Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pagi (kata nama)
Bersinonim dengan subuh, fajar, dinihari, siang, sambat, parak siang;,
Kata Terbitan : sepagian, sepagi-pagian, pagi-pagi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana betul penggunaannya ( Jam atau Pukul ) nantikan siaran 'Bajet 2013' Pukul 9.00 pagi, 1 Oktober, di TV 2 atau Jam 9.00 pagi, 1 Oktober, di TV 2 sekian terima kasihPenggunaan yang betul ialah pukul 9.00 pagi.Tatabahasa03.10.2012
Berikan penggalan waktu untuk 24 jam sehari. Contoh : Pkl 1.00 tgh hari atau petang?Pemenggalan waktu:

12 tengah malam-1 pagi

1 pagi-11.59 pagi

12.00 tengah hari-1.59 petang

2 petang-6.59 petang

7 malam-11.59 malam
Lain-lain29.10.2019
1.Pada esok pagi,kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. 2.Pada pagi esok,kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penggunaan 'esok pagi' atau 'pagi esok' dalam ayat-ayat di atas adalah betul?Frasa yang gramatis ialah "pagi esok" sama seperti hari esok. Walau bagaimanapun frasa "esok pagi" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam ungkapan lisan.Tatabahasa04.03.2015
Selamat pagi. 1. Terdapat lambang bunga raya pada wang syiling. 2. Lambang bunga raya terdapat pada wang syiling. Mana satu ayat adalah betul? Terima kasih.Kedua-dua ayat ini betul. Cuma istilah yang kerap digunakan untuk merujuk wang syiling ialah duit syiling.Tatabahasa12.08.2015
Selamat pagi. 1. Pusingan kedua ini merupakan pusingan kalah mati. Betulkah penggunaan istilah di atas? Kalau tidak, apakah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan situasi atau maksud ayat di atas. Bolehkah istilah 'kalah singkir' atau 'kalah keluar' diguna pakai. Sekian, terima kasih.Istilah kalah mati boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa03.09.2013
Selamat pagi. 1. Terima kasih diatas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Betulkah ayat di atas. Jika tidak, apakah kesalahannya.Ayat yang betul ialah "Terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi."

Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Kata sendi nama 'di' hanya digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat/ lokasi contohnya '...di atas meja'  dan '...di kampung'.
Tatabahasa03.09.2013
Selamat pagi. 1. Peribahasa 'harapkan pagar, pagar makan padi' dengan 'harapkan pegar, pegar makan padi'. 2. 'Melepaskan batuk di tangga' atau 'melepaskan batok di tangga'. Yang mana satukah peribahasa yang paling betul. Terima kasih.Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan.Tatabahasa03.09.2013
Selamat pagi , 1. Adakah perkataan "isytirahat" betul ???atau istirahat. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah istirahat.Istilah04.08.2010
Selamat pagi... 1. Bagaimanakah cara menyebut perkataan "tragedi" dan "teknologi" ? Adakah sebutannya tragedi atau trajedi ? Adakah sebutannya teknologi atau teknoloji ? 2. Adakah perkataan "berjawab, berjahit, berbasuh" termasuk dalam kategori kata kerja pasif ? Contoh ayat : Bajunya belum berbasuh.

Sebutan yang betul ialah tra-ge-di, tek-no-lo-gi. Perkataan tersebut kata pasif.

Lain-lain31.01.2010
Assalamualaikum/Selamat pagi, 1. Saya ingin kepastian mengenai terjemahan kata "carbon nanotubes". Yang mana yang tepat? karbon tiub nano atau karbon nanotiub atau saya boleh gunakan kedua-duanya? 2. Bagaimana pula untuk perkataan "multi-walled carbon nanotubes"? Untuk istilah "multi-walled" bolehkan saya guna istilah multi dalam bahasa melayu? Seperti "multi-dinding"? Sekian, terima kasih. Aminah.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "carbon nanotube" dan "multi-walled carbon nanotube" ialah nanotiub karbon dan nanotiub karbon multidinding.  Istilah02.11.2016
12345678910...

Kembali ke atas