Salam. Berdasarkan jawapan yang diberi (2015) untuk peribahasa Harapkan pagar, pagar makan padi, pihak DBP mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Bagaimana sekarang? Adakah kekal atau sudah menggunakan perkataan "pegar"? Terima kasih | Untuk makluman, DBP masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu "Harapkan pagar, pagar makan padi." kerana peribahasa tersebut merupakan khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, seperti yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. | Lain-lain | 19.05.2018 |
harapkan pagar,pagar makan padi atau harapkan pegar,pegar makan padi | Buku peribahasa mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Pendapat yang mengatakan peribahasa yang betul ialah "Harapkan pegar, pegar makan padi", namun belum dapat dipastikan kesahihannya. Sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya, mahupun kajian epistemologi peribahasa tersebut. | Lain-lain | 29.10.2015 |
pernah terbaca tentang perkataan " pagar " dalam " harapkan pagar ,pagar makan padi...perkataan 'pagar ' itu sebenar 'pegar' iaitu sejenis burung hal terjadi kerana kesilapan ejaan jawi yang diadaptasi ke ejaan rumi. betulkah kenyataan itu ,pohon pencerahan prof ..wasalam | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi yang banyak dibincangkan dalam media belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. | Lain-lain | 16.06.2015 |
Kenapa peribahasa Harapkan Pagar Pagar Makan Padi tukar kepada Harapkan Pegar Pegar makan PAdi | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi yang banyak dibincangkan dalam media belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. | Lain-lain | 03.06.2015 |
Saya inginkan pengesahan berkaitan peribahasa yang berikut: harapkan pagar, pagar makan padi ATAU harapkan pegar, pegar makan padi. | Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. | Tatabahasa | 10.09.2013 |
Edlina Edward May 29th, 10:48pm salam sejahtera...sy nak tanya pasal peribahasa 'harapkan pagar, pagar makan padi' mana yang benar? pagar atau pegar? | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". | Lain-lain | 29.05.2015 |
Yang mana betul, 1. 'harapkan pagar, pagar makan padi' atau 'harapkan pegar, pegar makan padi'. 2. 'melepaskan batuk di tangga' atau 'melepaskan batok di tangga' | Peribahasa yang terakam dalam buku peribahasa ialah 'harapkan pagar, pagar makan padi' dan 'melepaskan batuk di tangga'. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. | Lain-lain | 31.01.2012 |
Selamat pagi. 1. Peribahasa 'harapkan pagar, pagar makan padi' dengan 'harapkan pegar, pegar makan padi'. 2. 'Melepaskan batuk di tangga' atau 'melepaskan batok di tangga'. Yang mana satukah peribahasa yang paling betul. Terima kasih. | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
Kamil Putra Jun 1st, 10:15am Harap pagar, pagar makan padi - salah Harap pegar, pegar makan padi - betul Antara peribahasa yang paling terus disalaherti, salah eja dan salah makna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, mengekalkan peribahasa Harapkan pagar, pagar makan padi. | Lain-lain | 01.06.2015 |
Salam Mohon penjelasan peribahasa mana yang betul: (1): Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi, atau Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi? (2): Melepaskan Batuk Ditangga, atau Melepaskan Batok Ditangga? Terima kasih. Salam.. | Buku peribahasa mengekalkan ungkapan "Harpkan pagar, pagar makan padi" dan "Melepaskan batuk di tangg". Pendapat yang mengatakan peribahasa yang betul ialah "Harapkan pegar, pegar makan padi" dan "Melepaskan batok di tangga", namun belum dapat dipastikan kesahihannya. Sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya, mahupun kajian epistemologi peribahasa tersebut. Wallahua’lam. | Tatabahasa | 26.02.2012 |