apakah maksud dihindari | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna dinihari ialah fajar belum menyingsing, lebih kurang pukul 3-5 pagi, pagi-pagi benar. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 12.04.2009 |
1.Pada esok pagi,kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. 2.Pada pagi esok,kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penggunaan 'esok pagi' atau 'pagi esok' dalam ayat-ayat di atas adalah betul? | Frasa yang gramatis ialah "pagi esok" sama seperti hari esok. Walau bagaimanapun frasa "esok pagi" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam ungkapan lisan. | Tatabahasa | 04.03.2015 |
Pada pukul tujuh pagi / Pada pukul 7 pagi / pada pukul 7.00 pagi / pada pukul 7:00 pagi. Mana satu yang betul? | Yang paling tepat ialah ...pada pukul 7.00 pagi. | Tatabahasa | 09.03.2010 |
Selamat pagi,saya ada kemuskilan mengenai perkataan berlawan untuk pagi. Adakah jawapannya petang atau malam? terima kasih | Pertentangan perkataan tidak berlaku pada semua perkataan. Perkataan lawan/antonim pagi perkataan “pagi” bukanlah satu lawan satu seperti hitam lawannya putih, tinggi lawan rendah. Perkataan “pagi” berantonim dengan maghrib, malam, petang, senja. | Tatabahasa | 06.03.2014 |
Salam 1Bahasa. Esok pagi atau pagi esok dalam konteks ayat. | Frasa yang betul ialah pagi esok sama seperti hari esok. | Tatabahasa | 19.10.2012 |
Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Tuan, Adakah betul penggunaan ayat seperti ini "jam yang ketiga nanti kita akan bersama-sama dengan tetamu..." Penggunaan perkataan jam untuk menunjukkan waktu. Sebagai makluman waktu bertugas bermula pukul 6.00 pagi hingga 10.00 pagi (jam yang ketiga ialah bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi) Terima kasih. | Waalaikumsalam, Penggunaan perkataan jam dalam ayat, iaitu "jam yang ketiga nanti kita akan bersama-sama dengan tetamu..." adalah tidak tepat jika digunakan dalam konteks rasmi. Penggunaan ayat yang betul ialah "Pada pukul 8.00 pagi nanti kita akan bersama-sama dengan tetamu..." atau "Pada waktu bekerja/bertugas peringkat ketiga nanti, ketiga kita akan bersama-sama dengan tetamu..." Walaupun begitu, jika penggunaan secara tidak rasmi boleh digunakan "jam yang ketiga nanti kita akan bersama-sama dengan tetamu..." | Tatabahasa | 15.01.2019 |
Sam Liew ISN 11.10 PAGI Selamat pagi, Tuan / Puan Minta bantuan untuk menyemak status permohonan pengesahan Bahasa iklan. No. permohonan ialah 4352/2017 dan 4336/2017. Terima kasih. | Permohonan tuan telah diproses. | Lain-lain | 10.07.2017 |
Apakah perbezaan antara pagi Isnin dengan Isnin pagi? | Frasa yang betul ialah pagi Isnin. Peraturan atau Hukum DM ialah rumus tatabahasa yang bermaksud, D=diterangkan dan m= menerangkan. Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir pada kedudukan kedua. | Tatabahasa | 27.12.2014 |
manakah yang betul penggunaannya: pagi esok atau esok pagi | Frasa yang betul ialah pagi esok sama seperti hari esok. | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Apakah kata berlawanan untuk PAGI. Banyak bahan rujukan di pasaran memberikan jawapan MALAM tetapi pihak sekolah menegaskan jawapan yang tepat ialah PETANG. Minta pencerahan. Terima Kasih. | Pertentangan perkataan tidak berlaku pada semua perkataan. Perkataan lawan/antonim pagi perkataan pagi bukanlah satu lawan satu seperti hitam lawannya putih, tinggi lawan rendah. Perkataan pagi berantonim dengan maghrib, malam, petang, senja. | Tatabahasa | 14.10.2014 |