Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.gan] | ڤاݢن

Definisi : tegap (badan dll), teguh, kukuh, kuat: pemuda yg ~-~ dan tabah hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.gan] | ڤاݢن

Definisi : orang yg tidak percaya pd sebarang agama utama, spt Islam, Kristian, atau Yahudi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pagan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat Satu Malaysia, tolong jawab 1) sama ada sesuai kata 'roh' dalam ayat di bawah atau tidak? 'Walaupaun Rusia telah menyambut seribu tahun sejak pembabtisan , namun roh tahayul dan pagancy masih terasa' 2) tidak kah lebih sesuai menggunakan 'bau tahyul' daripada 'roh'? Terima kasih Tatiana

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, roh bermakna 1. yg dihembuskan Allah SWT ke dlm badan manusia dan hiduplah ia: semua mendoakan ~nya dirahmati Allah; ~ al-Kudus gelaran yg diberikan kpd malaikat Jibrail; 2. ki semangat, jiwa: hukum yg benar-benar tepat dan sesuai dgn ~ Islam manakala tahayul pula bermakna 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan: meramal-ramal itu permainan kanak-kanak, ~ orang Melayu; 2. kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada): menurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Pagan pula orang yg tidak percaya pd sebarang agama utama, spt Islam, Kristian, atau Yahudi.

 Merujuk Kamus Dewan, ketiga-tiga perkataan ini berlainan makna.

Tatabahasa24.02.2010

Kembali ke atas