezaan pada penggunaan perkataan "dipohon" dan "dimohon" ? Yang manakah penggunaan perkataan yang betul ? Bolehkah diberikan contoh penggunaan keduanya ? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku"; Perkataan pohon juga bermaksud memohon meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1040 dan 1220 untuk maklumat lanjut. | Istilah | 03.12.2010 |